BAB 6

Other Completed 155

Tajuk besar akhbar lama itu dibaca. Mata Danish fokus pada setiap
perkataan yang tercetak di situ. Bahasa yang digunakan adalah Bahasa
Melayu lama.

‘MERDEKA!

Tepat pada tengah malam seluroh raayat bertempek ‘Malaya sudah merdeka’!’

Entah mengapa, membaca tajuk utama dan ‘besar’ ini, hati Danish
menahan sebak. Hampir sahaja airmatanya menitis. Tidak dia tahu mengapa.
Adakah kerana empatinya merasai kesusahan pada masa itu, atau berbangga,
kerana negaranya mampu merdeka, berbekalkan jiwa yang cekal dan semangat
yang tidak mudah putus asa untuk menggapainya. Lalu dibaca lagi laporan
pengisytiharan itu:

“SA-BUAH negara baharu telah lahir pada tengah malam—Persekutuan Tanah
Melayu yang merdeka dan berdaulat.

Temasha itu telah di-umumkan kapada dunia dengan satu patah perkataan,
yang di-pekek oleh sa-juta orang – Merdeka!

Bakal Perdana Menteri, Tengku Abdul Rahman, “Bapa Kemerdekaan,” telah
memulakan pekekan itu dengan suara yang penoh dengan perasaan.”

Bacaan Danish terhenti. Lalu hatinya berkata sendiri, “Mungkin tidak
sebahagia ini hidup aku, ataupun orang lain, kalau sejarah seperti ini
tidak tercipta!” memikirkan hal itu, hatinya bersyukur sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience