BAB 2

Romance Completed 7261

Hari ni aku ingin memberi khabar gembira buatnya, tetapi sebaliknya yang aku terima. Berita sedih, luka semuanya bercampur menjadi satu.

Tiada guna aku harus berada di hadapannya. Dengan langkah lesu aku berdiri melangkah ke arah tangga menuju ke bilik.

Dari jauh kedengaran telefon bimbitnya berbunyi. Begitu teruja sekali kedengaran suaranya.

Pintu bilik dikuak. Aku melangkah masuk menuju ke almari pakaian. Beg pakaian dicapai. Baju bajuku yang lusuh semuanya aku lipat dan diletakkan di dalam beg pakaian. Walaupun hati ini meraung sakit. Namun tiada sesiapa yang mampu mengubatnya.

Setelah semua pakaian siap disimpan. Aku melangkah ke meja solek. Orang lain semuanya penuh dengan alat make up. Tetapi tidak aku. Satu pun tiada. Hanya sikat yang terletak di atas meja kecuali barang persendirian milik lelaki itu. Dia langsung tidak pernah mengambil tahu tentangku.

Sakit aku. Aku sendiri yang tanggung. Jika aku mengadu. Jawabnya pelempang sebagai galangnya. Sudahnya, berbekalkan ubat panadol sahaja aku telan.

Tudung yang senget aku betulkan sedikit. Langkah ku mengorak turun dari tangga. Kelihatan lelaki itu masih lagi duduk di sofa. Aku menghampirinya.

Tanganku hulur untuk bersalam dengannya walaupun aku tahu ia takkan bersambut. Kata-katanya yang dulu masih lagi terpaut kemas dalam kotak memoriku.

"Kau jangan sentuh aku! Jijik kau tahu tak! Aku kahwin dengan kau pun, kau patut bersyukur. Ingat aku hadap sangat dengan kau! ingat! aku haramkan kau sentuh aku!" sejak dari itu. Aku langsung tidak menyentuhnya.

Agak lama tangan tidak bersambut. Akhirnya aku menurunkan tanganku. Dengan langkah yang amat terkilan aku melangkah ke pintu utama.

"Anak mama, sekarang hanya tinggal kita berdua saja. Anak mama jangan sedih ya. Mama sayang anak mama. Anak mama adalah harta yang paling mama sayang. Besarlah kau nak di hadapan mama. Mama ingin melihat anak mama." Bisik hatiku sambil mengelus lembut perutku yang kini berusia tiga bulan. Langkah diatur meninggalkan rumah itu buat selamanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience