BAB 3

Romance Completed 3860

Keeseokan harinya aku beraangkat ke sekolah. Ramai yang menyambut kehadiranku dengan penuh semangat, tak kurang juga ada yang menangis melihatku. Ramai yang sukarelah mahu membantuku menyorong kerusi roda yang kunaiki.

Satu persatu memberi pelukan erat padaku, barangkali mereka juga merasa lega selepas menyangka yang aku tidak selamat dari kemalangan itu. Sunggu tidak pernah aku menyangka bahawa selama ini ramai yang begitu sayangkan aku, mama, papa, cikgu dan rakan sekelasku. Sungguh selama ini aku tidak menyedari akan kewujudan kasih sayang ini.

“Melati eee!!!! Syukur kau dah sihat. Aku sangat rindukan kau dan tak henti-henti berdoa akan keselamatan kau. Sunyi tau tak kau taka da, tiap hari pergi sekolah selalu sama-sama, dua minggu tanpa kamu rasa macam beratus tahun lamanya, hari-hari nangis,” luah sahabat baikku Nini.

“Maafkan aku ya Nini. Aku janji yang aku takkan pergi lama lagi ya, Sorry dear,”

“Promise? Jangan buat macam ni lagi, aku tak kuat kehilangan bff aku ni.”

“Iya Nini sayang. Jangan nangis, aku sedih tengok kau nangis…”. Kataku sambil mengusap airmata di pipi Nini .

Dari riak wajah Nini, dapat aku melihat betapa rindunya dia opadaku sehingga tersedu-sedan sebegini. Aku sangat bertuah memiliki sahabat baik sepertinya. Sahabat yang memahamiku dan selalu ada untukku samaada di saat suka mahupun duka.

“Ayuh Mel, kita ke kerusi ni. Mari aku bantu”.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience