BAB 2

Romance Completed 3864

“Sayang, kamu sudah sedar ya nak? Lamanya kamu tak sedarkan diri. Alhamdulillah, lega hati mama kamu dah bangun,” ujar mak berkali-kali mengusap kepala dan mencium keningku.

“Tak sedarkan diri?” Tanyaku lemah.

“Tiga hari kamu tak sedarkan diri sayang, jangan risau everything will get better ya nak. Mama selalu menunggu dan yakin yang kamu akan sedar, syukur Allah mendengar doa mama.” Ujar mama sebak.

Aku hanya mampu membalas dengan senyuman yang masih lemah, namun aku mengucap syukur kerana akhirnya aku dapat membuka mata dan berpeluang bernafas lagi, bersama orang-orang yang ku sayang.

“Cik Melati Cassandra boleh pulang hari ini”. Begitulah ucapan doktor Anan yang merawatku.

Alhamdulillah! Inilah khabar berita yang aku nanti-nantikan selama ini, sudah hampir dua minggu aku berada di hospital berteman dengan bau-bauan alcohol dan ubat-ubatan yang sudah menjadi sabahat baikku. Syukur, empat belas hari yang melelahkan akhirnya akan berakhir.

Ayah menyorong kerusi roda sementara mama sibuk mengurus proses keluar wad di bahagian administrasi. Alhamdulillah terpamer ceria wajah merea melihat satu-satunya anak mereka sembuh dan boleh keluar dari hospital selepas mengalami kemalangan dashyat.

“Kamu okay ke ?” Tanya ayah.

“Saya okay papa”. Jawabku seraya tersenyum

Ayah membalas dengan senyum tulus sambil membelai rambutku.

“Ya, dah bebas!!”. Getus hatiku.

Gembira rasanya dapat menghirup udara yang nyaman, merasa bahang dan sinar mentari, mendengar bunyi kicau burung, langit biru di angkasa dan hiruk-pikuk dunia yang jelas membuat aku rasa normal. Aku rindu akan kehidupanku di luar sana. Aku merindukan sekolah, sahabat-sahabatku, hobiku dan banyak lagi benda yang aku rindukan. Aku ingin menjalani semula kehidupanku yang normal. Aku lebih bersemangat untuk menjalani kehidupan normalku semula.

“Yes I’am ready! I can’t wait to see the world!” bisik hatiku penuh semangat dan optimis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience