BAB 9

Romance Completed 3860

Aku cuba mencubit lenganku sekuat hati namun tiad asebarang kesakitan ku rasa. Ternyata ini bukan mimpi, ini dunia nyata tapi ternyata aku tidak sama seperti yang lain.

Aku aneh! Aku mula histeria menangis dan menjerit sekuat hati. Sungguh aku tidak mengerti apa yang terjadi. Mustahil. Bagaimana ini terjadi. Semalam adalah hari pertamaku di sekolah selepas dua minggu terlantar di hospital.

Aku dapat bertemu dengan kawan-kawan, menikmati keindahan dunia takkanla aku masuk semula ke hospital. Semalam itu sungguh nyata!

Aku berlari laju keluar dari ruangan ini bagai dikejar pemburu namun aku tidak tahu harus berlindung di mana. Tiba-tiba di hadapanku ada sesosok tubuh berdiri dengan tenang tanpa ekspresi.

Wajahnya pucat lesu dan tak lama kemudian dia melemparkan senyuman padaku. Ya ruangan berlari terbirit-birit seperti dikejar serigala namun tidak tahu harus berlindung ke mana. Tiba-tiba di depanku persis berdiri lelaki itu. Ia berdiri tenang, dengan ekpresi datar, wajah pucat dan tiba-tiba tersenyum. Dia adalah lelaki yang ku temui di lampu trafik dan masuk dalam mimpiku semalam.

“Bangkit Melati . Kamu mesti bangkit dari tidur kamu”. Katanya tenang

“Dunia kita sudah berbeza. Ini bukanlah dunia untuk kita berdua lagi. Biarkan semua ini berlalu Melati . Tak mengapa, inilah takdir yang harus kita jalalani, setiap yang hidup pasti akan merasakan perkara yang sama. Ini sebahagian daripada pentas dunia. Di sini bukan tempat mu lagi. Kau dan aku sudah ada tempat sendiri di alam sana,” tuturnya memujukku.

Kata-katanya bagaikan magis dan serta merta buat aku sedar, percaya bahawa dunia ini bukan tempatku lagi. Aku harus pergi dimana seharusnya aku berada. Kuhayun langkah kakiku mengikuti langkah lelaki yang berada di hadapanku. Dialah yang menyedarkan aku dan dia jugalan yang membawaaku pergi dari dunia yang fana ini.

Ya, dia menyadarkanku bahawa manusia ini punya limitasi dan tidak semua perkara berada dalam jangkauan kita, kuasa Tuhan berada di luar kemampuan kita. Takdir hidup kita bukan di tangan kita. Aku bangkit dan dengan rela pergi meninggalkan semua yang ku cinta. Semoga bertemu suatu hari nanti…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience