Bab 4

Short Story Completed 2495

Nureen Mardihah melangkah masuk kedalam Restoran sambil mata melilau mencari kelibat seseorang iaitu Balqis.Setelah Balqis memberitahu ingin bertemu dengannya pantas Nureen bersetuju memandangkan sekian lama mereka tidak bertemu.

"Assalamualaikum Balqis."Sapa Nureen lalu melabuhkan punggung perlahan-lahan.Balqis menjawab salam lantas tersenyum manis memandang kearah Nureen yang masih sama seperti dahulu.


"Lama kita tidak berjumpa Reen."Ujar Balqis sambil membalas pelukan.Senyuman Nureen tidak lekang dari bibirnya berharap mereka berdua mampu berbaik dan melupakan segala sejarah gelap antara mereka.


"Kenapa Balqis nak berjumpa dengan saya?"Soal Nureen tanpa menunggu lama lantas Balqis berdehem berkali-kali sebelum menuturkan kata takut jika permintaannya akan menguriskan hati orang sekeliling termasuk Nureen Mardihah.


"Saya nak minta tolong awak Reen.."Ujar Balqis lalu mengeluarkan
sebuah kotak sambil tangan membuka kotak yang mempunyai sebentuk cincin lantas dihulurkan kearah Nureen yang sudah tergamam.


"Apa ini Balqis?"Soal Nureen terkejut tanpa menyambut huluran itu.Wajah Balqis dipandang berkali-kali masih tidak mampu menenangkan hati yang kian bergelora.


"Saya nak melamar awak untuk Zaf.."Pinta Balqis lantas mengetap bibirnya walaupun hatinya masih tidak mampu merelakan namun dia harus merelakan demi melihat suaminya bahagia dengan zuriat yang akan mereka kecapi bersama.


"No!"Sampuk Khair Marteen dan Zaf Husaini serentak mengejutkan mereka berdua pantas Nureen mengambil kotak cincin di atas meja.Zaf Husaini tidak berkalih dari memandang kearah isterinya yang segera menunduk.


"Saya setuju."Jawapan dari Nureen membuatkan Khair Marteen dan Zaf Husaini terkejut pantas tubuh Khai diundur kebelakang sebelum menarik Nureen keluar dari Restoran serta-merta Zaf Husaini merampas kotak cincin di tangan Nureen.


Kemarahannya memuncak mereka harus menyelesaikan segalanya sekarang tanpa berselindung lagi.Khair Marteen takut kehilangan Nureen lagi malah tidak rela wanita itu dimiliki oleh insan lain selainnya.


"Kenapa awak ini Khai!"Jerkah Nureen Mardihah sambil meleraikan cengkam tangan Khair Marteen yang sakit namun tidak mampu menandingi rasa marah dihati dengan sikap bekas suaminya.


"Kenapa dengan Dihah?Kenapa perlu terima lamaran Zaf?Abang dekat depan Dihah siapa?"Soal Khair Marteen tegas.Nureen melemparkan pandangan kearah lain hatinya sakit terlalu sakit.


"Awak tiada hak untuk mempersoalkan tentang keputusan saya! Kita sudah berpisah ini hak saya!"Bidas Nureen lagi lantas Khair Marteeb meraup wajahnya yang semakin kusut.


"Dihah ego sangat awak kan?"Soal Khair Marteen perlahan sambil mata merenung kearah Nureen.


"Keegoaan saya tidak pernah menyesali setiap perbuatan yang telah saya lakukan."Sindir Nureen sambil tersenyum sinis kearah Khair Marteen sakit hatinya kian memuncak.


"Kita bina kehidupan yang baru bersama."Pinta Khair Marteen sambil mengenggam tangan bekas isterinya.


"Tidak semudah keinginan awak untuk melihat kita bahagia Khai! Selama ini setiap kebahagian yang kita kecapi lebih banyak kekecewaan yang saya pendam sendiri tiada suatu pun kepercayaan dalam diri awak apabila kesalahan di lemparkan keatas saya tanpa secebis keadilan.

Hanya kebencian dari mata awak yang mengambarkan segalanya apabila perjelasan saya tiada makna dalam diri awak.Adil ke untuk saya Khai?Adil ke?"Laju air mata Nureen mengalir kepipi.Sakit benar hatinya apabila mengingati segalanya namun bukan niat Nureen untuk terus mengecewakan lelaki ini tetapi untuk terus melepaskan derita dihati.


"Sukar untuk saya melupakan perkara yang telah terjadi dalam hidup saya tidak semudah awak yang masih mampu menuturkan kata cinta walhal hati saya semakin terluka."Ujar Nureen lagi lalu melepaskan pegangan tangan bekas suaminya.


Khai Marteen diruntun rasa bersalah semakin bersarang didalam hati dia tidak pernah melupakan semuanya namun niat dan kelakuannya untuk terus memujuk kembali Nureen membuatkannya melupakan segala walaupun sama-sama terluka.


"Jangan siksa diri awak dengan perkara lalu! Awak terus menghukum saya walhal awak tahu betapa cintanya saya pada awak.Saya selalu teringat akan kenangan lalu kejadian lalu tetapi saya mampu kuat demi awak Dihah."Khair Marteen menahan rasa sebak dihatinya namun digagahkan jua diri untuk bertahan demi cintanya pada Nureen Mardihah.


"Saya tidak pernah menyiksa diri sendiri tetapi mencuba menguatkan diri apabila setiap kali melihat awak setiap kali pergi sesuatu tempat kenangan kita menjelma tanpa sempat saya menyingkirkannya dari terus diingati.Semua mampu melihat dan berkata tetapi tidak mampu memahami perkara yang telah saya rasa sampailah saya melepaskan awak dengan rela hati.


Keputusan saya untuk memilih sesiapa itu hak saya jika kami berjodoh akan bersatu.Saya masih dengan pendirian saya sendiri tanpa memilih awak lagi dalam hati saya."Luah Nureen namun tidak seperti hatinya yang terasa kecewa dengan sendirinya walhal semua ini bukan seperti yang dipendamkan.


"Abang terima segalanya Sayang walaupun kita tidak akan bersatu Abang redha namun jika suatu hari nanti tiadanya cinta dalam hati Abang jangan pernah mencari Abang jika hati Sayang sudah kembali mencinta Abang."Ujar Khair Marteen sambil meletakkan tangan ke pipi Nureen Mardihah lalu mengusap pipi bekas isterinya sebelum melangkah pergi bersama kecewa dihati.Dia tidak akan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin lagi akan dimiliki.


Nureen terkedu bersama air mata yang mengalir kepipi pantas Zaf Husaini menghampiri Nureen Mardihah lalu ditahan tangan itu dari pergi.


"Saya sudah tidak mencintai awak Reen.Saya tahu dalam hati awak hanya ada Khai tiada yang lain dan saya harap awak mampu mencintai dia kembali sebab dia terlampau mencintai awak Reen."Kata-kata dari Zaf Husaini menyedarkan Nureen Mardihah akan sesuatu pantas tubuh digagahi mengejar insan yang masih dicintainya.


Langkah Nureen terhenti pada sekujur tubuh yang sudah terbaring kaku serta-merta tubuhnya lemah tidak berdaya mujur di papah oleh Fazlina untuk berdiri.


"Abang!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience