KYH 10 (FlashBack)

Romance Series 1770

KYH 10 (FlashBack)

"Baiklah, Ini adalah Final projek untuk Sem ini, Saya nak awak semua buat kajian tentang Sejarah Melayu lama Di mana mana tempat bebas atau mana mana intitusi. Awak boleh ambil kad kebenaran kampus untuk buat kajian ini." Kata professor berkaitan dengan final projek

"Elakkan daripada meniru pelajar lain sebab saya tak nak ada masalah semasa saya menanda awak punya report, saya boleh tahu jika awak copy dari students ssebelum ini , jadi elakkan dari meniru!" tegas Prof.Azmi

Masing-masing memandang ke arah satu sama lain kerana mereka baharu sahaja menghabiskan projek ketiga mereka 2 minggu lepas.

"Arghh!! Another project!" Rungut Sara yang baharu sahaja mengemas buku bukunya itu.

"Takpelah sara, inikan projek kita yang terakhir lagipun subjek ni kan takde final exam, markah semua berdasarkan projek yng kita buat sebelum ini je," pujuk Nur yang agak gembira kerana ini merupakan projek yang terakhir yang diaorang akan tempuhi.

Eisha hanya memandang ke arah mereka sambil ketawa kecil, mereka bergegas ke cafeteria yang berdekatan dengan kampus mereka.

"Assignment ni adalah assignment yang terakhir untuk sem terakhir ni." Bisik hati eisha

Eisha memandang suasana yang ada disekelilingnya itu, itu adalah tahun ketiga bagi sem terakhir sebelum dia dan rakan rakannya memulakan praktikal mereka.

"Sejarah melayu lama.., hm." Eisha memikirkan perkara tersebut terlalu lama walaupun projek itu diberikan masa 3 minggu untuk menyiapkan report.

"Kalau sejarah melayu lama.. apa kata aku buat report tentang etnik melayu, dari asal usul hingga konsep bangsa melayu, yeah okay mula mula kita susun dari Etimologi, asal usul, sejarah, budaya dan konsep bangsa melayu," gomel eisha sendirian

"Ahh, tempat yang kita kena rujuk yang pertama adalah perpustakaan lepastu kita ke muzium melayu dan akhir sekali kita rujuk internet!!." Bisik hatinya lagi

"It's will no be that easy to collect all the data, lagi lagi kena rujuk Muzium,"

Eisha buntu seketika ketika memikirkan masalahnya itu.

***Tut Tut Tut

Eisha tersedar dari lamunannya itu dan mematikan alarm telefonnya.

"Ahh, waktu aku makan ubat," bisik hatinya

*** Flashback**

"Doctor, sampai bila saya kena bergantung dengan ubat ni?," soal eisha

"Eisha, sampai awak betul betul sihat," balas doctor wanita itu dengan ringkas dan tersenyum

**Flashback tamat**

"Sihat erk?" Eisha ketawa sendiri bila dia teringat tentang hal itu.

"Dah lama aku tak jumpa dengan doktor tu, dah masuk 2 tahun lebih rasanya," bisik eisha sambil memandang kearah report kesihatanya itu

******

"Doctor!!." Jerit seseorang

"Ahh nurse Ija, kenapa awak menjerit panggil nama saya?," soal Dr. Syamir yang agak terkejut itu

"Dia buat hal lagi doctor," balas Nurse Ija yang tercungap cungap kerana berlari mendapatkan doktor

"Kalini dia buat apa?," soal dr. Syamir

"Dia baling segala yang ada dekat depan dia lepastu dia cuba nak ugut kita dengan menoreh tangannya," balas nurse tersebut sambil berlari ke arah pesakit.

Mereka berlari ke tempat yang berlaku kekacauan tu.

"Tak sampai 2 hari aku masuk kerja, dia buat hal lagi!," rungut dr. Syamir

Syamir yang kembali berkerja selepas bercuti lama membuatkan otaknya kembali tertekan dengan keadaan itu.

Tiba di tempat kejadiaan dr. Syamir melihat pesakit tersebut menoreh tangan dengan pisau lipat yang pesakit curi dari tempat nurse berkerja.

Syamir dah pesan, jangan biarkan barang yang berbahaya dekat tempat kerja lagi lagi mereka berada di mental hospital.

Dr.syamir meredakan keadaan dan pesakit tersebut diberikan suntikan serta merawat dibahgian yang cedera.

Dr.syamir kembali ke pejabatnya dan duduk sambil mengeluh. Walaupun pejabatnya jauh dari ward pesakit dia masih lagi menjalankan tugasnya sebgai psikiatri.

"Abang mir, apa beza psikiatri dengan psycologys?" Kata budak perempuan itu

Syamir memandang kearah budak kecil itu sambil tersenyum

"Apa yang abg mir tahu..Psikiatri adalah doktor perubatan dan dapat menetapkan ubat-ubatan, yang mereka lakukan bersempena dengan menyediakan psikoterapi" balas nya sambil mengusap kepala budak perempuan itu

"Jadi, abg mir nak jadi ahli psikiatri ke?" Soal budak perempuan itu.

Syamir mengangguk dan tersenyum melihat budak itu.

"Dah lama aku tak nampak budak perempuan tu, macam mana keadaan dia sekarang,Nura?," bisiknya itulah nama budak perempuan itu, sangat manis dan sangat lembut orangnya

umur mereka 6 tahun berbeza dan dia berkawan dengan budak kecil itu ketika dia berumur 15 tahun dan budak itu berumur 9 tahun.

"Sekarang aku umur 27 dan dia 22 tahun, agak agak apa dia belajar sekarang?," soalnya dalam hati.

******

3 minggu kemudian

"Arghhhhh!! Akhirnya siap juga kita punya projek! Sekarang nie dah nak masuk minggu belajar untuk final exam setelah bertungkus lumus dalam pelajaran akhirnya kita dah nak abis juga!," rengek Sara

Report masing masing telah dihantar dan di kemas kini bagi mereka yang ingin update report mereka.

Eisha dan rakan rakannya fokus pada revision untuk final exam nanti dalam masa 3 minggu lagi setelah itu dia akan praktikal di sekolah rendah tang dipilihnya selama 6 bulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience