"Apa ke susah sangat dia ini nak membalas mesej aku?." Rungut Daniel
Daniel memikirkan sesuatu yang bermain difikirannya itu. Dan menganggap apa yang dia dengari berkaitan dengan Eisha adalah betul semuanya.
"Sangat susah nak mengoda dia ini," desus hatinya yang sedang memikirkan cara untuk memikat Eisha.
"Dia sangat berbeza dengan gadis lain, Sangat misteri," sinis Daniel lagi
"Woi!! Apa yang misteri?," soal seseorang yang tiba tiba menolak pintu biliknya itu.
"Kau tak reti ketuk pintu dulu ke?!!," marah Daniel yang terkejut itu.
"Ketuk?," soal Reza Yang terpaku seketika dan keluar kembali sambil mengetuk pintu biliknya dan masuk.
"Siapa yang misteri?," soal reza yang kebinggungan itu.
"Tiada siapa," jawab Daniel dengan ringkas
Reza mengangguk faham.
"Kau tak keluar dengan rina ke? Selalunya berkepit je," soal daniel yang membuka cerita
"Tak, Rina pergi ke kampung Eisha," balas Reza dengan ringkas.
"Ouh." Jawab Daniel
"Haa?!! Kampung eisha?," soal Daniel yang tiba tiba terkejut.
"Yelah, kampung Eisha, Adik angkat Rina," jawab reza dengan pelik.
"Kau tak pergi ke?," soal Daniel yang rasa ingin tahu.
"Memang Rina Ada ajak tapi aku malas nak ikut," jawab reza dengan ringkas lagi.
"Kau tahu ke kampung Eisha dekat mana?," soal daniel
"Tahu, Haritu Rina ada bagi tahu alamatnya, tak silap aku, no 94 Kampung bahru.. kejap, kenapa kau nak tahu?," soal Reza yang terhenti seketika itu
"T-tak, aku saje nak tahu," jawab Daniel tergagap.
"Jangan bagitahu aku yang kau nak jumpa Eisha?," soal reza yang memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya.
"Kalau aku nak berjumpa dengan Eisha Apa salahnya?," soal Daniel kembali.
"Tak! Aku tak benarkan kau dekati Eisha," tegas Reza sambil berlalu dari situ.
Daniel pandang ke arah Reza sambil bergumam sesuatu.
"Kenapa ramai sangat membela si Eisha itu?," soal Daniel.
******
"Wahhh, sedapnya kuih seri muka ini," puji Nur
"Betul betul betul, pulut dia lembut pandan nya lemak manis sangat sangat sedappp," sokong Sara sambil memakan beberapa ketul kuih seri muka itu.
Sara dan nur bangga kerana kuih yang diajar oleh Eisha itu menjadi dan sangat sedap.
Eisha tersenyum melihat mereka dan turut memakan beberapa potong kuih itu.
"Ahh, senior Rina nak datang sekejap lagi," kata Eisha yang memulakan perbualan.
Sara dan Nur memandang antara satu sama lain dan tersenyum kerana ini adalah pertama kali senior Rina datang ke kampung mereka.
"Jadi senior rina akan duduk dengan kau?," soal Sara
Eisha mengangguk dengan pertanyaan itu.
"Kalau macam itu, kami nak duduk sini jugak!," kata Nur dengan bersemangat.
Eisha terkejut dengan tingkah mereka kerana ini adalah kali pertama rakan rakanya duduk dirumahnya.
"Boleh, tiada masalah," kata nenek Eisha yang tiba tiba menyampuk perbualan mereka.
"Nenek," sambut nur dan sara yang keriangan.
"Mari makan nek, kuih yang kami buat ini menjadi," balas Sara keriangan.
Nenek tersenyum melihat mereka berkawan.
"Assalamuaalaikum!!,"
"Itu macan suara Senior Rina," kata sara
"Waalaikumussalam," balas Eisha
Mereka bergegas ke pintu utama dan melihat Senior Rina yang melambai kearah mereka sambil membawa bagasi disebelahnya.
Mereka sambut dengan sopan dan riang.
Rina bersalaman dengan mak dan nenek Eisha. Rina juga membawa buah tangan untuk mereka.
Mereka mempelawa Rina duduk dan mereka berborak sambil ketawa.
Rina memandang kearah ibu Eisha.
"Cantik, patutlah Eisha ini cantik," bisik hati Rina sambil tersenyum
Rina sememangnya tahu tentang keadaan ibu Eisha yang lumpuh itu.
Eisha kembali ke atas sambil membawa dulang air dan bebrapa potong kuih.
Rina merasa kuih tersebut dan memuji rasa kuih tersebut. Ibu dan nenek Eisha berlalu dari situ untuk berehat.
"Ouh ya Icha, Daniel ada menghantar mesej dekat icha ke?dia nak apa sebenarnya?" soal Rina yang agak kerisauan
Sara dan nur memandang ke arah eisha kerana dia tidak tahu tentang perkara tersebut.
Eisha mengangguk dengan pertanyaan rina
"Ya, Dia bertanya berkaitan dengan bahas, tetapi icha cakap yang untuk sem depan berbahas tiada kerana icha mengundurkan diri," balas Eisha dengan teliti.
Rina mengangguk faham apa yang dikatakan oleh Reza berkaitan dengan daniel.
"Daniel minta no eisha sebab eisha ingin menarik diri dari bahas dan ingin fokus pada pembelajaran nya, hal ini menyebabkan guru penasihat jadi putus asa," itulah kata kata reza kepada rina.
Eisha menunjukkan bilik untuk Senior rina.
"Taknak! Saya nk sebilik dengan Eisha," jawab Rina dengan ringkas
Mereka semua setuju dengan kata kata rina itu.
Eisha hanya ketawa melihat perangai rina yang seakan kebudak budakkan itu. Eisha terpaksa akur dengan kehendak rina dan menunjukan biliknya itu.
Mereka semua terkejut setelah melihat bilik Eisha yang luas dan kemas serta cantik itu.
Rina meletak beg pakaiannya itu dan duduk di tikar gebu yang berbulu itu.
Rima memerhati Bilik Eisha itu yang seakan akan seperti biliknya. Sangat selesa dan mempunyai rak bacaan tersendiri.
"No wonderlah dia mampu meraih dekan setiap sem," bisik rina sambil melihat rak buku di bilik itu.
Rak yang dipenuhi buku rujukan dan tersusun kemas. Biliknya yang sejuk itu sangat menyelesakan diri rina.
Walaupun rumah kampung tetapi ia sangat nyaman dan selesa.
Rina membuka tingkap bilik itu dan melihat sawah padi yang berdekatan dengan bilik eisha itu.
"Dekat sini ada Air terjun tau Senior," kata Nur
"Haa, air terjun?!! Soal Rina yang bersemangat itu.
Mereka mengangguk dengan soalan rina.
"Kita pergi esk pagi, sebab hari pun dah nak senja," kata Sara
*****
Dr. Syamir menatap gambar yang dipegangnya itu dan memandang kearah luar
"Kenapa?," soal Dr. Syamir yang menghembuskan nafas nya seperti orang kelelahan.
Dr. Syamir mampu meratap gambar yang dipegangnya itu dan sukar untuk dia melupakan wanita itu setelah apa yang berlaku dengan dirinya.
* Tok Tok Tok
Pintu biliknya diketuk.
"Masuk," kata Dr. Syamir
"Dr, ada pesakit yang ingin dirawat," kata nurse itu.
"Baiklah," balas dr. Syamir itu sambil mengambil laporan dari nurse tersebut.
Dia menyemak laporan tersebut dan menulis perkara yang patut.
"Baiklah, saya rasa awak tiada apa apa masalah, cuma satu sahaja yang saya nak pesan, awak kena makan ubat pada waktu yang ditetapkan oleh pihak kami lah," kata dr. Syamir itu sambil menulis laporan itu.
"Betul doktor? Saya dah boleh keluar?," soal pesakit itu.
Doktor itu mengangguk dan tersenyum.
"Cuma elakkan dari berjumpa dengan orang yang negative kerana ia mungkin dapat merosakkan minda awak sekali lagi," kata dr. Syamir lagi
Pesakit itu mengangguk faham dan mengucap terima kasih atas usaha dr. Syamir itu merawat dirinya.
Pesakit itu keluar dan mengucap terima kasih sekali lagi dalam keadaan keriangan.
Dr. Syamir melihatnya dengan keadaan tersenyum.
Dan tiba tiba dia mengusap mukanya itu dengan telapak tangannya menandakan ia penat dengan semua ini.
Dia seakan akan palsu dengan dirinya sendiri yang mampu tersenyum melihat orang lain bahagia.
P/n: Wahh, kita berjumpa dengan watak baharu.. okay baiklah..
Share this novel