BAB 5

Romance Completed 3860

Ketika lampu bertukar warna merah, lelaki itu tetap tidak menyeberang jalan hanya terdiam, static bagai tugu. Seolah-olah tubuhnya berada di situ tapi fikirannya melayang entah ke mana. Aku memerhatikannya cukup lama dari hujung rambut hingga hujung kaki, tinggi lampai dan wajahnya pucat lesi.

Aku menjadi merasa ada sesuatu ganjil tentangnya. Aku pastiyang aku belum pernah melihatnya sebelum ini tapi entah kenapa aku merasa bagai ada kaitan dengan lelaki itu. Entahlah, mungkin kerana aku terlalu lama dihospital, sebab tu tak sedar akan kehadirannya. Sedang aku tekun merenungnya, tak semena-mena dia menoleh ke arahku. Aku yang terkejut lantas cepat-cepat kalih ke arah lain berdoa agar dia tidak sedar yang aku memerhatikannya. Namun ketika menoleh ke arahnya semula, aku sedari yang matanya masih tertancap merenungku.

Dia melihat aku seperti orang asing, aneh. Raut wajahnya yang tak punya perasaan tadi kini sudah berubah. Dia mengerutkan keningnya dan menatapku dengan tatapan tajam seolah-olah aku ni yang pelik bukan dia. Renungannya itu buat aku jadi tak keruan. Dia kenal aku ke? Sebb dari cara pandangannya itu, nampak yang dia seolah-olah kenal padaku. Tapi aku langsung tak tahu siap sosok lelaki misteri ini.

Kejadian berbalas renungan ini berlangsung selama 20 minit sehinggalah lelaki itu cuba berkata sesuatu kepadaku namun jarak yang jauh antara kami membuat aku tidak dapat memahamki apa yang cuba disampaikannya. Bunyi hiruk-pikuk kereta yang lalu lalang juga mengganggu pandangn dan tumpuanku. Dia cuba berusaha mengucapkan sesuatu padaku. Pada mulanya aku bingung, lelaki itu bercakap dengan siapa? Adakah dengana ku? Aku pasti dia cuba bercakap dengan ku sahaja selepas puias aku pastikan kiri kanan depan dan belakang, tiada orang lain selain aku.

“Saya?”

Dia mengangguk. Eh dah kenapa aku? Aku merasa sangat aneh. Apa yang mahu disampaikannya padaku?

Namun setelah beberapa kali aku berusaha membaca gera bibirnya. Aku akhirnya mengerti apa yang cuba dikatakannya.

“Bangkit! Bangkit!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience