Menanti dan terus menanti sehinggakan pintu hati mampu terbuka untuk menerima kembali cinta walaupun tidak mampu menghapus kelukaan dihati sendiri.
Memikirkan soal lelaki pasti ingatan Nureen terus pada Khair Marteen apabila semalam mereka bertemu kembali malah dia menyangka lelaki itu bakal berkahwin dengan Atilia namun sangkaannya jauh meleret.
Hatinya masih lagi terkunci entah untuk berapa kali dia menolak segala kata-kata cinta bekas suaminya seakan kata cinta yang diluahkan hanyalah omongan kosong tiada makna.
Nureen Mardihah berjalan di persisiran pantai setelah penat berkerja kini Nureen memilih untuk merehatkan segalanya dari masalah yang semakin rumit.Kehadiran semula Khair Marteen sedikit menganggu fikirannya
kepada kenangan Naura dan alam rumahtangganya dahulu.
Nureen Mardihah memusingkan badannya pantas matanya terpandang akan susuk tubuh seorang lelaki yang cukup dikenalinya.Satu keluhan berat dilepaskan apabila hati semakin sakit melihat wajah dan senyuman itu.
Khair Marteen masih tersenyum manis kearah Nureen biarpun Nureen tidak membalasnya dia tetap akan berusaha untuk memujuk kembali hati wanita itu.
"Mana awak tahu saya dekat sini?"Soal Nureen Mardihah sambil memeluk tubuh memandang kearah Khair Marteen yang mula menghampirinya.
"Berapa kali Abang nak cakap kalau kemana Sayang pergi Abang akan tahu juga walaupun Sayang hanya berniat dalam hati."
"Enough Khai! Sedarlah pada kebenaran dan hakikat kita tiada ikatan lagi.Jangan ganggu kehidupan saya sama macam saya tidak menganggu kehidupan awak!"Bidas Nureen tanpa menghiraukan orang awam yang mula memandang kearahnya.
"Kenapa sukar untuk Dihah menerima Abang?"Soal Khair Marteen masih mendesak Nureen untuk menerimanya hanya ingin menebus segala kesalahan dahulu.
"Semua tidak semudah mulut berkata sayang tetapi hati yang sudah semakin membenci."Nureen melemparkan pandangan kearah lain.Entah keberapa kali untuknya menjelaskan perkara yang sama atau lelaki dihadapannya sengaja menguji kesabarannya.
"Cara macam mana lagi untuk Abang perbetulkan semuanya dan Dihah maafkan Abang."Desak Khair Marteen lantas memegang kedua-dua belah bahu bekas isterinya.Memohon agar Nureen mengerti isi hatinya dan menerimanya kembali.
"Awak gunakan cara macam mana sekalipun hati saya tetap mati untuk awak.Ini keputusan saya awak pilih keputusan awak kita sama-sama bahagia dan sama-sama melepaskan."Nureen meleraikan pegangan lalu berjalan pantas Khair Marteen menahan langkah Nureen.
"No! Abang tidak mampu lupakan Dihah sampai bila-bila."
"Inilah lelaki mudah sahaja bila sudah dapat nanti dia singkirkan rasa itu tanpa sedikit kata maaf dihati sampailah dia mengerti makna kehilangan dalam hidup dia!"Nureen menolak tubuh bekas suaminya melepaskan rasa kesal dihati.
"Abang tidak kisah Dihah hendak berkata apa atau tetap nak menghukum Abang.Satu yang perlu Dihah ingat jauh mana Dihah pergi Abang akan tetap bersama Dihah sampai bila-bila."Ujar Khair Marteen lantas Nureen tersenyum sinis.
"Kenapa perlu menghargai jika sudah kehilangan cinta hati?"Nureen melangkah pergi meninggalkan soalan yang hanya dibalas dengan keluhan oleh Khair Marteen.
Hajah Zulaika melepaskan keluhan setelah mendengar perbalahan antara anaknya dan bekas menantunya segala akan diperbincangkan dengan Nureen malah menginginkan anaknya kembali pada Khai Marteen itu janjinya.
Nekadnya untuk menyatukan kembali cinta namun semuanya tidak semudah disangka terlalu sukar sampaikan hati menahan rasa perit apabila diungkit.
Share this novel