BAB 18

Romance Completed 52819

Maria memandang kosong ke arah television yang berada di ruang tamu itu. Otaknya masih memikirkan tentang Haiqal mateen. entah kenapa, agak sukar untuk dia hendak melupakan haiqal mateen.

"Assalammualaikum. boleh saya tahu awak nie siapa?". tanya seseorang menyebabkan maria terus sahaja memandang lelaki yang menegurnya. aik siapa nie?

"ehh macam mana awak boleh masuk dalam rumah nie ha? awak siapa?". tanya maria curiga. lelaki tersebut tersenyum manis.

"saya...". kata kata lelaki tersebut terpotong apabila Mia menegur lelaki tersebut.

"eh abang dah balik. haaa abang banyak sangat ke kerja kat office tu?". tanya mia menyebabkan maria memandang mia dengan tanda tanya. mia memandang maria lalu tersengih.

"oups lupa nak habaq kat hang nie lah abang aku. nama dia daniel. and abang nie maria. kawan mia". kata Mia. Daniel hanya mengangguk lalu tersenyum manis ke arah maria. Maria hanya memandang kosong ke arah daniel.

"nice. i like it. sombong and cantik". desis hati Daniel.

"okay so jom kita makan?". tanya mia lalu mendapat anggukan daripada Maria dan juga daniel.

??????

"abang, jom kita dinner?". tanya Julia. Haiqal mateen mengeleng. Julia mengeluh lemah.

"alah bang jom lah". pujuk Julia sambil membuat wajah comelnya. Haiqal mateen tersenyum. haish nasib baik adik!.

"yelah. jom". kata Haiqal mateen. Julia tersenyum gembira lalu mereka berdua melangkah ke ruang makan.

"ju bila nak start kerja?". tanya Haiqal mateen. Julia tersengih. alah awal lagi lah!

"hehe tak sure lah abang. next time je lah okey? now adik nak enjoy. boyfriend pun tak dapat lagi tau". kata Julia. haiqal mateen ketawa. terasa lucu pula.

"hamboi adik abang nie makin gatal eh?". kata Haiqal mateen. Julia tersenyum.

"alah bang. adik pun nak juga berpakwe tau. adik kan perempuan sejati. bukannya perempuan songsang". kata Julia lalu tersengih.

"macam macam. dah makan cepat. and kalau adik nak kerja just inform abang. abang akan sediakan tempat adik". kata haiqal mateen. Julia mengangguk. ah sudah abangnya ini seorang sangat kuat berkerja!

??????

6 bulan kemudian...

"mia aku rasa aku nak kerja lah". kata Maria. mia memandang maria lalu ketawa.

"apa yang lawak?". tanya Maria bengang.

"tak. mana ada lawak. hm kau nak kerja? apa kata kau kerja dengan abang aku je? nak? aku boleh tolong kau!". kata Mia teruja. Maria tersenyum tawar.

"aku hargai sangat tawaran kau tu. but sorry to say aku tak nak. cukup cukup lah aku susahkan korang sekeluarga. now aku tak nak susahkan lagi. aku just nak kerja dekat tempat lain. and bila aku ada duit sendiri aku nak cari rumah sewa". kata Maria. Mia mengeluh.

"hmm okay tak apa. kalau macam tu nanti aku tolong kau. ada satu syarikat nie. memang terkenal lah jugak. Dia tengah cari akauntan baru. kau kan memang bidang tu. apa kata kau cuba nasib kat situ. kau nak tak?". tanya mia. Maria pantas mengangguk. alahai memang bidang dia pun akauntan tu. Hallu jangan pandang rendah okay dekat Maria Maisara!

"weh aku nak. bila temu duga tu?". tanya Maria. Mia tersengih.

"esok. kat syarikat tu sendiri. but kalau nak datang temu duga tu kau mesti perlukan dokumen pembelajaran kau. sijil semua. kau ada ke dokumen tu semua? i mean sijil kau semua?". tanya mia. serta merta senyuman maria mati. Dia tak ada dokumen nya! kalau ada pun semuanya di rumah ayahnya!

"tak ada". kata maria sayu. mia tersenyum hambar.

"haa apa kata kita pergi rumah lama kau. nak tak?". tanya mia. Maria terus sahaja memandang maria. ahh mia kau memang penyelamat.

"weh great idea. jom aku tak sabar nak pergi rumah lama aku tu. and nak tengok sekali kut kut ayah aku ada kat rumah tu". kata maria. Mia pantas mengangguk. lalu maria mula melangkah ke biliknya untuk menukar pakaian.

??????

Maria memandang sayu ke dalam rumah nya. sudah tidak berpenghuni tetapi masih ada barang di dalamnya. kemana ayah nya pergi?

"maria kau dah jumpa ke belum sijil kau semua?". tanya Mia.

"belum. aku tengah cari lah ni". kata Maria. tangannya ligat mencari sijilnya. jujur rumah nya seperti sudah lama terbiar.

"assalamualaikum". sapa seseorang. Maria terus sahaja menuju ke arah pintu.

"er waalaikumsalam". jawab maria sambil tersenyum hambar.

"anak ni siapa ye? kenapa masuk dalam rumah nie?". tanya makcik tersebut.

"saya maria. saya tuan rumah nie. dulu ayah saya tinggal kat sini tapi entah ayah saya pergi mana sekarang". kata Maria tersenyum hambar. mak cik tersebut memandang maria tidak percaya.

"ja..jadi kamu nie maria lah? anak ahmad?". tanya mak cik tersebut. maria pantas mengangguk. macam mana mak cik ini tahu?

"er ye betul mak cik". kata maria. makcik tersebut terus sahaja memeluk maria.

"dah lama mak cik cari kamu nak. baru sekarang mak cik jumpa. se..sebenarnya a...ayah kamu terlibat dengan kemalangan dan telah meninggal dunia". kata makcik tersebut. Maria tergamam. serta merta tubuhnya jatuh ke lantai.

"Ya-Allah maria kenapa nie? weh are you okay?". tanya mia kalut. Air mata maria serta merta mengalir di pipi.

"a...ayah kenapa ayah tinggalkan maria? maria belum minta maaf kat ayah. maria sayang ayah!". jerit maria. air matanya yang mengalir hanya dibiarkan. sedih sangat!

"a...apa kau cakap nie maria? a...ayah kau me...mening...ninggal ke?". tanya mia. maria mengangguk lemah. serta merta mata mia memandang makcik yang berdiri dihadapan mereka berdua.

"sa..satu lagi, mayat ah...ahmad terbakar masa kemalangan tersebut". kata makcik tersebut. Maria menunduk. terasa dirinya amat lemah. tapi maria kau kena moveon! yang pergi biarkan pergi! kau tak boleh sedih macam ni!

"te...terima kasih mak cik kerana bagitahu saya hal nie. saya hargai". kata Maria. mak cik tersebut mengangguk.

"kalau macam tu mak cik keluar dulu ye". kata makcik tersebut. maria mengangguk lemah.

"weh kau kena kuat. aku ada dengan kau. always dengan kau". kata Mia memberi semangat. maria hanya tersenyum hambar. ya dia kena kuat!

"and aku dah jumpa dokumen kau. jom kita balik?". tanya mia. maria mengangguk. sebelum dia melangkah keluar daripada rumah tersebut sempat matanya meliar memandang sekeliling buat kali yang terakhir.

"sekarang kau dah tiada ahli keluarga dekat dunia nie maria. so kau kena kuat. yang pergi biarkan pergi". desis hati maria lalu melangkah mengikuti mia yang berada di hadapan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience