"Kami telah mencuba dengan sedaya upaya namun kita berserah pada Kuasa Allah SWT.Sama-sama berdoa semoga Khai cepat sembuh."Jelas Doktor Farid sambil memandang tepat kearah Tuan Mahmod iaitu bapa saudaranya.
Keadaan Khair Marteen tidak mampu digambarkan kecederaan yang dialaminya membuatkannya koma hanya bergantung pada mesin sahaja.
Tuan Mahmod memandang dari luar cermin wad ICU menempatkan anaknya lantas matanya jatuh pada Nureen Mardihah masih lemah tidak mampu berdiri hanya berpaut pada sahabatnya Fazlina.
"Saya minta diri dulu Pak Ngah."Pinta Doktor Farid segera Tuan Mahmood menganggu laju sambil memandang kelibat anak buahnya berlalu pergi.
Nureen Mardihah buntu dengan kejadian yang telah terjadi hatinya bersalah sangat bersalah seandainya dia tidak berkeras dan terus memperbaiki keadaan pasti Khair Marteen tidak akan seteruk ini.
"Abah.."Panggil Nureen perlahan-lahan laju air matanya mengalir ke pipi.Fazlina mencuba menenangkan sahabatnya itu.
"Reen bersabar dan berdoa banyak-banyak."Pinta Tuan Mahmood lantas menyentuh bahu bekas menantunya yang dianggao seperti anaknya sendiri.
"Abang macam mana dengan Khai?"Soal Puan Salsabila sesudah sampai di Hospital diikuti oleh Sasha yang cemas.
"Khai kritikal Sayang."Tuan Mahmood menunjukkan kearah Bilik menempatkan anaknya pantas Sasha memandang tajam kearah Nureen Mardihah.
"Semua sebab Akak!"Jerkah Sasha sambil tangan menolak tubuh Nureen pantas Fazlina menahan tubuh sahabatnya dari jatuh.Puan Salsabila segera memegang anaknya takut Sasha membuat kecoh di sini.
"Shaa Akak minta ma.."Ucap Nureen ingin mencapai tangan bekas adik iparnya lantas di tepis oleh Sasha kemarahanya kian memuncak.
"Kalau bukan sebab Akak Abang tidak jadi macam ini! Kalau bukan sebab jumpa Akak Abang tak terlantar bertarung nyawa macam ini! Apa yang Akak nak? puas tengok Abang terlantar macam ini puas hati Akak? Atau masih belum puas untuk balas dendam dekat Abang?"Bidas Sasha mencerlung matanya memandang kearah Nureen Mardihah dahulu dia sangat kasihan bekas Akak Iparnya kini dia terlalu membencinya.
"Hospital ini Sha! Hormat sikit."Ujar Tuan Mahmood perlahan-lahan.Sasha tetap berkeras ingin melepaskan segala rasa yang terbuku didalam hatinya.
"Bermacam Abang korbankan untuk mendapat Akak kembali tetapi ada Akak nampak semua tu? Atau Akak butakan mata hati akan hanya sebab nak melihat Abang menderita sama macam Akak!"Sambung Sasha tanpa menghiraukan ahli keluarganya kemarahannya menguasai diri.
"Shaa jangan kurang ajar."Ujar Fazlina sambil tangan memaut lengan sahabatnya.Berharap bekas adik ipar Nureen tidak terus-menerus merumitkan keadaan memandang Nureen sudah lemah sedari tadi.
"Sha tak pernah kurang ajar tapi manusia macam Akak langsung tidak pernah memikirkan orang sekeliling mengikut keputusan Akak sahaja yang akhirnya sama sama menderita baguslah!"Tepat jari telunjuk di tuding kearah Nureen pantas Puan Salsabila menarik anaknya untuk ke sudut lain namun Sasha tetap berkeras.
"Shaa.. "Panggil Tuan Mahmood tegas.
"Takpelah, Reen salah dalam hal ini dan Reen minta maaf atas kesilapan Reen percayalah Reen tidak pernah berniat untuk membuat Abang jadi sebegini.Reen mengaku silap Reen terlalu pentingkan diri tetapi percayalah Reen tidak pernah terlintas mengasari Khai sampai jadi sebegini."Ujar Nureen sambil tangannya memegang kepala yang semakin sakit.
"Maaf Akak bukan boleh sedarkan Abang!"
"Sha!"Jerkah Tuan Mahmood kuat serta-merta Nureen rebah ke lantai mengejutkan semuanya pantas Fazlina memapah tubuh dari jatuh mencium lantai.
"Nurse!"Puan Salsabila segera memanggil Jururawat untuk merawat bekas menantunya yang pengsan tanpa menghiraukan kearah anaknya yang terlampau mengikut perasaan marah.
"Puas hati kau Sha?"Soal Tuan Mahmood lalu melangkah mengikut isterinya ke bilik rawat.
Sasha memejamkan matanya mengesali tindakan mengikut perasaan sehinggakan melukai orang sekeliling namun dia tidak mampu menerima keadaan Abangnya sekarang.
Share this novel