Zaf Husaini melemparkan kotak berisi sebentuk cincin di atas lantai mengejutkan Balqis lantas wajah suaminya di pandang.Semenjak di Restoran lagi Zaf Husaini mendiamkan diri tanpa kata hanya renungan mata mengambarkan segalanya.
Zaf Husaini amat terkilan dengan keputusan Balqis tanpa memikirkan perasaaanya selama ini padahal sudah berapa kali dia menjelaskan kepada isterinya bahawa dia sudah tidak mencintai Nureen dalam hatinya hanya nama Balqis tiada lain.
"Kenapa You buat keputusan tanpa persetujuan I? Tell me now!"Jerkah Zaf Husaini tajam renungan matanya memandang kearah Balqis yang sudah ketakutan dengan kemarahan suaminya.
Balqis mengetap bibirnya menahan segala rasa di dalam hati.Dia tidak menyangka suaminya akan semarah ini dia takut jika kemarahan suaminya rahsianya akan terbongkar.
"I'm sorry..."Ucap Balqis lalu mencapai tangan suaminya pantas Zaf Husaini mengundur ke belakang sambil melepaskan pegangan isterinya.
"Ucapan manis macam mana lagi You nak Balqis? I penat jelaskan dekat You betapa I mengharapkan hanya diri You bukan Nureen!"Bidas Zaf Husaini berharap isterinya akan memahami segalanya.
"I lakukan semua bersebab."Balqis harus berterus-terang dengan segalanya.
"Sebab apa?"
"I nak lihat You bahagia dengan zuriat You sendiri tapi I tidak boleh berikan semua itu dan I putuskan untuk You bernikah dengan Nureen hanya disebabkan anak."Luah Balqis laju air matanya mengalir kepipi pantas Zaf Husaini meraut wajahnya berkali-kali.
"Hanya disebabkan itu kita masih mampu untuk berbincang bukan memilih untuk I bernikah lain.Berfikir secara matang bermadu bukan untuk memiliki zuriat tetapi cinta kalau hati I sudah tiada cinta macam mana I nak tunaikan permintaan You.
Walaupun You tidak mampu memberikan I zuriat sekalipun I masih cintakan You sampai bila-bila.Jangan desak I lakukan sesuatu tanpa kerelaan hati I dan tanpa keredhaan hati You."Zaf Husaini segera menarik tubuh isterinya kedalam pelukan.
Balqis melepaskan esakan tangis dibahu suaminya dalam hati bersyukur di berikan seorang suami yang tidak sempurna tetapi menyempurnakan di depan matanya kini.
"I'm sorry Sayang."
"Semuanya belum rezeki kita percayalah setiap perancangan Allah SWT adalah sebaik-baik kejadian namun atas manusia untuk redha atau terus menyalahi takdir."Ujar Zaf Husaini lalu melepaskan pelukan.Wajah isterinya yang basah dengan air mata di kesat lembut lantas mengukirkan senyuman manis.
"Sayang, Kita masih mampu berusaha selagi kita terdaya ingatlah jangan melakukan sesuatu perkara tanpa memikirkan akibatnya."Sambung Zaf Husaini lagi pantas Balqis mengangguk laju lalu memeluk kembali suaminya.
Diberikan seorang lelaki yang sanggup setia mencintai walhal dahulu dengan sepenuh hati membenci namun sekelip mata berubah hanya disebabkan ikhlas didalam hati.
Balqis redha malah mencuba bangkit demi kebahagia rumahtangga mereka serta kekuatan menempuh segalanya bersama tanpa melibatkan orang ketiga.
Zaf Husaini yakin dengan keputusan ini dia tidak lagi ingin melihat isterinya terus-menerus mengingati kejadian silam atas keegoan seorang lelaki sampai sanggup melihat isterinya derita.
Share this novel