KYH 3 (Perjalanan)

Romance Series 1770

Harini adalah hari pertama memulakan pengajian di universiti. Mereka bergegas bangun dan menyiapkan diri mereka. Eisha yang sememangnya bangun awal pagi itu menyiapkan sarapan untuk mereka iaitu mee goreng mamak.

Rakan rakanya suka akan mee goreng mamak masakkan Eisha dan kerap memintanya setiap kali mereka lapar.

Kelas bermula pada 10 pagi hingga 2 petang untuk subjek teras iaitu Kemahiran berkomunikasi (KK).

Mereka makan sarapan sambil berborak dan rasa bersemangat sempena sem baharu itu dan pembelajaran baharu.

"Agak agak kau macama mana keadaan kelas kita nanti?," soal sara yang happy itu

"Mesti macam dalam drama petang petang tu," balas nur kembali

Mereka ketawa dengan jawapan yang diberikan oleh nur.

"Bagaimana keadaan senior rina erk?," soal Eisha yang tiba tiba membuka mulutnya.

"Dengar cerita, senior rina dah boleh berjalan seperti biasa siap main bola tampar lagi," balas sara sambil ketawa

Perkara itu sudah berlalu 2 minggu yang lalu.. aktiviti orentasi jugak dibatalkan akibat eksiden itu. Mereka diberikan rehat selama 2 minggu sebelum masuk belajar.

Eisha mengangguk dengan kata kata sara itu lalu menyuapkan beberapa sudu mee kedalam mulutnya itu.

Eisha berharap agar perjalanan kalini tidak membebankan fikiranya sepanjang pengajiannya itu.

Mereka memakai tudung dan bergegas ke kelas apabila jam menunjukkan 9:45 minit pagi. Eisha dan rakan rakanya duduk di meja hadapan, ini memudahkan mereka fokus belajar.

Semasa pembelajarannya berlangsung, eisha melihat kelibat seseorang dipintu kelasnya, tetapi tidak mengecam orang itu. Dan membiarkan begitu sahaja.

Jam tepat pukul 2 petang, kelas KK itu telah habis dan mereka menuju ke Kantin untuk membeli makanan tengahari kerana mereka malas untuk masak.

"Arhhh, hari pertama sudah ada assignment? Malasnya aku nak buat," rungut sara

Nur dan eisha hanya mengelengkan kepalanya itu.

"Eishaa!!," jerit seseorang

Eisha dan rakan rakanya memandang ke belakang dan melihat senior rina sedang melambai kearahnya.

Sara dan nur turut melambai kembali. Eisha hanya tersenyum melihat lambaian itu. Senior rina mendekati mereka.

"Korang dah habis kelas ke?," soal Senior rina

Mereka mengangguk serentak dan sekarang mereka menuju ke kantin untuk membungkus makanan.

"Sebenarnya saya ada membeli bucket kfc, so saya nak bagi dekat awak semua," katanya sambil menunjuk kearah keretanya.

Sara dan nur setuju ini kerana mereka dapat menjimat duit mereka. Eisha hanya tersenyum melihat tingkah mereka.

Senior rina memberikan bucket tersebut dan mengucapkan terima kasih kerana membantu dirinya haritu. Senior rina pergi kerana dia agak terlambat untuk masuk ke kelasnya di sebelah petang.

Eisha hanya memandang ke arah senior rina dan tersenyum.

Mereka menuju pulang ke dorm mereka dan menikmati Ayam tersebut.

"Senior rina itu baik kan? First time ada senior sebaik dia," puji Sara

Mereka mengangguk tanda setuju dengan kata kata sara sambil menikmati ayam itu.

*****

"Aku dengar kau buat hal lagi daniel?," soal reza

"Hah?," soal daniel yang pelik

"Aku dapat cerita yang kau mempermainkan perasaan beberapa gadis dekat sini." balas reza lagi

Daniel ketawa mendengar kata kata reza itu.

"Kau ingat aku suka mereka? Mereka itu hanyalah budak budak nak kenal dunia," balas daniel dengan angkuh didepan rakan rakanya

"Suka hati kau lah, jangan sampai kene dekat batang hidung sendiri dan lagi satu jangan sesekali dekat dengan Eisha, faham!?," ugut reza

"Wooo woo, sejak bila kau pedulikan Budak eisha tu?," soal daniel sambil tersenyum sinis

"Sejak aku pedulikan dia," balas seseorang yang tiba tiba muncul iaitu rina

"HAHAHAHA, apa yang kau nampak dekat budak itu, rina? Dah lah macam nerd," balas daniel yang angkuh itu.

Rina hanya tersenyum dan ketawa dengan kata kata daniel kerana dia malas nk bergaduh pasal perkara ini. Rina berlalu dari situ.

Reza memandang kearah rina dan memandang kembali kearah daniel dengan pandangan yang tajam dan berlalu dari situ.

"Eisha ye?," bisik hati Daniel sambil tersengih.

*****

"Finally!!!! Siap akhirnyaaaa semua assignment ini," sorak Nur

Mereka semua kepenatan membuat beberapa assingment yang banyak itu.

Mereka ada lagi beberapa sem sebelum tamat pengajian.

Total semua adalam 7 sem, sekarang mereka berada di sem 5. Cepat masa berlalu bila difikirkan semula.

Senior rina sangat rapat dengan mereka serta membawa mereka pergi melancong dan berjalan jalan kalau ada waktu terluang.

Senior rina menjadi anak tunggal selepas kematian diana dan tinggal bersama ayahnya. Ayahnya seorang usahawan berjaya.

Kehidupan rina sangat mewah sehinggakan mampu berbelanja setiap hari.

Eisha masih lagi dengan sikapnya yang introvert dan tidak ingin bergaul dengan sesiapa.

Eisha rapat dengan rina kerana rina banyak membantunya tetapi tidak pernah mengambil kesempatan keatas rina.

Perjalanan mereka sepanjang menempuhi pengajian disini sangat sukar dan meletihkan diri mereka.

Eisha pelajar cemerlang yang satu satunya pelajar yang mampu meraih anugerah dekan setiap sem. Ini membuatkan ramai orang kagum dengan sikapnya yang mudah memberi ilmu kepada orang yang tidak faham Serta memecah rekod universiti antara pelajar yang terbaik mewakili universiti ke peringkat Negeri dalam berbahas.

Walaupun Eisha seorang yang introvert, dia masih melakukan harian seperti pelajar lain contohnya menyertai kokurikulum dan macam macam lagi.

Cuti Sem akan bermula tidak lama lagi, eisha merancang untuk pulang ke kampung untuk melihat ibu dan neneknya.

Setelah 5 bulan tidak balik semenjak cuti sem lepas, eisha mengemas barang barangnya itu. Cuti sem beelangsung selama 3 minggu. Dia ingin menghabiskan masanya dikampung.

Eisha menghantar semua assignment tersebut di meja pensyarahnya. Ujian akhir akan bermula esok jadi dia bersiap sedia dengan membaca buku.

*****

"Finally, ujian dah tamat ini masanya kita balik ke kampung!." Sorak sara kegembiraan

Mereka pulang sekali dengan menaiki bas kerana mereka satu arah dan satu kampung. Itu adalah kebetulan yang sangat luar biasa.

Mereka tiba di kampung tersebut dan masing masing membawa diri ke rumah mereka sendiri.

Eisha pulang dengan gembira dan senang hati kerana dia tidak perlu memikirkan soal pelajarannya lagi buat masa sekarang.

Eisha sedar bahawa perjalanan hidupnya tidak semudah yang disangka sebelum ini, banyak perkara yang perlu dia tempuhi dan hadap.

P/n: Senior rina dan Eisha hnya beza 1 Sem sahaja jangan keliru jika tiba tiba ada senior rina sewaktu mereka hampir habis belajar nanti ; )

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience