BAB 5

Other Completed 155

“Alhamdulillah, akhirnya… guys, jom plan cuti tambahan ni nak
pergi ke mana…” teks salah seorang lagi rakan Danish.

“Untunglah kau. Suka betul.” Danish membaca teksnya sendiri.

“Ala… aku dah beli tiket hari ahad… nak tukar!” Keluh rakan
Danish yang lain pula dalam whatsapp.

Danish hanya tersenyum membaca. Setiap komunikasi mereka di dalam
telefon pintar itu kerap kali menghiburkan. Matanya memandang kembali ke
arah laptop. Assignment yang masih lagi tergantung bait-bait aksaranya.
Terasa sukar untuk dia siapkan. Dibandingkan keadaan yang berlaku dalam
tulisannya di laptop, dan komunikasi bersama rakan-rakan di whatsapp.
Dua keadaan yang sangat jauh berbeza. Jauh lebih beruntung, bebas dan
selesa. Jika dibandingkan keadaan enam puluh tahun yang dulu.

“Inikah merdeka?” kata Danish dalam hati. Jiwanya bertanya sendiri.

Tidak lama, Rahman masuk ke rumah. Melihat anaknya yang sedang
menatap komputer riba, terdiam seperti banyak berfikir.

“Cuti-cuti pun ada kerja juga nak buat?” soal ayah dengan sengaja.

“Adalah sikit.” Kata Danish ringkas.

Akhbar di tangan Rahman dilepaskan di atas meja di ruang tamu,
berhampiran Danish. Lalu beredar. Bapanya itu baru balik dari kedai di
pekan, membeli sedikit barang dapur untuk di masak oleh ibu. Nama akhbar
terpampang jelas di hadapannya. ‘Berita Harian’. Lalu dia teringat sesuatu.

“Berita Harian ada ‘print’kan ‘paper’ khas. Cetakan pada 31 Ogos
1957.” Getus hatinya. Cepat-cepat naskah istimewa itu dicari. Mungkin
akhbar bertarikh pada tarikh yang penuh bersejarah dan keramat itu dapat
membantunya menyiapkan Assignment. Setelah dijumpai –terselit pada
celahan kertas-kertas akhbar-, dia menarik keluar dengan cermat,
bagaikan harta yang sangat berharga. Mana tidaknya, di dalam akbar cetak
semula itu, terkandung sejarah gemilang yang amat bernilai dan bermakna.
Diambil lalu ditatapnya. Akbar besar yang terlipat dua itu diluruskan.
Pertama sekali apa yang terlihat ialah foto Almarhum Tunku Abdul Rahman,
sedang mengangkat kedua-dua belah tangannya di dalam keramaian. Wajahnya
mempamerkan senyuman dan kelihatan hiba dalam masa yang sama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience