BAB 8

Romance Completed 3864

Ya! Dia adalah lelaki yang berdiri di lampu trafik tadi dan lelaki itulah yang aku temui di dalam mimpi tadi.

Ternyata kami punya kaitan, kami berdua mengalami kemalangan yang sama. Aku tidak tahu apa khabarnya selepas kemalangan itu kerana aku tidak pernah bertemu dengannya.

Namun memoriku berfikir semula pada perkataan ‘bangkit’ yang dicucapkannya kepadaku. Dia menyuruhku bangkit, tapi bangkit dari apa?

Keesokan harinya aku tergesa-gesa ke hospital di mana aku dirawat. Dan di sana aku melihat satu kejadian yang mengejutkan. Aku melihat ruangan tersebut dipenuhi orang-orang yang aku kenal.

Mama, papa Nini dan beberapa saudara mara dan teman terdekat turut berada di situ Sedang menangis tersedu-sedu SAMBIL menatap sekujur tubuh yang terbaring kaku, dingin tak bergerak ditutupi kain putih.

“Ada apa ini” getus hatiku.

Perlahan-lahan aku berjalan mendekati katil itu dan aku melihat sekujur tubuh itu adalah diriku sendiri yang sudah tidak bernyawa lagi.

Tidak! Tidak! Aku tidak percaya, aku tidak percaya ini semua terjadi padaku! Ini semua mimpi! Mustahil! Macam mana ini terjadi?

Aku berteriak, berteriak sekuat tenaga memanggil mama, papa dan Nini namun tiada siapa yang mendengar jeritan dan rintihan ku ini.

“Melati ada di sini mama”

“Papa ini puteri papa, Mel!”

“Nini kau mesti nampak aku kan? Tengok aku Nini! Aku ada di sebelah kau ni!”

Namun tidak ada sebarang jawapan yang ku terima. Semua terdiam dalam esak tangis masing-masing. Sungguh tidak ku percaya , apakah aku sedang bermimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience