BAB 1

Other Completed 155

Pagi itu matahari memancar hening. Namun begitu, tetap cerah dan ceria.
Langit kebiruan ditemani oleh tompokan-tompokan awan yang memutih bak
gumpalan kapas-kapas yang bersih. Pagi itu juga suasana gemilangnya
terasa. Hampir semua rakyat dapat merasai semangat yang sama.
Kegembiraan, kemegahan dan kemenangan. Cetusan dari dalam nurani yang
bangga dengan negaranya sendiri. Kerana pada hari itu, hari ulangtahun
kemerdekaan datang lagi. Sekali lagi, untuk kali yang ke-60.

Pagi khamis yang dilalui bukan seperti hari-hari biasa. Kerana tarikhnya
yang sangat istimewa: iaitu 31 Ogos, tahun 2017. Danish, seorang
mahasiswa jurusan media massa, hanya sekadar menghabiskan masa cutinya
dikampung. Tidak putus-putus rakan sealirannya mengajak untuk pergi
bercuti mahupun melakukan aktiviti riadah, atau menjalani aktiviti
bermanfaat yang lain. Namun, dia menolak dengan alasan kukuhnya sendiri.

“Danish, cuti ni panjat bukit jom.” Kata rakannya yang gemar bersosial.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience