Semua menginginkan kebahagia atau melihat kebahagian namun tidak semua mampu melihat penderitaan hanya disebabkan dendam yang melakar dihati.
Dihati masih sayang namun sayangnya terhakis oleh kelukaan yang telah dirasai tidak mampu terubati dan tidak ingin disakiti seperti dahulu.
"Ibu tidak suka Reen melayan Khai sebegitu.Ibu tidak pernah mengajar Reen untuk tidak menghormati orang yang pernah jaga dan cintai kita seteruk itu."Ujar Hajah Zulaika tegas sambil mata memandang kearah Nureen sudah tidak senang duduk.
"Ibu lupa dia pernah buat apa dekat Reen?Dia layak mendapat layanan sebegitu atas perbuatan dia.Reen dengan Khai sudah berpisah dan cinta Reen tiada untuk dia lagi."Nureen Mardihah merenung mata Ibunya melawan segala kata-kata yang masih tidak mampu diterima oleh diri sendiri.
"Perkara sudah lepas Reen kenapa harus mengungkit balik? Ibu tidak sangka anak yang Ibu kandung dan besarkan bersikap drastik sebegini Reen! Ibu tidak pernah melupakan kesilapan yang pernah Khai buat tetapi Ibu tidak pernah menyimpan didalam hati segala kelakuan Khai.
Dari dahulu Ibu yakin Khai mampu mengubah semuanya namun keputusan Reen untuk bercerai bukan jalan penyelesaiannya.Ibu pesan berapa kali dekat Reen fikir balik keputusan yang akan Reen buat jangan ikut perasaan."Jelas Hajah Zulaika pantas Nureen menghampiri Ibunya.Hatinya masih berbelah bahagi namun sedikit rasa penderitaan terlayar di mata yang sudah berkaca.
"Kehilangan Naura satu perkara yang sangat perit dihati Reen sampaikan Reen tidak mampu lagi untuk melihat wajah Khai jika di dalam mata dia terlayar wajah kebahagian kami bersama Ibu.Sakit sangat tidak tergambar kesakitan yang masih terasa dalam hati Reen hanya kebencian dan dendam dalan hati Reen untuk Khai."Ujar Nureen namun hatinya semakin sakit melepaskan rasa dihati.
"Ibu tahu Reen masih berdendam dengan Khai tetapi buang perasaan dendam tu Ibu tidak menyebelahi sesiapa tetapi Ibu harap Reen mampu berfikir semua ini telah tertulis buat Reen jika bukan dengan cara sebegitu Naura pergi mungkin dengan cara lain.Kita tidak tahu jadi jangan salahkan Khai tanya hati adakah Reen mencuba memperbetulkan keadaan?"Pinta Hajah Zulaika sambil memegang tangan anaknya yang sudah menitiskan air mata.
"Ibu sangat tidak yakin dengan keputusan Reen untuk bercerai dahulu kerana Reen dengan Khai mampu berbincang kembali soal perhubungan kamu berdua bukan melarikan diri dan menuduh kesalahan antara sendiri.Ibu sangat kecewa dengan Reen tega Reen menghancurkan segalanya demi menegakkan dendam dalam hati Reen sendiri."Sambung Hajah Zulaika lagi lalu menarik tubuh anaknya kedalam pelukan pantas Nureen melepaskan tangisan yang bersisa.
Perkara yang terjadi biarlah berlalu namun segalanya berserah pada takdir seandainya dia memilih untuk pergi bersama cinta yang mati redhakanlah tetapi jika dia memilih untuk mencintai tetapkan rasa cinta dihati sampai mati.
"Walaupun didalam hati Reen sudah tidak mempunyai cebisan cinta berbaiklah dengan Khai walau hanya sebagai kawan atau orang asing jangan sesekali bermusuh dan membenci apabila bersua."Bisik Hajah Zulaika sambil meleraikan pelukan lalu mengesat air mata Nureen yang bersisa pantas Nureen mengangguk laju.
Share this novel