BAB 1

Romance Completed 7261

Puas aku bermandi airmata, dan hari ini aku menangis lagi sedangkan lelaki di hadapanku ini sedang tersenyum sini. Hari ini masuk enam bulan aku bergellar isteri yang tidak dijulang taraf dan kedudukannya dan sekali lagi episode duka aku bertambah saat talak gugur baru sekejap tadi. Aku duduk melutut di ruang tamu yang besar ini bagai mahu rebah, pandanganku berpinar aku rapuh dan kalah!

Aku yang dulunya seorang yang tangguh kini menjadi insan yang lemah di hdapannya. Kata-katanya yang bagaikan duri dahulu aku masih lagi boleh menelannya. Kini kata-kata piatnya itu telah menggoyahkan kedudukanku. Dari terus berada di paksi kini telah condong. Bahkan senget dan bila-bila masa sahaja akan jatuh. Bukan itu! Tetapi telah jatuh yang sebenarnya!

Dia masih berdiri di hadapanku tanpa perasaan. Mungkin kini jiwanya ini telah tenang. Lega. Melepaskan aku dari hidupnya. Rambutnya dilurutkan ke belakang. Jelas menampakkan ketampanan pada wajahnya. Sayang sermama kali sayang. Dari awal berkahwin hinggalah aku bergelar janda. Tiada sekelumit perasaan sayangnya untukku.

Bahkan perkahwinan ini hanya atas sikap simpati. jika bukan kerana Datin Kasmah, aku rasa sudah lama dia berkahwin dengan dengan pilihan hatinya. bukan denganku! tapi desakan demi desakan yang di tutur Datin Kasmah akhirnya aku terpaksa menerima juga.

Keluarga itu pernah porak peranda kerana desakan perkahwinan ini. Berbulan lamanya lelaki ini merantau ke negara orang. Sejak dari itu, Datin Kasmah sering sakit. Berbulan lamanya terlantar di hospital. Akhirnya lelaki itu pulang kembali dan bersetuju dengan perkahwinan ini.

Sehari berkahwin. Dia tidak pernah menyentuhku. Bahkan terlalu jijik untuk bersamaku. Enggang ingin bersama dengan pipit. Itu mustahil! dia keluarga berada. Sedangkan aku yatim piatu dan orang gaji di dalam rumahnya.

Perkahwinan ini hanyalah sebagai ehsan untuk mama nya. Kini hari ke hari sakit Datin Kasmah makin sembuh. Ya, aku seharusnya bersyukur. Orang yang banyak menolongku akhirnya mampu kembali sihat dengan ada anaknya di sisi. Biarlah, aku seharusnya reda. Biarpun aku tidak pernah dilayan sebagai sepatutnya.

Share this novel

suraya idris
2021-02-25 08:27:57 

saya Ada terbaca cerpen ni bertajuk Luka Di blog Dina Dani adalah penulis Yang Sama.


NovelPlus Premium

The best ads free experience