Dr. Syamir memandang ke luar tingkap pejabatnya dan mengeluh panjang.
"I need more time to rest my mind," bisik hatinya sambil menggosok matanya.
"Perkara ni sering bermain difikiran aku, walaupun dah hampir 3 tahun berlalu ia masih lagi di ingatan," gumam dirinya lagi
*Tok Tok Tok*
Dr. Syamir terkejut dengan ketukan di pintu pejabatnya lalu duduk di kerusi di mejanya.
"Masuk"
Pintu dibuka dan dilihat seorang wanita di pintu pejabatnya.
"Kau masih lagi dekat office?," soal wanita itu
"Ouh, Dr. Lyn, aku ingat pesakit baru tadi," balas Dr. Syamir
"Hahaha, kau terlalu serius dalam berkerja, apa kata kau cuti untuk seketika tenang kan fikiran kau," balas dr. Lyn
Dr. Syamir tersenyum dan berkata,
"Niat aku macam itu, haa, mana aliff? Tak datang jemput kau ke?," soal Dr. Syamir
"Dia otw ke sini, aku bagitahu dia yang aku jumpa kau sekejap, lagi dah lama kita bertiga tak lepak sekali," kata dr. Lyn
"Kalau kau masih fikirkan dia, aku tak tahu nak cakap apa, tapi bagi pihak aku, better you find someone else, you know situation between you guys, right?" Kata Dr. Lyn lagi
"Aku setuju dengan kata kata Lyn tu Mir," kata Aliff yang tiba tiba muncul di ruangan pejabat itu.
"Hai, sayang," balas lyn dekat Aliff
"Aku tak nak kau bebankan fikiran kau dengan perkara remeh temeh macam ni, but I'm also think that you need some space to rest ur mind," balas Aliff lagi.
"Takpelah, kami pun nak gerak ni, nanti lambat pula kami nak ambil Isma dekat tadika," kata Lyn
Syamir mengangguk faham kerana mereka juga ada komitmen dalam kehidupan mereka. Anak mereka sudah berumur 5 tahun sekarang, dah hampir 6 tahun mereka berkahwin.
"Dan aku masih lagi bersendirian memikir cinta pertama kembali seperti dahulu." Bisik Syamir dalam hatinya.
Syamir tersandar dikerusinya sambil memikirkan keadaannya itu walaupun sudah hampir 3 tahun perkara ini berlaku, sakit yang diterima masih lagi terasa. Umur nya semakin meningkat dan dia satu satunya anak tunggal dalam keluarganya itu.
Syamir membuka laptop dan mencari tempat untuknya berehat sementara. Cutinya tahunan nya masih lagi banyak dan syamir merancang untuk bercuti selaga 4 hari.
"Harap harap cuti kalini mampu menenangkan fikiran aku buat seketika dalam keadaan yang aman tanpa gangguan," bisik nya lagi.
*******
"Semua bekalan dah siap ke?," soal sara
"Sudah, jom kita gerak," balas Nur
Eisha dan Rina mengangguk sambil membawa masuk tikar ke dalam kereta. Mereka pergi menaiki kereta bagi memudahkan mereka dan tidak melengahkan masa mereka ke tempat mereka tuju.
"Nenek, ibu, kami gerak dahulu, assalamualaikum," balas Eisha dengan sopan
Mereka menjawab salam dan melambai ke arah eisha dan rakan rakannya.
Mereka sampai ke tempat yang ingin dituju iaitu Air terjun kampung.
"Nyamannya udara disini," kata Rina dengan semangat
"Udara kampung memang nyaman dan segar," Balas nur
"Betul2, mungkin kerana ia dikelilingi alam semula jadi yang membuatkan ia nyaman," balas Eisha sambil membentang kan tikar dan meletakkan makanan diatas tikar.
Rina memandang kearah Eisha buat seketika dengan muka sedikit sedih.
"Senior?," panggil Eisha
"Ya,"balas Rina yang agak terkejut itu
"Senior okay ke?," Soal Eisha kembali sambil dipndang oleh Nur Dan sara
"Ya, Saya cuma teringatkan seseorang," balas Rina dengan nada sedih
"Ouhh, senior ingat dekat senior reza ye?," usik sara sambil ketawa sedikit.
"Haha, bukanlah, saya teringatkan diana," balas Rina terus terang.
"Diana?," soal Eisha
"Ya, diana, adik kesayangan saya," balas Rina sambil tersenyum dan duduk ditikar mengkuan itu.
"Ouh, kenapa senior tak bawa dia kesini sekali?," soal Nur
Rina diam seketika sebelum menjawab pertanyaan nur itu.
"Dia dan lama meninggal dunia," balas rina
Semua terkejut dengan jawaban yang diberikan oleh Rina
"Senior, saya minta maaf, saya tak tahu perkara ni, saya betul betul minta maaf," balas Nur dengan kata kata menyesal.
"Tak apa nur, Saya tak kisah pun, dan saya anggap awak semua macam adik saya sendir," katanya sambil ketawa.
Mereka terdiam seketika.
"Senior, boleh saya tahu, mengenai kematikan arwah?," soal Eisha yang membuka mulutnya.
Rina tersenyum melihat tingkah laku Eisha itu.
"Arwah meninggal disebabkan kes langgar lari, dia baru balik dari sekolah, waktu itu dia baru habis Peperiksaan SPM last paper, dia balik seperti biasa sambil menunggu driver kami datang, malang tidak berbau, ada pemandu yang tidak menyedari diana berada disitu lalu hilang kawalan dan terlanggarnya,"
Rina terdiam seketika sebelum menyambung kembali ceritanya.
"Diana boleh diselamatkan jika pemandu tersebut bawa nya ke hospital terus jika dia terlanggar tetapi pemandu itu mengambil keputusan meninggalkannya sendirian lalu pergi, keadaan sekolah waktu itu sunyi hanya tinggal diana disitu, dalam beberapa minit guard melihat diana terbaring di depan perhentian bas dalam keadaan berlumuran darah lalu memanggil ambulance, tapi kami terlambat kerana diana mengalami kecederaan parah dan mengalami kehilangan darah yang sangat banyak," cerita rina lagi
"Pemandu tu? Dapat ditangkap?," soal Eisha lagi
"Ya, dapat kerana di sekitar sekolah itu mempunyai cctv dan dapat melihat no plat kereta tersebut." Balas rina dengan tenang
"Pemandu itu dikenakan hukuman berat dan dia mengaku bersalah," balas Rina lagi.
Mereka terdiam kerana mendengar cerita yang agak tragik itu.
"Jomlah mandi, tak sabar rasanya nak mandi air terjun ini, mesti sejuk kan?," soal rina yang memecahkan kesunyian antara mereka
Mereka tersenyum melihat rina yang happy itu.
Mereka bangun tapi eisha tidam berminat untuk bermandi manda. Sara dan Nur sudah msuk kedalam air terlebih dahulu dan menunggu Rina untuk sertai mereka.
"Btw eisha, awak lebih mirip dengan arwah diana," balas Rina sambil menoleh ke belakang dan tersenyum melihat kearahnya.
Eisha terkejut dengan kata kata rina dan tersenyum melihatnya
"Jadi dia menganggap aku seperti adiknya sendiri," bisik hati eisha sambil tersenyum melihat rina.
"Kehilangan buat kita kuat sehinggakan mampu mengukir senyuman di bibir tapi perit untuk menerima didalam hati walaupun mengambil masa untuk pulih" bisik hati eisha.
Eisha teringat akan permergian ayah nya itu yang meruntun hatinya. Tetapi dia tetap berasa bahagia dengan apa yang dia miliki sekarang ini walaupun ia tidak besar tetapi ia berharga.
"Menerima kehilangan seseorang itu sangat perit, tetapi menerima sesuatu yang berharga sangat bernilai dalam hidup adalah sesuatu yang sangat bahagia walaupun kita tidak memlikinya tapi kita menghargainya setiap detik"
Eisha memandang ke arah mereka yang bermain dengan air itu sambil eisha membaca buku yang dibawanya itu.
P/s: Kehilangan seseorang kadang kadang buat kita menghargai sesuatu yang akan datang walaupun ia kecil ia tetap menjadikan ia sebagai kenangan yang berharga walaupun perit. ( Ikhlas dari author ;p)
Share this novel