Dunia seakan terhenti apabila perginya cinta dihati tanpa sempat merasai kebahagiaan kembali.Rintihan tiada henti menutup rasa kekesalan di hati walaupun masih menanti.
Hampir seminggu Khair Marteen pergi meninggalkan segalanya termasuk insan yang dicintai namun Nureen tidak mampu pertahankan segalanya jika Allah SWT mengambilnya kembali tanpa sempat mendengar kata cinta lagi.
Nureen Mardihah kembali ke rumah mereka berdua lantas pintu dibuka serta-merta kenangan antara mereka terlayar cukup menyeksakan diri apabila terlalu banyak manis dari pahit.
"Sayang!!!!!"Jerit Khair Marteen seakan mengalami kesakitan segera Nureen kearah suaminya lantas senyuman terukir dibibir.
Khair Marteen menyediakan hadiah ulangtahun perkahwinan mereka iaitu sebuah kereta yang sudah siap dihias dengan bunga.Nureen tersenyum manis berkaca matanya memandang kearah suaminya yang bersungguh-sungguh.
"Hadiah yang Abang berikan tidak terlalu mahal berbanding kasih dan cinta Sayang pada Abang."Ucap Khair Marteen lalu mencium dahi isterinya.
Nureen Mardihah menyentuh dahinya yang masih terasa hangat ciuman seorang lelaki segera air matanya mengalir sambil kaki melangkah kearah bilik.
Sudah sekian lama Nureen meninggalkan rumah ini semenjak perginya anaknya Nureen tidak pernah menjejakan kaki kerumah ini lagi sehinggalah mereka disahkan bercerai.
Sasha membawa masuk sebuah kotak yang harus diberikan kepada bekas kakak iparnya.Dia tidak patut merahsiakan segalanya lagi ini adalah kepunyaan Nureen malahan Nureen harus mengetahu betapa ikhlasnya hati Khair Marteen ingin memperbetulkan perhubungam mereka kembali.
"Kotak apa ini Sha?"Soal Nureen Mardihah segera mengesat air matanya lalu mengambil kotak dipegangan Sasha.
"Bukaklah Kak."Pinta Sasha lalu melabuhkan punggung di sisi Nureen.Nureen segera membuka kotak sambil mengerutkan dahi memandang isi yang berada didalam kotak sukar di fahamikan.
"Duit apa ini Sha?"Soal Nureen Mardihah hairan sambil mata masih memandang isi didalam kotak.
"Kak,Ini duit nafkah Akak selama Akak tinggalkan Abang dan duit ini Abang kumpulkan sebelum Akak bercerai dengan Abang.Akak separuh duit ini Abang belikan ini untuk Akak."Sasha mengeluarkan segugus kunci lalu dihulurkan kearah Nureen yang terkejut dengan semua ini.
"Shaa..."Laju air matanya mengalir kepipi pantas dikesat oleh Sasha sebelum menjelaskan segalanya pada Nureen.
Setelah Nureen memilih untuk tidak menerima Khair kembali dia telah membuat keputusan untuk mengorbankan segalanya pada Nureen dia membelikan sebidang tanah dan membina rumah untuk Nureen jika suatu hari nanti mereka kembali lagi Khair akan membawa Nureen duduk dirumah itu.
"Abang menginginkan Akak melupakan segalanya dan kembali ceria dengan kehidupan yang baharu.Abang sangat berharapkan semua ini tetapi hari terakhir Abang kemalangan Abang hanya berikan kotak ini pada Sha sebelum pergi berjumpa Akak."Jelas Sasha mengejutkan Nureen bahawa Khair sudah mengetahui dia akan pergi buat selamanya.
"Sha kalau waktu diputarkan semua Akak rela menerima Abang kembali Sha.Akak salah dalam perkara ini."Ujar Nureen dalam esakan tangisannya hati dipagut rasa bersalah atas tindakan pentingkan diri sampai melukakan hati insan yang disayangi.
Sasha segera menarik Nureen kedalam pelukan apabila wanita itu sudah hilang pertimbangan dalam kesedihan yang memuncak.
"Abang!!!Dihah nak Abang!!"Jerit Nureen hilang kawalan apabila matanya terpandang kearah susuk tubuh yang hanya tersenyum sinis kearahnya.
"Akak mengucap Kak jangan macam ini! Jangan hanyut dengan emosi sendiri sedarlah Kak semua ini telah tertulis Ikhlaskan segalanya."Pujuk Sasha sambil memegang muka Nureen yang sudah kemarahan.
"Kuatkan diri Reen demi semuanya kalau kau menangis sampai air mata darah sekali pun tetap tidak akan mengubahkan segalanya jika Khair sudah tiada lagi."Ujar Fazlina yang terkejut mendengar jeritan Nureen dari luar rumah.
Sasha segera mengesat air mata yang masih mengalir ke pipi Nureen sambil bibir mencuba mengukirkan senyuman manis untuk memberikan wanita ini sentiasa kuat menempuh hari yang mendatang.
Nyawa yang didambarkan pergi bersama cinta dihati kuatkanlah segalanya demi menjalani kehidupan yang akan mendatang.
Share this novel