Eisha berjalan kaki menuju kerumahnya, setelah habis waktu persekolahan, Eisha terus pulang ke rumah tanpa berfikir panjang.
Semasa perjalanan pulang Eisha terserempak dengan Maira dan kawan kawannya. Eisha sedaya upaya mengelakkan dari bertembung dengan mereka kerana takut mereka membuli Eisha.
Tetapi malangnya, Laila ternampaknya kelibatnya dan menghalang perjalanannya sambil mendepa tangannya bagi menghalang laluan.
"Ehhh, nak pergi mana tu?," soal Maira sambil memakan lolipop dimulutnya.
"Eh,budak nerd ni jalan kaki harini ye? Mana basikal kau?," soal Laila
"Opsss, terlupa! Mak dia tak mampu membeli basikal barunya," kata Jaja salah seorang rakai maira
Mereka ketawa dengan keadaan dirinya dan menarik tudung kepunyaan Eisha sehingga menampakkan anak rambutnya dan menyepahkan buku buku yang dibawa oleh Eisha.
"Kau ingat! Semua guru guru suka dekat kau? Kau boleh berlagak dengan kami?," soal Maira sambil memegang baju eisha
Lalu menolak eisha jatuh ke dalam Lopak, pakaian Eisha menjadi kotor dan berlumpur.
Maira dan rakan rakanya ketawa dan meninggalkanya disitu tanpa menolongnya kembali.
Eisha pulang kerumah dengan pakaian begitu dan dilihat oleh ibunya.
"Ya Allah icha, kenapa baju ni?," soal ibu dengan kerisauan
Eisha menangis lalu terduduk disimen berdekatan dapur itu
"Kenapa ibu? Kenapa mereka buat icha macam ni? Apa salah icha ibu?," mengadu eisha didalam hati
"Icha, cuba bagi tahu ibu, apa sebenarnya yang terjadi?," soal ibu lagi
Eisha cuma mampu menangis dan menangis kerana dia tidak mampu untuk mengatakan hal itu dan dia bernasib baik kerana bukunya tidak terkena lumpur itu.
Setelah selesai mandi, Eisha turun ke bawah untuk makan malam, walaupun dia anak tunggal, dia memahami kepenatan ibunya berkerja seharian.
Sejak kematian ayahnya beberapa bulan yang lalu, Eisha semakin mendiamkan dirinya, tidak berbual dengan orang lain, buat hal sendiri dan kerap meminggirkan dirinya sendiri.
Eisha belajar bersungguh sungguh sehingga dia mampu meraih keputusan yang cemerlang didalam percubaan SPM.
Ibunya sangat bangga dengan pencapaian Eisha dan mendoakan agar keputusan SPM nanti cemerlang sebegitu. Eisha tersenyum dengan kata kata ibunya. Dan memeluk ibunya.
****
Eisha bangun dari tidurnya dan bersiap siap untuk pergi kesekolah kerana harini adalah hari terakhir peperiksaan SPM. Eisha bersemangat untuk pergi dan mengambil sarapan dan mencium ibunya.
Eisha sampai kesekolahnya pada pukul 7:30 AM dan peperiksaan bermula 8:30 AM. Eisha duduk di tempat yang tersorok supaya tidak terserempak dengan sesiapa untuk mengelakkan orang itu menganggunya.
"Mana icha erk? Sejak kematiaan ayahnya, icha dah banyak berubah, dia seakan akan tidak mahu rapat dengan kita," soal Lisa
Amir dan Ana pun rase begitu, mereka mencari eisha dan terlihat eisha duduk dibawah tangga berdekatan laluan masuk ke pejabat.
Lisa,ana dan amir menyapa eisha. Eisha hanya mampu tersenyum dan mereka belajar bersama sama sementara menunggu panggilan untuk masuk ke dalam dewan.
Lisa hanya memandang muka eisha yang kusut itu lalu memegang tangannya sambil tersenyum. Eisha seakan akan faham dengan riak wajahnya.
Setelah habis peperiksaan eisha pulang dan menuju kerumahnya sambil ditemani rakan rakanya. Dia memberi salam dan tiada siapa yang menyahut panggilannya.
Eisha berasa pelik dan cuba untuk membuka pintu rumahnya tetapi tidak boleh.
Rakan rakannya cuba untuk membukanya juga tidak boleh.
"Ichaaaa!!!! Mak kauuu!!!!," Jerit Amir
Eicha bergegas menuju ke suara amir dan melihat ibunya terbaring didapur sambil berlumuran darah dibadanya.
Eisha menyambut ibunya dan menangis supaya ibunya bertahan.
"Lisaa call polis dan ambulance!! Cepattt!!!," jerit eisha
Lisa pergi ke ruang tamu dan menelefon polis dan ambulance.
Polis sampai di tempat kejadiaan dan polis menyiasat keselurah kes tersebut. Ibu eisha dimasukkan kedalam hospital kerana keadaan ibunya masih lagi bernyawa dan dimasukkan ke wad ICU.
Eisha trauma dengan apa yang berlaku dan takut kehilangan ibunya itu.
"Keluarga puan Ainun bin ismail?," jerit doktor
Eisha bergegas bangun dan pergi ke arah doktor.
Doktor menerangkan apa yang berlaku dan ibunya terselamat tetapi masih lagi dalam keadaan yang tak sedarkan diri. Dan berkemungkinan ibunya akan koma.
Eisha terkejut mendengar perkara itu dan terduduk seketika.
Setelah beberapa minggu kemudian,
Polis dapat mennangkap orang yang cuba untuk membunuh ibunya itu iaitu seorang penagih dadah yang cuba masuk ke rumahnya untuk merompak dan cubaan membunuh.
Eisha tinggal dirumah neneknya dikampung. Neneknya sangat menyayangi eisha kerana eisha adalah cucu tunggalnya.
Eisha tinggal disitu bersama ibunya yang lumpuh separuh badan dan juga mengalami stroke akibat pukulan dikepalanya.
Keputusan SPM akan diumumkan pada 23 mac ini, dan Eisha masih lagi mencari duit dengan bekerja di sawah milik neneknya.
Eisha ingin menyambung pelajarannya di Kuala Lumpur dalam bidang peguruaan, Eisha ingin menjadi pensyarah di Universiti.
Eisha mengumpul duit dari hasil menuai padi dan beberapa kerja yang lain.
Walaupun keluarganya mampu untuk menanggung pembelajaran eisha tetapi dia taknak membebankan mereka.
Nenek eisha mempunyai sawah seluas 10 ekar dan tanah rumah itu walaupun ia diatas nama eisha, eisha sangat berhati hati ketika menyebut pasal tanah tanah itu kerana ia adalah harta pusaka yang harus dia jaga.
Keputusan SPM sudah keluar, Eisha mendapat Straight A+ dalam mata pelajarannya itu bersama sama rakan rakanya juga mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.
Eisha Hanya mampu melihat keputusan itu melalui online kerana dia berada dikampung dan sangat jauh untuk pergi ke bandar semata mata mengambil keputusan spm itu.
Lisa menolong Eisha dengan mengepostkan keputusan eisha itu bagi menggelakkan dia ketinggalan jauh.
Rumahnya dibandar telah dia jual untuk membayar kos perubatan dan pembedahan ibunya itu. Mereka masih beruntung mempunyai nenek yang masih kuat dan mampu bekerja.
******
Kini eisha berada di KL untuk melanjutkan pelajarannya di Universiti dalam bidang peguruan.
Eisha masih lagi kekok bila bertemu dengan orang baharu disekeliling itu.
Eisha bertemu beberapa rakan baharu nya iaitu Nur dan Sarah. Mereka juga berasal dari kampung. Eisha seronok kerana kampung mereka sangat dekat dengannya dan memudahkan mereka untuk pulang kerumah nanti.
Mereka bertiga mendapat dorm yang sama dan menjadi kebetulan, mereka sangat seronok dan bermula kehidupan mereka sebagai pelajar universiti.
Eisha dan rakan rakanya keluar membeli sedikit barang untuk bilik mereka seperti penyapu, pewangi bilik, dll.
Mereka pulang sebelum pukul 10 malam dan kelihatan letih dan merehatkan diri mereka sebelum orentasi bermula minggu hadapan.
Mereka solat bersama dan makan setelah itu mereka tidur akibat kepenatan dalm mencari barangan rumah.
P/n: Hye Guysss!!! Eisha bukan bisu ye, dia hanyalah kurang bercakap.. jangan tanya kenapa icha sangat pendiam :(
Share this novel