Seandainya hanya separuh cinta yang tertinggal disini akan di pertahankan walaupun tiada sesiapa disisi sampailah ianya berakhir tanpa kerelaaan hati.
Nureen Mardihah memandang kearah sekujur tubuh terbaring kaku hanya bunyi mesin menghangatkan suasana di dalam bilik ICU ini.
Hampir seminggu Khair Marteen tidak menunjukkan tindak balas yang positif malahan denyutan jantungnya semakin lemah.Berbekalkan kekuatan ahli keluarga Nureen bangkit menjaga Khair Marteen walaupun bukan selalu dia dapat memasuki bilik ini namun hanya melihat tubuh Nureem gagahi jua.
Sasha sudah memohon maaf keatas Nureen atas kesilapannya dia berkasar dan menyakitkan hati insan lain tetapi Nureen tidak pernah mengambilnya masuk kedalam hati jika semua terjadi di atas kesalahannya sendiri.
"Maafkan Dihah atas segala tindakan Dihah membuatkan Abang kecewa dan Dihah sangat menyesali perbuatan yang telah Dihah lakukan dengan tidak memberikan Abang peluang memperbetulkan keadaan.
Keputusan Dihah untuk melepaskan Abang adalah keputusan menyakitkan namun Dihah menahan segala rasa dalam diri Dihah hanya demi disebabkan bencinya Dihah melihat wajah Abang."Ujar Nureen Mardihah bersendirian sambil mata memandang kearah bekas suaminya.
"Dihah sangat rindukan Abang bangunlah Abang kita sama-sama bina kebahagian bersama dan Dihah janji tidak akan pernah melepaskan cinta Abang lagi."Rayu Nureen Mardihah sambil tangan mengesat air mata yang mengalir ke pipi.
Khair Marteen mengalirkan air mata tanpa disedari oleh Nureen serta-merta tangan Khair bergerak bersama nafas yang tercunggap.
Garis denyutan jantung Khair mendatar di segera Nureen menekan butang di birai katil dalam keadaan cemas."Ya Allah Abang.."Bisik hati Nureen sambil tangan menekan berkali-kali butang sebelum Doktor Farid memasuk kedalam wad ICU.
"Maaf Reen tunggu dekat luar."Pinta Doktor Farid sebelum seorang Jururawat menarik tirai menutup kawasan Khair Marteen.
Nureen Mardihah memandang kearah cermin yang kosong tidak menampakkan lelaki yang dicintainya.Hatinya cemas dengan tindakbalas Khair Marteen yang semakin kritikal adakah ini pengakhiran cinta mereka?
"Kak Reen.."Sapa Sasha sambil berjalan membawa bungkusan makanan memandang seharian Nureen tidak menyentuh makanan hal ini disampaikan oleh Atilia sendiri Seger Sasha membawa makanan ke sini.
Nureen Mardihah berpaling lantas senyuman hambar terukir dibibirnya memandang kearah Sasha yang sudah hairan tambahan pula bilik Abang ditutupi langsir.
"Kenapa dengan Abang?"Soal Sasha semakin tidak sedap hati.Tangan Nureen ditarik supaya melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Abang tahap kritikal."Ujar Nureen lalu melepaskan tangisannya yang masih bersisa.
"Akak jangan menangis Akak kuat nanti kalau Akak sedih Abang lagi sedih Kak."Pujuk Sasha menenangkan bekas Kakak iparnya.
Sasha menyedari sesuatu bahawa tidak semuanya akan kembali kepada asal dan tidak semua wanita mampu bangkit demi luka dan menyesal.
Sasha sangat bersalah dalam kejadian kemarin namun dia tidak akan lagi menyalahakan sesiapa jika sudah tertulis kedua-duanya akan berpisah.
Doktor Farid segera keluar lalu mendapatkan Nureen yang segera berdiri di ikuti oleh Sasha.Nureen mengharapkan sesuatu yang baik dikatakan oleh Doktor Farid.
"Reen, Khai sudah tiada."Terasa lemah segalanya seakan melayangnya sebuah rasa serta-merta Nureen terduduk lemah tanpa setitis air mata yang mengalir hanya mata memandang kearah Doktor Farid dan Sasha yang sudah menangis.
Kenapa?Kenapa hatinya seakan tiada rasa untuk digambarkan adakah disebabkan rasa tersebut dibawa pergi bersama jasad yang sudah kaku tanpa nadi?
"Shaa!! Reen!!"Jerit Tuan Mahmood sambil memimpin tangan isterinya kearah anak dan bekas menantunya yang berlainan reaksi.
"Khai.."Doktor Farid hanya mengelengkan kepalanya tidak sanggup untuknya meneruskan kata-kata.
Tuan Mahmood mengenggam erat tangan isterinya meredhakan segalanya diatas pemergian anak yang tercinta mereka ikhlaskan seandainya hari ini mereka akan terpisah buat selamanya.
Nureen Mardihah segera menarik Sasha kedalam pelukan lantas Sasha melepaskan tangisan dibahu Nureen Mardihah.Tangisan yang tiada henti segera Puan Salsabila menenangkan anaknya yang sudah teresak-esak.
"Kenapa Abang pilih untuk pergi?"Bisik hati Nureen sambil mata memandang sekeliling yang kosong terlampau kosong.
"Kehadiran saya tidak mampu mengembalikan cinta awak lagi."Nureen tersentap laju air matanya mengalir kepipi apabila rasa itu dikembalikan serta-merta hatinya meronta sendirian.
Jika takdir harus berpisah buat selamanya redhakanlah walaupun mulut menafikan segalanya tetapi hati mengetahui segala yang tersirat seandainya masih menutup hati untuk mencintai.
Share this novel