BAB 7

Romance Completed 3860

“Dah kenapa aku ni?” Kataku dalam hati. Siapa dia? Mengapa aku sampi termimpi tentangnya. Namun aneh betul kerana kali ini aku bagai cukup mengenalinya. Aku bagai pernah melihatnya di satu tempat. Tapi di mana?

Tanpa sedar, ada sekeping nota yang tergenggam erat dalam tanganku. Eh pelik betul kenapa kertas ini boleh ada dalam tanganku. Aku terus membukanya dan tertera perkataan Jalan Theodore 69. Eh apa maksudnya? Siapa yang tulis ni? Dari mana datang kertas ni?

Fikiranku menjadi buntu. Ada apa dengan alamat ini? Siapakah gerangan lelaki misteri yang aku temui tadi dan apa kaitannya dengan hal ini? Otakku berfikir keras sambil megingat-ingat kejadian di masa lampau. Jalan Theodore 69? Jalan Theodore 69?

Eh itu bukankah jalan yang aku lalui pada hari itu? Jalan yang penuh sesak dengan kesibukan kereta juga orang ramai yang berpusu-pusu ke ke gedung pemborong yang terletak berdekatan jalan itu? Jalan di mana aku mengalami kemalangan tempoh hari.

Allahuakhbar! Jantung bedegup kencang. Apa maksud ini semua? Pasti ada hal yang tersembunyi di sebalik semua teka-teki ini. Aku cuba untuk mengingat semula peristiwa kemalangan yang berlaku tempoh hari meski sukar kerana kecederaan di kepalaku belum pulih lagi sepenuhnya, namun aku perlu untuk mengingat semula siapakah gerangan lelaki itu.

KABABOMMMM!

Pertembungan kuat antara kereta yang ku pandu dengan sebuah motosikal kapcai yang ditunggang oleh seorang lelaki di Jalan Theodore 69. Sebelum pandanganku menjadi kelam, aku sedar yang aku kemalangan. Darah mengalir memenuhi jalan raya.

Keadaan menjadi panik dan kelihatan seorang lelaki terlentang di atas jalan dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Aku tidak melihat dengan jelas wajahnya namun ketika tubuhnya diangkat oleh orang ramai, helmet yang dipakainya terbuka. Dan kini aku sudah tahu siapa dirinya sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience