Maria masih lagi mengetuk Bilik Haiqal mateen. Maria mengeluh perlahan. Mana pula Haiqal ni?! tak kan dah lari kot!
"akak!". panggil Julia. Maria terus sahaja berpaling.
"ye? kenapa ju?". tanya Maria. Julia mengerutkan dahinya apabila Maria masih lagi mengetuk pintu bilik Haiqal mateen.
"akak buat apa duk ketuk-ketuk bilik abang?". tanya Julia. Maria menggaru kepalanya yang tidak gatal.
"tadi Ju kata abang ada dalam bilik. so ni akak ketuk lah. tapi dari tadi tak bukak pintu". kata Maria lalu mengeluh perlahan. Julia ketawa.
"akak, tadi kan Ju dah cakap. kalau tak de dalam bilik thats mean kat Pantai lah tu". kata Julia menyebabkan Maria mengetap bibir. aishh!! macam mana lah boleh lupa!
"errr okay maaf akak lupa. so akak gerak dulu eh. byee". kata Maria dan terus sahaja berlalu ke arah lift. 'button'(?) anak panah ke bawah ditekan lalu pintu lift terbuka. Maria terus sahaja melangkah masuk ke dalam lift. 'button' yang dilabel sebagai lobi(?) ditekan. setelah tiba dia bahagian Lobi, maria terus sahaja berlalu ke arah pantai. matanya memandang sekeliling.
"ishh mana dia nie. Tak ada pun". desis hati maria. Matanya masih lagi memandang sekeliling sehingga lah matanya memandang ke arah seseorang yang amat dia kenali! Ya Haiqal mateen! duduk di bawah pokok kelapa! alahaii suwit pulak encik suami ni duduk bawak pokok kelapa! Maria terus sahaja berlari ke arah Haiqal mateen. Haiqal mateen yang melihat Maria yang berlari ke arahnya terus sahaja berdiri. Matanya masih memandang ke arah maria. Matanya melopong apabila maria tiba tiba memeluknya.
"please peluk sayang balik". kata Maria perlahan. Haiqal mateen tersenyum lalu tangannya terus sahaja memeluk Maria dengan erat. Mereka berdua seolah olah hanyut dengan perasaan mereka sendiri. Maria meleraikan pelukan tersebut lalu matanya memandang ke anak mata Haiqal mateen. amboi maria! dah berani nampak pandang mata Haiqal mateen.
"Maafkan mar abang. mar betul betul menyesal. Mar sayangkan abang. please jangan tinggalkan mar. Mar tak nak abang tinggalkan mar". kata Maria sayu. Haiqal mateen terkedu. apa yang Maria cakap kan?
"apa pulak tiba tiba tinggalkan sayang ni? abang tak kan pergi mana mana lah. abang akan stay kat sini. kat Malaysia nie. sampai sayang maafkan abang". kata Haiqal mateen. Maria mengetap bibir. Julia tipu ke? Julia tipu tentang Haiqal mateen hendak ke london?
"ta...tapi Ju kata abang nak ke london?". tanya Maria menyebabkan Haiqal mateen ketawa.
"Ju Ju, pandai dia tipu kakak ipar dia nie". kata Haiqal mateen lalu ketawa. Maria mengetap bibir apabila melihat Julia yang tersengih memandang ke arah mereka berdua yang berada tidak jauh daripada mereka.
"Sorry akak. Ju terpaksa tipu.". jerit Julia dan terus sahaja lari ke arah air pantai. Maria mengetap bibir tanda geram.
"Ish buang masa aje saya lari tau". kata Maria bengang lalu mula melangkah pergi. tetapi tangannya ditarik oleh Haiqal mateen lalu tubuh Maria dipeluk.
"maafkan segala salah silap abang. abang menyesal sangat sangat. please bagi abang peluang lagi sekali. abang mohon. abang sayang sangat sangat dekat mar. Mar satu satu nya pelengkap hidup abang. berikan abang peluang please?". Kata haiqal mateen. Mata haiqal mateen berkaca. akhirnya air mata lelakinya mengalir ke pipi. Maria terkedu. sungguh! ini pertama kali dia melihat air mata Haiqal mateen!
"sayang please jangan senyap je. abang betul betul sayangkan mar. abang nak habiskan seluruh hidup abang dengan mar". kata Haiqal mateen lagi. Maria menyeka Air mata Haiqal mateen. tidak sanggup rasanya lihat air mata Haiqal mateen itu.
"Okay. tapi dengan syarat". kata Maria. Haiqal mateen pantas mengangguk.
"okay. apa syaratnya? abang akan lakukan". kata Haiqal mateen. Maria tersenyum manis.
"syaratnya abang kena jaga mar sepenuh hati abang. and please jangan terlalu berahsia and paling mar nak ialah please jadi Haiqal mateen yang dulu sebelum Mama dan papa meninggal". kata Maria. Haiqal mateen terkedu. akhirnya dia mengangguk.
"okay. abang setuju. tapi abang nak tanya, mana sayang tahu tentang mama dan papa?". tanya Haiqal mateen lalu menaikkan sebelah keningnya. Maria tersenyum lalu mulut nya memuncung ke arah Julia yang mandi di air pantai.
"hmm no wonder. Ju memang degil. padahal abang dah suruh dia lupakan semua tu". kata Haiqal mateen geram. Maria tersenyum.
"abang, please maafkan Ayah tiri mar ye? mar mohon sangat sangat". kata Maria. Haiqal mateen tersenyum lalu mengangguk.
"abang dah lama maafkan since sayang tinggalkan abang. and abang mintak maaf sangat sangat sebab pernah luka kan sayang. i love you so much". kata Haiqal mateen. Maria tersenyum. terus sahaja dia memeluk Haiqal mateen. pelukan tersebut di balas oleh Haiqal mateen.
"i love you too abang". kata Maria. Haiqal mateen mencium ubun ubun Maria. Mereka berdua tersenyum gembira.
"bo...boss?". kata seseorang menyebabkan Maria terus sahaja meleraikan pelukan tersebut. Maria terkedu. manakala Haiqal mateen hanya tersenyum.
"ye saya?". kata Haiqal mateen. Qaira dan staff yang lain sudah melopong apabila melihat adengan yang sangat 'panas' tadi.
"er...a...apa..hubungan boss dengan Maria?". tanya Qaira. Maria sudah mengetap bibir. manakala Haiqal mateen hanya sekadar tersenyum. this is the time untuk kebenaran Haiqal!
"ouh please jangan fikir bukan bukan. actually Maria nie ialah isteri saya. sudah lama kitaorang kahwin. sorry sebab tak invited korang datang majlis kahwin saya. sebab saya hanya buat kecil kecilan. so after this saya tak mahu dengar ada staff lelaki yang berani usik isteri saya lagi okay. sebab she is mine". kata Haiqal mateen serius tapi akhirnya dia ketawa. staff yang lain turut ketawa kecuali Qaira. Maria mengetap bibir apabila melihat wajah sayu Qaira. alahai, Qaira suka Haiqal mateen ke?
"err abang, mar pergi dulu eh. Qai ikut aku jap". ajak Maria lalu menarik Tangan Qaira. sempat dia mendengar kata kata staff yang lain mengucapkan Tahniah kepada Haiqal mateen.
"what?". tanya Qaira. tetapi matanya memandang ke arah lain. maria mengetap bibir.
"err kau suka Haiqal ke?". tanya Maria. Qaira terus sahaja ketawa. aihh dah meroyan ke apa?
"suka boss? tak lah. kau merepek apa ni! sebenarnya dah lama aku kenankan kau dengan boss tapi tu lah, tak sangka rupanya kau nie isteri boss". kata Qaira. Maria mengetap bibir. fuhh nasib baik Qaira tak suka Haiqal mateen. kalau tak! memang aku buka gelanggang WWE kat sini juga!
"dah tu yang kau buat muka sedih depan aku kenapa?". tanya Maria. Qaira tersengih.
"aku bukan buat muka tapi aku sedih sebab yelah, sampai hati kau rahsiakan daripada aku tau. aku ni bukan kawan kau ke?". tanya Qaira sayu.
"bukan dia tak nak bagitahu awak qaira, saya yang suruh dia rahsiakan semua tu. so saya harap awak maafkan isteri saya ni". kata Haiqal mateen yang baru muncul itu. Haiqal mateen memeluk pinggang Maria. Maria mengetap bibir. eii kat sini jugak dia nak buat drama!
"awak lepas lah!". bisik Maria di telinga Haiqal mateen apabila melihat senyuman nakal Qaira.
"tak nak!". kata Haiqal mateen lalu ketawa.
"eii sweet nya boss. so boss saya nak boss jaga kawan saya nie baik baik tau". kata Qaira. Haiqal mateen pantas mengangguk.
"mesti lah saya akan jaga isteri saya. apa lah awak nie Qaira". kata Haiqal mateen lalu ketawa. Qaira juga turut sama tertawa sehingga lah Qaira berlalu pergi.
"i love you. jom masuk bilik?". ajak Haiqal mateen. Maria membulat kat matanya. whatt thee fishh??
"buat apa?". tanya Maria polos. Haiqal mateen sudah tersengih.
"buat anak". kata Haiqal mateen dan terus sahaja mencempung Tubuh Maria. Maria menjerit. tetapi akhirnya dia ketawa. banyak mata yang memandang mereka berdua. mereka juga turut sama tertawa.
"alahai, abang aku dah happy. aku bila lagi? hmm". desis Hati Julia. Dia tersenyum sendiri. Kaki Julia melangkah ke arah lobi. tanpa dia sedar dia terlanggar seseorang. dan orang tersebut adalah lelaki!
"miss are you okay?". tanya orang tersebut. Julia terus sahaja memandang wajah lelaki tersebut. dia tersenyum manis.
"ya i m okay". kata Julia. Lelaki tersebut masih memandang wajah Julia menyebabkan Julia tidak selesa.
"err hellow? are you okay? kenapa you tengok muka i macam tu? muka i nampak macam hantu ke?". tanya Julia. Lelaki tersebut tersengih.
"no. i just tak sangka boleh jumpa bidadari kat sini". kata Lelaki tersebut lalu ketawa. Julia terkedu. mak aihh! nak aku cia cia cia ke?
"gila". kata Julia lalu cuba untuk berdiri.
"you nie Julia kan? adik Haiqal mateen?". tanya Lelaki tersebut. Julia terus sahaja memandang lelaki tersebut. aip stalker ke hah?
"mana you tahu?". tanya Julia lalu mengerutkan dahinya.
"ofcourse lah i tahu. nama i Danish. i kawan baik abang you". kata Danish lalu tersenyum. Julia terkaku. Danish? jangan cakap nie Danish ahmad!
"danish ahmad?". tanya Julia. Danish terus sahaja mengangguk.
"yes its me. long time no see my jodoh". kata Danish lalu mengenyitkan matanya. Julia terkedu. Alahaii crush kenyit mata. Oh ya guys, actually Danish nie merupakan Crush Julia! dah lama tak nampak muka danish!
"by the way, you sudi tak dinner dengan i malam ni? please?". ajak Danish. Julia menggaru kepala nya yang tidak gatal. alahai julia nie peluang kau nie!
"err okay. i setuju". kata Julia lalu tersenyum. Danish sudah tersenyum gembira.
"yes. thankyou so much. see you soon. i ambil you kat sini tau". kata Danish dan terus sahaja berlalu. Julia sudah tersenyum gembira. siapa tak happy woi crush ajak dinner!
Share this novel