BAB 1

Romance Completed 3860

Arghh, sesak, nafasku sesak, terasa bagai ada yang berbelit di sekelilingku, payah unttuk bergerak. Pergerakan terbatas. Aku mahu bangkit namun tubuhku terasa lemah. Ingin kubuka mata ini, namun terasa begitu berat rasanya. Aku ingin bersuara namun terasa bagai ada tangan yang mencekik kerongkongku ini.

Nafas yang termengah-mengah membuatku sukar untuk berfikir. Aku bingung memikirkan di mana agaknya keberadaanku ini. Dengan siapa? Dan apa yang telah terjadi. Aku hanya mampu menghidu bau alkohol yang menyengat di hidung. Wayar-wayar panjang yang ditanam di hidungku. Alat infus yang terlekat di tanganku. Tiub salur penuh dengan darah yang berada di sampingku serta pakaian putih yang kukenakan.

Aku hanya mampu menggerak-gerakkan jari manisku yang bergerak lemah dan tak berdaya. Aku bagai lumpuh, tidak mampu berbuat apa-apa, kepalaku berpinar-pinar pening, terlalu banyak persoalan di dalam kepalaku terutamanya, “apa yang telah terjadi pada aku?”

“Tolong… tolong”. Aku cuba untuk bersuara namun sukar, aku menggerak-gerakkan jari manisku mohon ada yang sedar bahawa aku sudah sedar..

“Tolong! Tolong! Siapa saja yang ada di sana, tolong saya tak dapat bergerak!”. Bisikku dalam hati. Namun tetap saja tidak ada yang menghiraukanku. Airmata sudah mengalir di kelopak mata membasahi pipiku, ya aku dapat merasa panasnya airmataku.

“Melati ! Kaukah itu?!” Kata seseorang. Ku kumpulkan kudratku untuk membuka mata namun aku hanya dapat mengalirkan airmata.

“Oh Melati, ya benar kamu Melati ! Oh sayangku, kamu okay ka sayang?”

Ya! Aku sangat kenal akan suara itu, itu adalah suara mama. Syukur mama ada di sampingku selama ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience