Sehari selepas hari merdeka, Zakri, abang sulong Danish pula pulang ke
kampung. Membawa bersama isteri dan dua orang anaknya.
Keadaan ini membuatkan ibu dan ayah Danish bertambah gembira. Apa
tidaknya dapat meluangkan masa bersama cucu yang sangat disayangi.
Sekalipun mereka agak ‘aktif’.
Sejak hari itu, keadaan rumah menjadi riuh rendah. Membuatkan Danish
adakalanya hilang fokus untuk menyiapkan tugasan. Adakalanya ingin saja
dia memarahi anak-anak buahnya yang dua orang itu. Mujur dia masih mampu
bersabar. Mujur juga bukan anaknya sendiri.
Danish hanya melihat saja cara Zakri mendidik anak-anak. Mereka berdua
cukup beruntung. Kebanyakan waktu mereka terisi dengan hiburan
kanak-kanak yang disimpan di dalamtab. Peranti elektronik yang sama
fungsinya seperti telefon pintar, namun dengan saiz yang sedikit besar.
Dengan kaedah ini, ‘keaktifan’ mereka dapat dikawal.
Melihat keadaan itu, atuk bersuara, “untunglah cucu-cucu zaman sekarang.
Ada tab. Zaman atuk dulu-dulu, nak tengok TV pun susah. Nak dengar
radio pun takut-takut.” Seloroh Bapa Danish. Kedua-dua anak Zakri tidak
berkata apa, hanya tersenyum.
Share this novel