BAB 6

Romance Completed 3860

‘Bangkit’? Dah kenapa dia suruh aku bangkit? Apa maksudnya aku tidak mengerti. Aku ingin membalas ucapannya dengan gerakan bibir yang sama pula sambil berkata. “I’m sorry?” namun kenderaan yang laju lau-lalang menghalangku apatah lagi lelaki tadi sudah hilang entah ke mana.

“Eh di mana dah dia?” tanyaku dalam hati sambil menoleh kiri dan kanan namun kelibatnya tidak kelihatan.

Kemudian aku bertanya dengan Pak Samad yang sudah berada di dalam perut kereta. “Pak Samad nampak taka da lelaki yang beridiri dekat lampu trafik di depan tu?”

“Lelaki mana cik Melati?”

“Ada berdiri kat depan tadii tu, “ jawabku sambil menunjuk ke arah llamppu trafik.

“Maaf cik, tapi saya tak nampak siapa-siapa pun berdiri di situ, laagipun siapalah naak berdiri lama-lama kat lampu trafik tu, tu kan bukan laluan pejalan kaki?”

Aku yakin aku nampak lelaki tu berdiri di situ tapi aku malas nak berba;as kata dengan Pak Samad yang sepertinya memang tak nampak apa-apa pun.

Jam sudah menunjukkan jam 10 malam, aduh cepat sungguh masa berlalu dan tak lama lagi hari baru akan berganti. Semenjak bertemu lelaki tadi aku tak berhenti memikirknnya

Apa maksudnya dengan “bangkit”. Takkanlah dia nampak aku tertidur di dalam kereta. Lelaki tadi tu bukan saja aneh tapi mistri. Siapa dia? Adakkah dia mengenaliku? Tapi aku yakin yang aku tidak mengenalinya.

Kerana terlalu lama memikirkan lelaki tadi akhirnya aku terlarut dengan rasa mengantuk. Ku sangkakan ia akan berakhir di dunia realiti namun akhirnya ia berlanjutan ke alam mimpi. Dan ternyata aku bertemu dengannya lagi. Pertemuan yang ganjil aku rasa. Di dalam mimpiku dia terus menerus menjeritkan kata-kata ‘bangkit! Bangkit! Bangkit!

Apa maksud kata-kata tu? Dan kerana kata-kata itu aku terjaga dari mimpiku dengan nafas yang termengah-mengah, dadaku berdegup kencang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience