BAB 2

Other Completed 155

“Semangat betul kau. Aku takjoin kot. Aku balik kampung. Aku dah ada
tiket.” Jawab Danish.

“Tak habis-habis. Dah agak dah jawapan kau. Okaylah, enjoy your
holiday.” Rakannya itu sudah kenal sikap Danish. Setiap kali ada cuti
panjang. Pasti akan dihabiskan untuk pulang ke kampung.

“Danish, nakfollow kitorang pergi dataran merdeka tak masa sambutan
merdeka nanti.” Tanya rakannya yang lain pula, mengajak. “At least
dapat idea sikit macam mana nak siapkan assignment yang Dr. Ungku
bagi.” Sambung rakannya lagi.

Namun, jawapan yang diberikan Danish tetap sama. “Seems good. Tapi aku
nak siapkan dekat kampung je kot. Aku siapkan assignment aku dekat sana.”

“Cuti empat hari kot. Lama tu. Cuti merdeka dengan Raya Haji.” Kata
rakannya, cuba memujuk. Namun, dia hanya mampu bertolak ansur. “Okay,
sharelah sikit kalau kau ada idea lebih. Kau balik bila?”

“Malam esok.” Jawab Danish ringkas. Dia ingin pulang, pada malam sehari
sebelum tarikh dan hari bersejarah, iaitu merdeka. Sekalipun cuti, ada
tugasan yang perlu mereka selesaikan. Iaitu menulis jurnal secara ilmiah
berkaitan kemerdekaan.

Di rumah ibu bapanya, Danish terduduk diruang tamu sambil
memikirkan aksara-aksara yang bakal di susunnya menjadi ayat-ayat yang
bermakna. Minatnya yang mendalam dalam bidang penulisan telah
memungkinkannya untuk mengarang dengan baik. Sekalipun sukar, dia punyai
cara untuk mengatasinya. Adakalanya berjaya, dan adakalanya tidak. Dia
punya cita-cita untuk menjadi pengarang dan mampu menghasilkan buku-buku
yang bermanfaat untuk dibaca, atau sekurang-kurangnya mempunyai buah
fikiran yang dapat menyumbangkan kemajuan kepada negaranya sendiri.
Setiap penulisannya lebih terarah kepada berbentuk jurnal; berserta
kajian dan pemerhatian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience