KYH 2 (Ekspedisi)

Romance Series 1770

"Baiklah, u Guys know that today adalah orentasi kita kan?," soal Pelajar senior sambil mencekak pinggangnya

Mereka semua mengangguk faham dengan kata kata senior itu. Mereka semua di tugaskan membuat kumpulan dan melakukan aktiviti berkumpulan diikuti dengan aktiviti solo.

Tiba tiba pintu dibuka dan semua pelajar memandang ke arah senior tersebut.

"Mari saya kenalkan senior yang paling hensem iaitu daniel," kata senior Reza itu

Daniel hanya mengangkat tangannya sebagai tanda hai kepada semua pelajar.

"Hensemnya dia weyyy!!," kata beberapa pelajar perempuan

Rambutnya yang kemas dan tinggi dan bergaya itu menjadi ciri ciri lelaki idaman wanita lain. Senyuman yang menawan dan gigi yang tersusun itu membuatkan lagi hati para wanita melayang.

Nur dan sarah gembira melihat itu tapi tidak pada Eisha yang hanya memikirkan keadaan ibu dan neneknya dikampung.

Eisha hanya membisu sepanjang masa, hidup dengannya seperti kera sumbang yang tidak tahu tentang dunia luar dan tidak reti dalam menguruskan pelbagai jenis sosial.

Eisha seperti gadis introvert yang tidak mahu bergaul dengan dunia luar. Eisha memerhati sekeliling itu dan dia berasa gugup kerana ini kali pertama dia berada di tempat yang terbuka dan dipenuhi orang.

Sara,nur dan Eisha berada didalam satu kumpulan sepatutnya empat orang tetapi satu orang akan mengetuai pasukan tersebut iaitu senior kepada pelajar yang lain.

Ramai memilih daniel untuk dimasukkan ke dalam kumpulan mereka termasuk sara dan nur.

Eisha memerhati sekeliling, dia rase seakan ingin lari dari semua ini, dia tidak suka situasi sebegini.

Daniel mengetuai kumpulan wanita lain. Manakala kumpulan Eisha diketuai oleh Senior Rina seorang gadis yang sangat periang dan baik hati.

"Okay, memandangkan saya group dengan awak awak semua, saya nak awak semua percaya dengan saya." Kata Senior Rina dengan semangat

Sara,nur Dan Eisha bersemangat mendengarnya dan ketawa bersama sama

"Sebelum kita memulakan kita punya aktiviti akan datang, saya kenalkan diri saya, Saya Riana Dato Mukhriz, saya pelajar bidang Arkitek," kata Senior Rina

"Saya dah berpunya ya, jangan bagitau sesiapa tauuu," bisik senior Rina sambil ketawa

"Milik siapa Senior rina?," bisik nur kepada senior rina

"Ituuu," kata senior rina sambil menunjuk ke arah Senior Reza

"Oooo," balas mereka

"Senior rina, saya nak tanya," soal Sara dengan nada manja.

"Silakan," kata senior rina sambil tersenyum

"Senior Daniel itu sudah berpunya?," soal Sara itu

Senior Rina ketawa bila mendengar pertanyaan sara itu..

"Senior Daniel itu suka tukar tukar pasangan dalam masa beberapa bulan sahaja, dia itu playboy," bisik Senior rina sambil ketawa

Mereka mengangguk faham. Senior rina melihat eisha yang mendiamkan dirinya

"Awak siapa nama?," soal senior rina
"Saya eisha," balas eisha dengan ringkas

"Awak okay? Awak seakan akan tidak mahu berborak dengan kami?." Soal Senior rina

"Bu-bukan begitu, Sa-saya tak tahu nak berborak apa," balas Eisha yang tergagap itu

"Maaf tanya, awak memang gagap ke?," soal senior rina kembali kerana ingin tahu.

"Tidaklah senior, Eisha memang macam ini kalau terlalu ramai orang disekelilingnya," backup Nur dan sara

Senior rina tersenyum dan ketawa sedikit melihat tingkah mereka. mereka memulakan aktiviti solo didalam kumpulan mereka sebelum membentuk aktiviti berkumpalan di luar kampus.

Setelah 4 jam membuat aktiviti tersebut,

"Baiklah, kita boleh balik ke dorm masing masing, esok pagi kita akan memulakan aktiviti orentasi kita di hutan." Balas senior Rina

Mereka mengangguk faham dan kembali ke dorm mereka. Senior Rina memandang ke Arah Eisha itu melihatnya seakan akan ingin mengenali lebih lagi tentang Eisha.

"Alangkah baiknya jika Diana berada disini," luah Senior Rina dalam hatinya yang merindui adiknya, umur Diana sebaya dengan Eisha dan rakan rakannya.

Senior Rina mengeluh panjang bila mengenangkan adiknya yang mati akibat kes langgar lari itu, itu perkara yang membawa kemarahan dalam dirinya.

Eisha berada di kerusi berdekatan dengan dormnya itu. Sambil memikirkan keadaan ibunya dan neneknya itu.

"Alangkah baik jika mereka ada dekat dengan aku," rintih Eisha

"Eisha,apa kau buat dekat luar ini?," soal nur yang tiba tiba muncul

"Tiada apa apa, saje ambil angin malam," balas Eisha sambil tersenyum.

"Jom tido, esok kita ada aktiviti didalam hutan, mesti best kan?," balas Sara yang excited itu

Eisha mengangguk dan sedikit ketawa melihat tingkah laku mereka dan mereka berlalu pergi masuk tidur.

*****

"Baiklah,ini adalah tugasan pertama anda! Kalian mesti mengikuti laluan yang disediakan didalam hutan. Ingat! Jangan terpisah dengan ahli kumpulan anda. Dan Ketua! Pastikan anak anak buah anda berada berdekatan dengan anda dan elakkan berubah laluan! Faham?!," kata senior Reza Dengan tegas

"Faham!!," balas semua pelajar.

"Okay baiklah, kita xperlu bawak banyak barang sebab expedisi ini mungkin akan berakhir dalam 1 hingga 2 jam sahaja." Kata Senior Rina

Mereka mengangguk dan membekalkan sedikit makanan, keperluan kesihatan dan beberapa alat mendaki.

Eisha kelihatan agak tenang pada hari itu tetapi dalam masa yang sama dia berasa tidak selesa kerana ada sesuatu yang bermain dimindanya.

Dia berasa tidak sedap hati tetapi dia tidak meluahkan perkara itu bagi menggelakkan semangat rakan rakannya jatuh. Mereka sangat gembira dengan expedisi ini.

Ia merupakan pengalaman baru bagi eisha seorang gadis introvert yang tidak menyukai aktiviti luar seperti orang lain.

Orang mungkin menggelarkannya sebagai kera sumbang kerana tidak bergaul tetapi ia lebih menyukai perkara itu kerana dia tidak perlu rungsing memikir hal orang lain.

"Eisha!," panggil senior Rina

Eisha tersentak dari lamunannya itu bergegas ke arah senior dan memulakan expedisi itu.

Mereka memulakan perjalanan dengan bismillah dan berdoa supaya selamat sampai di tempat penamat.

******

"Senior daniel," panggil seorang gadis

"Ya?," balas senior itu

"Senior dah berpunya?," kata gadis itu lagi

Senior Daniel hanya ketawa terbahak bahak mendengar soalan gadis itu.

"Kenapa? Nak jadi pasangan saya ke?," soal senior daniel dengan pandangan yang menggoda itu.

Gadis gadis disitu malu dengan pandangan senior daniel itu.

"Didepan ada jurang yang agak besar, jadi kalian kene berpegangan tangan untuk mengelakkan terjatuh." Kata Senior daniel itu

Gadis gadis itu berebut untuk memegang tangan senior daniel itu. Senior itu berasa pening kepala dengan tingkah mereka.

*****

"Senior, kenapa kita tak nampak anak panah?," soal Nur yang agak cuak kerana mereka berjalan hampir 2 jam lebih.

Senior mengangguk tanda setuju kerana dia juga tidak melihat apa apa tanda disitu. Membuatkan mereka sedikit cuak dan berasa takut.

"Arghhh," jerit senior rina yang hampir terjatuh di jurang tinggi itu.

senior rina itu bernasib baik kerana tangannya sempat disambut oleh Eisha. Mereka sama sama menaikkan senior itu ke atas tetapi malangnya kaki senior rina itu terluka akibat tertusuk kayu.

Senior rina dalam kesakitan, nur dan sara sedikit cuak melihat itu dan eisha membuka begnya dan mengeluarkan kit perubatan dan Eisha berjaya mengeluarkan kayu tersebut dan eisha meletakkan sedikit alkohol dan antiseptik disekitar di bahagian kaki Senior rina bagi mengelakkan sebarang jangkitan.

Keadaan senior bernasib baik kerana tidak parah dan darah dapat diberhentikan dengan cepat dan membalut luka itu dengan segera

Mereka berehat seketika bagi mengumpul tenaga dalam badan.

Eisha menghulurkan makanan kepada mereka dan dimakan oleh mereka dan sedikit minuman.

Senior rina ketawa sedikit kerana dia berfikir dia akan mati. Dia mengucap terima kasih kepada Eisha dan rakan rakannya.

Senior tidak boleh berjalan itu di gendong oleh Eisha sambil di bantu oleh rakan rakannya.

Mereka berjalan dan terus berjalan sehingga mereka terjumpa tempat akhir mereka.

Pelajar pelajar lain terkejut melihat keadaan mereka yang berlumuran darah. Senior rina tersengih sambil menunjukkan peace yang digendong oleh Eisha itu.

Senior reza datang mendapatkan mereka dan meminta eisha untuk menurunkan senior rina tetapi eisha tidak bagi, mengatakan biar dia membawa senior rina ke medic. Senior rina juga setuju dengan kata kata eisha dan mereka berjalan menuju ke medic kampus.

Eisha duduk di kerusi rehat disitu setelah menghantar Senior rina itu ke medic.

Senior reza dan senior daniel datang mendapatkan mereka dan menanyakan apa yang terjadi. Sara dan nur menceritakan apa yang terjadi.

Eisha berlalu pergi dari situ dan menuju ke tandas berdekatan disitu.

Doktor keluar dari medic kampus itu.

"Bagaimana keadaan Rina doktor?," soal Senior Reza mereka juga menunggu jawapan dari doktor itu.

"Nasib rina sangat baik, kalau tidak dirawat dengan cepat tadi, berkemungkinan rina mudah dijangkiti kuman, tetapi itulah, boleh saya tahu siapa yang merawat Rina sebelum sampai kesini?," soal Doktor

"Kenapa doktor? Gadis itu pergi ke tandas," balas nur

"Cara dia membersihkan luka dan cara dia mencabut bendasing dari kaki rina sangat baik, seperti pelajar perubatan," balas doktor

"Tetapi dia hanya pelajar peguruan sahaja doktor," balas Sara

"Perguruan? Alangkah baik Kalau dia ambil bidang Medical adalah satu kejayaan baginya kerana cara dia mengubati sangat baik," balas doktor sambil tersenyum dan meminta izin untuk berlalu dari situ.

"Ehhh, itu bukan eisha ke?," soal sara sambil menunjuk kearah luar, mereka memandang kearah eisha yang duduk sendirian di bangku kampus itu.

"Takpe, korang pergi check kawan korang dahulu, saya dengan daniel nak tengok rina, baru kami berjumpa eisha," balas Senior reza.

Sara dan nur mengangguk faham dan berlalu pergi.

"Bagaimana keadaan senior rina?," soal Eisha sambil memandang ke arah nur dan sara.

"Dia baik baik sahaja," Balas Sara

"icha, Macam mana kau tahu tentang perubatan?," soal nur kebingunggan

Eisha hanya tersenyum dan mendiam kan dirinya dan memandang ke arah taman permainan itu.

"Terima kasih eisha kerana menolong senior rina," kata Senior reza yang tiba tiba muncul bersama senior daniel.

Eisha masih mendiamkan dirinya dan bingkas bangun dan membongkokkan badannya sebagai tanda sama sama dan berlalu dari situ.

"Saya minta maaf ya senior berkaitan dengan Eisha, dia tidak selesa dengan lelaki," balas Sara

"Okay tak apa saya faham," balas senior reza sambil tersenyum. Perilaku eisha itu dilihat oleh Senior daniel.

"Dimana eisha?," soal Senior rina yang mencari cari eisha

"Apa kata awak rehat dulu, Eisha dekat dalam dorm dia," balas Senior reza

"Awak perasan tak? Perangai eisha itu?," soal Senior rina

Senior reza mengangguk faham apa yang dikatakan oleh senior rina.

"Dia seperti arwah Diana," balas senior reza.

Rina hanya memandang ke luar jendela dan dan mengenangkan pemergian arwah adiknya itu. hanya reza mengetahui apa yang berlaku terhadap adiknya.

P/n: Eisha Dan Diana adalah dua orang yang berbeza tau, jangan kalian buat spekulasi yang mereka ini adalah kembar. :D

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience