KYH 7 (Effort)

Romance Series 1770

"Aku dah sedaya upaya buatkan Eisha tu pandang aku, tapi asal dia sikit pun tak kisah tentang keberadaan aku?," soal Daniel sambil mengenggam tangannya itu.

"Kenapa ramai orang menjaga dia sangat?! Dia itu hanya lah budak biasa yang yang menjadi kebanggaan Kampus," bisik hatinya lagi.

"Aku kena buat dia jatuh cinta dekat aku, mesti orang ramai kagum dengan aku sebab dapat wanita secantik Eisha itu menjadi pasangan aku, dahlah pandai," gumam dirinya lagi.

"Jadi aku kene letakkan lebih effort untuk mendapatkan dirinya walaupun ternampak aku yang terhegeh hegeh," tekad Daniel lagi.

Daniel membuka laptop nya itu lalu menaip sesuatu didalam nya.

**Seminggu kemudian***

"Macam mana dengan keadaan kampung eisha?," soal reza dekat Rina

"Sangat sangat best, awak tahu tak, kampung dia ada air terjun, kampung eisha sangat cantik, rumahnya sangat cantik gabungan tradisional dan moden nampak sangat cantik dan kemas tak macam rumah kampung biasa, Lepastu saya makan kuih yang eisha buat ia sangat sedap..," Balas Rina yang panjang lebar

Reza melihat tingkah laku rina itu sangat berpuas hati kerana rina tidak pernah tersenyum macam itu setelah kematian diana, dia sangat bertuah kerana eisha muncul dalam hidup rina dan mampu membuat rina tersenyum dan ketawa seperti dahulu.

"Awak!! Awak dengar tak apa yang saya cakap ni?," soal rina

"Haaa, ye dengar," pandang Reza dengan tersenyum

"Saya harap eisha tidak pergi dari hidup awak dan saya nak awak terus ceria macam ini," bisik hati Reza sambil memandang Rina yang masih lagi bercerita tentang Eisha.

"Aku sanggup buat apa sahaja demi rina, walaupun memaksa eisha untuk tetap berada disamping rina, kalau eisha mampu beri kebahagian kepada rina, aku sanggup jaga eisha asalkan rina bahagia," Bisik hatinya yang tekad untuk menjaga eisha seperti adiknya sendiri.

"Rina, apa kata kita pergi bercuti bersama sama dengan eisha dan kawan kawannya sebagai hadiah kepada mereka bawak awak pergi air terjun?," soal reza memberi idea

Rina tersenyum lebar dengan cadangan Reza itu dan ketawa riang.

"Betul ke? Kita boleh bawak eisha?," soal rina yang keriangan

Reza mengganguk sebagai tanda setuju.

" baiklah bila kita nak pergi? Apa kata kita pilih tempat yang menarik terlebih dahulu? Saya rasa kita boleh pilih kuala Terengganu or Sabah? Pulau kat situ cantik juga, tapi pulau langkawi pon menarik," soal Rina yang memberi cadangan yang banyak dalam keadaan kelam kabut.

"Hey hey hey! Calm down rina, hahaha okay2 apa kata awak bincang dengan eisha dan kawan kawannya dahulu saya tak kisah mana mana, asal kan saya ikut," jawab reza dengan ketawa

"Ouh yaa, kalau macam tu saya pergi jumpa mereka lah," balas rina kelam kabut bangun

"Heyy!! Nak pergi mana? Kita tengah dating sekarang ini," soal Reza sambil membuat muka marah

"Ouhh yaa, lupa pulak kita dating sekarang ini," ketawa rina

"Macam ini rupanya kehadiran eisha dalam hidup rina," bisik reza sambil memandang rina yang sedang minum teh itu.

"Saya harap ini mampu buat awak tersenyum," bisiknya lagi.

******

"Jadi macam mana dengan permohonan cuti kau?," Soal Dr. Lyn

"Berjaya," jawab Dr. Syamir dengan ringkas

"Jadi, tempat mana yang jadi pilihan kau?," soal Aliff

"Sebuah pulau," jawab syamir dengn ringkas lagi dan tersenyum

"Kalau dia dah senyum macam itu, nampaknya rahsia lah tu," kata Aliff lagi sambil menghirup air dihadapannya.

Lyn ketawa mendengar kata kata suaminya itu.

"Mana tahu sangkut dengan seseorang yang dijumpai nya nanti," usik lyn lagi.

Mereka ketawa mendengar kata kata lyn itu dan menganggap usikkan nya terhadap Syamir.

"Jangan terlalu berharap, nanti aku yang kecewa," balas syamir dengan teliti.

"Mir, umur kau dah 27 tahun seharusnya kau dah ada pasangan hidup, kalau kau terus menunggu perempuan tu kau akan single sampai ketua," balas lyn dengan kata kata yang tajam

Syamir mengangguk faham dengan kata kata lyn tu dan tidak menyimpan didalam hati kerana dia mengenali lyn dan aliff semenjak zaman kolej lagi.

Lyn dan Aliff berkahwin semasa mereka masih lagi digelar sebagai pelajar, mereka mengambil course yang sama.

"Haihh," dengus Lyn

"Kenapa sayang?," soal aliff

Syamir memandang kearah lyn dengan keadaan pelik.

"Aku cuma terfikir, segala effort yang kau bagi dengan perempuan itu, segala kasih sayang kau, segala yang kau ada, tapi dia masih lagi khianat cinta kau, tapi kau masih lagi mengingati dia tapi dia? Sedikit pun tidak menanya khabar pasal kau," kata lyn yang sambil mengacau air didepannya.

Syamir mendiamkan dirinya dengan kata kata lyn dan setuju dengan kata katanya itu dan tidak pernah terfikir perkara seperti itu berlaku.

Aliff turut setuju dengan kata kata lyn setelah effort yang diberikan untuk perempuan itu tapi yang Syamir dapat hanyalah undangan kad perkahwinan wanita itu dengan lelaki lain.

Syamir pula menderita selama 3 tahun untuk menerima apa yang berlaku dalam hidupnya. Sakit yang diterima itu ibarat belati menoreh cebisan hatinya ia menyakitkan walaupun ia pulih tapi meninggalkan kesan.

"Aku sememangnya telah melupakan dia, aku tak nak kenang lagi peristiwa tu, jika dia dah bahagia dengan pilihan dia, biarkan lah mereka, kenapa aku perlu berharap lagi?," soal Syamir

"Macam mana kalau suatu hari nanti dia kembali dan menagih cinta kau?," soal lyn

Syamir terkejut dan memandang aliff dan terdiam seketika.

"Kenapa aku nak terima dia setelah apa yang dia buat dekat aku?," soal Syamir

"Macam mana kalau dia betul betul menyesal dengan perbuatan dia dahulu?," soal Lyn lagi sambil menjeling

"Susah untuk aku terima penyesalan dia, 3 tahun aku merana kerana dia dan senang senang aku nak terima dia kembali? Aku boleh memaafkan dia tetapi terima dia dalam hidup aku balik bukan mudah." Jawab Syamir dengan tenang.

Mereka mengangguk faham dan mereka mengetahui wanita itu sudah mempunyai anak yang berusia 2 tahun. Jadi untuk apa wanita itu kembali ke pangkuan syamir.

******

"Haa? Pergi bercuti?," soal eisha

"Yes, jom kita pergi bersama sama, sara ngn nur pun akan join kita," Balas rina

eisha tersenyum melihat rina yang cuba memujuk nya untuk menyertai percutiaan itu.

Eisha menggangguk setuju dengan cadangan rina. Rina keriangan dan peluk eisha.

"So, kita pilih tempat yang menarik, apa kata kita pilih pulau Semporna, Sabah?," soal rina

Sara dan Nur setuju dengan cadangan rina.

"Eisha?," soal rina

"Saya tak rasa kita boleh pergi kesana, lagipun ia agak jauh dan mungkin harga tiket kesana agak mahal," balas eisha yang agak tergagap

"Tak apa, saya bayarkan, awak dan kawn kawan awak penting dalam menemani saya sepanjang percutiaan." Balas rina dengan ketawa besar

Tapi riak wajah eisha tidak menyetujui kerana ia harus memakai wang rina dan dia tidak berapa selesa dengan keadaan itu dan Rina perasan dengan perubahan wajah eisha dan tersenyum

"Baiklah, kita pergi ke pulau tioman," kata Rina yang tiba tiba menukar idea.

Mereka bersetuju kerana pulau tioman agak dekat dan masih lagi didalam semenanjung malaysia dan ia tidak terlalu mahal dan mampu.

Setelah membuat perbincangan pulau tioman menjadi tempat yang ideal untuk mereka. Rina tersenyun gembira dan menelefon reza tentang perkara itu. Mereka berbual panjang sebelum masuk tidur.

Rina yang kepenatan itu tertidur dengan lena di bilik eisha. Rina sanggup datang dari jauh semata mata untuk memberitahu tentang percutian itu. Eisha sangat menghargai pergorbanan rina itu.

"Haih, Aku tak sangka sampai macam ini sekali impak kehadiran eisha dalam hidup rina, Eisha kau satu satunya yang aku harapkan tak hilang dari hidup Rina suatu hari nanti," gumam Reza sambil berbaring dan meletakkan tangan di dahinya.

Reza tersenyum melihat rina ketawa 2 hari lepas yang membuatkan hatinya lega setelah berbagai cara dia untuk membuat rina ketawa kembali. Tapi kehadiran Eisha sangat mudah baginya.

"Reza kau dah tidur ke?," soal seseorang

"Tak, masuklah," jawab reza

Pintu dibuka dan reza melihat Daniel masuk kedalam biliknya

"Knapa?," soal Reza

"Minggu depan kau ada apa apa plan tak?," soal daniel

"Ouh ya, ada aku nak pergi bercuti dengan Rina," jawabnya dengan ringkas

"Berdua?," soal daniel yang tersenyum sinis

"Kau ingat aku macam kau? Taklah rina ajak kawan kawan dia," balasnya lagi

"Boleh aku join? Aku pun nak release stress gak," jawab Daniel dengan ringkas.

Reza memandang daniel dengan pandangan serius kerana takut dia mempunyai agenda tersendiri.

"Takkan dia tahu eisha pun ikut?," bisik hatinya itu

"Woi! Kau dengar tak nie? Kalau kau pergi seorang diri, orang akan cakap kau buaya sebab dikelilingi perempuan, so apa kata aku ikut tak lah kau terperuk duduk sorang sorang." Kata Daniel panjang lebar

Reza mengangguk faham dan setuju untuk membawanya sekali tetapi dengan syarat untuk tidak mengoda mana mana perempuan yang berada disitu.

Daniel mengangguk tanda setuju dengan syarat yang diberikan oleh reza dan berlalu pergi.

Daniel tersenyum sinis setelah menutup pintu bilik reza dan melangkah masuk ke biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience