*tingggg
Eisha memaling kearah telefonnya yang diletakkan di atas katil itu. Eisha mengosok kepalanya itu dengan tuala.
"Siapa pula yang hantar mesej malam malam ni?," bisik hati Eisha
Eisha pergi ke telefonnya dan membuka mesej ditelefonnya.
"No siapa ni? Private numbers? Takkan sara atau nur kot? Ke senior rina? Tak tak mereka kalau tukar nombor akan bagitau terlebih dahulu," bisiknya lagi
Eisha malas melayan mesej tersebut dan meninggalkan begitu dan menyiapkan dirinya untuk maauk tidur kerana dia terlalu penat sepanjang perjalanan dari KL ke kampungnya itu.
*tingggg 5×
"Aduhaiii!! Siapa yang mesej aku malam malam ni! Nak tidur pun susah!," marah eisha
Eisha membuka mesej tersebut dan membaca satu persatu.
"Hai, saya ni Daniel, senior awak.."
"Hello awak baca tak?,"
"Awak?,"
"Awak?,"
"Sudah tidur ke?,"
"Tak apa lah nanti saya mesej lagi esk,"
Itulah mesej yang dihantarnya.
"Daniel? Senior aku? Ouh yaa budak playboy tu ke?," soal eisha yang was was itu
Eisha membalas mesej tersebut dan menutup kembali telefonnya dan sambung tido.
"Ye, daniel mane ye?," itulah yang dibalas oleh eisha kepada Daniel.
Eisha melelapkan matanya dam tidak sampai beberapa minit dia sudah lena akibat kepenatan dan tidak menyedari bahawa mesej telah masuk.
"Dia dah tidur agaknya?," kata daniel sambil melihat telefonya sementara menunggunya balas.
Daniel melihat jam diding menunjukkan pukul 11 malam
"Hahaa, dah tidur? Baru pukul 11, memang budak nerd betul dia ni," bisik daniel sambil tersenyum sinis.
"Menurut cerita kawan kawan aku, eisha seorang budak pemalu dan aku tak pernah nampak dia berborak dengan lelaki lain," desus hatinya
Daniel tersenyum seperti merancang sesuatu didalam otaknya.
"Eisha ye," ketawa daniel
*****
"Haaa? Apaaa?!!," soal Rina
"Ya, itulah yang dia cakap," balas reza
"Tak kisah lah dia cakap apa, kenapa awak bagi no eisha dekat daniel?," marah rina
"Daniel minta sebab pensyarah suruh dia manage sesuatu berkaitan bahas denagn eisha, macam lah awak tak kenal daniel, daniel itu kan ketua bahas." Balas reza panjang lebar
"Disebabkan saya kenal dia lah saya tahu, saya cuma risau dengan keadaan eicha," balas rina
"Dahh, tiada apa yang perlu kita risaukan? Eicha itukan dah besar, pandailah dia buat keputusan dia sendiri," balas reza kembali
"Tapi!! Awak ingat ye, apa apa jadi dengan Eisha, memang saya takkan maafkan awak sebb awak yang bagi no itu dekat daniel," kata Rina lagi
Reza mengangguk faham dengan apa yang dikatakan oleh rina. Dia tahu yang rina sayangkan eisha seperti adiknya sendiri.
*****
Eisha bangun dan membasuh mukanya setelah mendengar jam loceng yang menunjukkan pukul 6:50 minit pagi.
"Arhhh, dah lambat!," jerit eisha sambil menuruni anak tangga untuk mengambil wuduk.
Dia bergegas naik ke bilik untuk menunaikan fardhu solat.
Selesai solat dia melihat telefonnya lalu menghidupkan semula telefonnya itu.
"Banyaknya mesej," bisik hatinya
"Aduh, mamat ni nak apa lagi?," soal eisha
Dia melemparkan telefonnya dan membuka telekungnya dan keluar dari bilik dan menyediakan sarapan untuk ibu dan neneknya.
Ibunya semakin pulih, tidak mengalami stroke tetapi masih lagi lumpuh.
"Ibu, mari kita makan, eisha ada masak nasi goreng," beritahu eisha dengan lembut.
Eisha turut menyuap neneknya itu, mereka ketawa mendengar cerita eisha sepanjang eisha berada di KL.
"Aihh, kenapa dia tak balas mesej aku ni?," soal daniel
"Takkan tidur lagi kot? Dah pukul 12 tengah hari kot," kata daniel lagi.
"Aduh! Mamat ni nak apa lagi?," soal eisha dalam hati
Eisha membalas mesej tersebut dengan acuh tidak acuh kerana dia malas untuk berkawan dengannya kerana banyak cerita yang dia dengarinya itu.
"Ye, kenapa ya mesej saya? Ada kaitan dengan universiti ke?," balas eisha.
"Aihhh, takkan nak sembang pasal work je kot," gomel daniel dalam hati
Tangan daniel laju mmebalas mesej tersebut.
"Haa Ya, pasal bahas." Balas daniel
"Awak free tak? Boleh kita jumpa?," soal daniel yang memasang umpan.
"Maaf, saya tidak free, lagipun inikan cuti semester, kita rasanya tiada pertandingan bahas untuk sem akan datang, jadi maksudnya saya tiada apa lagi yang perlu dibincangkan." Tegas eisha.
Daniel mengetap giginya itu.
"Susahnya dia ni!!." Kata daniel sambil mengenggam telefonnya itu.
"Entah apa apa senior ni." Kata eisha dalam hati
Eisha sememangnya tahu tentang perangai buaya daniel. Sebab itu dia malas nak melayan lelaki macam ini. Semakin dilayan semakin kita menjadi jadi.
Eisha bingkas bangun untuk masak tengahari.
"Assalammualaikumm!!" Jerit seseorang
"Waalaikumussalam, macam suara Sara," kata Eisha
Sangkaannya tepat, sara dengan nur datang ke rumahnya.
"Haa naiklah, yang korang ni knapa datang sini?," soal eisha
"Lahh, datang melawat pun salah?," soal nur
Eisha menggelengkan kepalanya dan menghidangkan mereka air. Mereka datang kesitu untuk meminta pertolongan eisha mengajar mereka buat kuih.
Kerana mereka ingin meniaga sebagai kuih frozen. Mencari pendapat sampingan. Mereka mengajak eisha untuk join mereka sementara cuti sem ini. Eisha mengangguk setuju dari pada tidak membuat apa apa lebih baik meniaga.
Share this novel