Nureen Mardihah membuka matanya perlahan-lahan lalu memandang sekeliling satu suasana yang sukar di gambarkan namun matanya tertarik akan sekuntum bunga.
Laju langkahnya kearah bunga tersebut pantas dicium berkali-kali harumannya menusuk kedalam rongga hidungnya.Bibir mengukirkan senyuman manis memandang keadaan sekeliling yang nyaman.
"Sayang.."Sapa satu suara yang cukup dikenalinya lantas tubuh di palingkan memandang susuk tubuh yang berdiri tegak sambil bibir mengukirkan senyuman segera Nureen memeluk tubuh itu melepaskan rasa rindu yang terbuku sekian lama didalam hati.
"Dihah sangat rindukan Abang."Ujar Nureen tidak mahu melepaskan tubuh lelaki yang terlalu dicintainya pantas lelaki itu melepaskan pelukannya.
"Sayang sudah tidak perlukan rindu itu lagi."Lelaki tersebut melangkah pergi bersama seorang kanak-kanak kecil.
"Abang!!!"Jerit Nureen Mardihah menyedarkannya dari mimpi pantas matanya memandang keliling ruangan kosong sebelum meraup wajahnya sambil bibir beristighfar.
"Reenn..."Sapa Atilia sambil membawa bekas berisi makanan setelah diberitahu oleh Fazlina keadaan Nureen dan Khair Marteen segera Atilia ke Hospital ingin menjenguk keadaan dua orang sahabatnya itu.
Segalanya telah diceritakan oleh Fazlina dan Puan Salsabila namun hatinya bersimpati dengan keadaan Khair dan terkilan dengan tindakan Nureen tetapi dia tidak mampu untuk terus terkilan jika semua terjadi telah di takdirkan.
Hati dan perasaan tidak mampu dipaksa seandainya sudah terluka untuk apa lagi ditambah dengan kaca.Atilia turut membawa surat yang telah diberikan oleh Khair Marteen sebelum kejadian.
"Lia bawakan bubur untuk Reen.Makan sikit lepas itu boleh makan ubat dan Reen boleh sambung rehatkan badan."Ujar Atilia lalu meletakan bekas berisi bubur di sisi katil laju tangannya membuka bekas lalu dibawa dekat kearah Nureen yang sudah memperbetulkan duduknya dengan selesa.
Nureen hanya tersenyum hambar sambil matanya memandang kearah sahabatnya itu laju air matanya mengalir kepipi.Mimpi yang baharu di alaminya tadi menyeksa diri seakan dia akan kehilangan lelaki itu buat selamanya.
"Janganlah macam ini Reen nanti kesihatan Reen terjejas kalau asyik bersedih macam ini.Kalau Khai sedar nanti tengok Reen macam ini mesti dia tak suka."Pujuk Atilia Aisha sambil mengesat air mata Nureen lalu mengengam tangan wanita ini.
Nureen semakin buntu dengan segala rasa yang bersarang didalam hati tidak mampu dipendamkan lagi hanya tangisan mengambarkan segalanya.
"Reen salah dalam hal ini.Reen ego sampai Reen tidak pernah memberikan kembali cinta Reen pada dia dan Reen tipu diri Reen yang Reen sangat rindukan dia."Ujar Nureen kesal dengan tindakkannya keegoan mereka sama apabila sudah terjadi hanya kekesalan terpahat dihati.
Kerinduan yang semakin sakit untuk dipendam terpaksa dilepaskan jua biarpun perit malahan sakit Nureen tidak bisa menahannya lagi.
"Semua silap Reen tapi Reen jangan salahkan diri sendiri kalau hati Reen sendiri takut untuk merasai kecewa itu lagi."Pujuk Atilia Aisha lagi mencuba untuk positifkan sahabatnya ini dari terus hanyut dengan kesilapan lalu.
Atilia Aisha menghulurkan surat kearah Nureen tidak ingin wanita ini terus dibelenggu kekeliruan pantas Nureen mengambil surat yang dihulur oleh Atilia Aisha.
"Sebelum kejadian Khai ada jumpa dengan Lia dan dia berikan surat ini untuk Reen.Reen bacalah."Pinta Atilia Aisha pantas Nureen membuka surat serta-merta jantungnya berdegup kencang.
Assalamualaikum,
Sayang, Abang minta maaf sebab lukakan hati Sayang selama kita menjadi suami isteri.Semua yang telah terjadi atas kesalahan Abang yang terlampau ragu dengan cinta, keikhlasan dan kejujuran Sayang sampaikan Abang tega meninggalkan Sayang dengan mengikut kata hati Abang keegoaan Abang melupakan semua janji Abang pada Sayang untuk tidak melukai Sayang lagi.
Abang belum sedia untuk di uji didalam rumahtangga kita dan Abang tidak pernah mencintai Lia dalam hati Abang hanya ada satu nama yang tidak akan terpadam sampai bila-bila.
Sumpah setia Abang hanya pada Sayang Abang rela melihat Sayang Bahagia walaupun bukan dengan Abang tetapi Abang lagi tidak rela melihat Sayang beremosi dengan kesilapan Abang selama ini.
Kehadiran Abang untuk memulihkan kembali hati Sayang tiada ungkapan yang indah mampu Abang luahkan malahan tidak tergambar ucapan kasih dan cinta apabila Naura dilahirkan tetapi tidak terluah ungkapan maaf apabila Naura kembali pada pencipta jika waktu mampu di putarkan kembali satu sahaja Abang pinta adalah Nureen Mardihah tiada yang kedua tiada yang ketiga dan keempat bagi Abang.
Sayang jaga diri ketika Abang sudah tiada nanti jangan pernah ratapi perpisahan kita kerana Abang tahu Sayang pasti menyayangi Abang dengan penuh hati tetapi Sayang takut jika perkara dahulu terjadi lagi.Abang akan sampaikan salam sayang untuk Naura.
Abang.
"Lia..."Nureen segere memeluk Atilia Aisha melepaskan segala tangisnya yang teresak-esak.Hatinya terlampau kecewa dengan kelakuan sendiri kini dia harus memohon kemaafan pada Khair Marteen serta bersedia untuk menerima lelaki itu kembali.
Sejauh mana mempertahankan ego sendiri jika semua telah tertulis ia akan tetap bersama walaupun hati sudah membenci dan rindu sudah terhakis.
Share this novel