Maria membuka matanya apabila merasa keadaan bas hanya sunyi sepi. matanya meliar memandang sekeliling. kat R&R rupanya.
"hai sayang. dah bangun?". sapa seseorang. Maria terus sahaja memandang ke belakang. kus semangat! nasib baik tak ada sakit jantung!
"eii awak nie kan kenapa ha? nak saya mati awal ke?". tanya Maria bengang. Haiqal mateen tersengih.
"mana boleh. abang tak nak sayang tinggalkan abang". kata Haiqal mateen lalu ketawa. Maria mengetap bibir. ish!
"dahtu yang terkejutkan saya kenapa? nasib baik saya tak ada sakit jantung". kata Maria bengang. Haiqal mateen hanya sekadar tersenyum.
"sayang tak nak makan ke?". tanya Haiqal mateen. Maria menggaru kepala nya yang tidak gatal yang ditutupi dengan selendang.
"err nak. tapi saya malas nak turun". kata Maria lalu ketawa. Haiqal mateen tersenyum manis. sudah lama rasanya tidak mendengar tawa maria.
"its okay. abang dah belikan. sebab abang tahu, sayang mesti malas nak turun kalau baru habis bangun kan". kata Haiqal mateen lalu duduknya dipindah bersebelahan dengan Maria. Maria mengetap bibir. sis tak kuat Lihat Haiqal mateen yang begitu seksi. dengan baju t-shirt yang ikut body. mak aihh tergoda doh!
"Aaaaa..buka mulut biar abang suapkan". kata Haiqal mateen lalu menyuakan sesudu nasi ayam. Maria mengelengkan kepalanya.
"tak perlu nak suap suap bagai. saya masih sihat dan masih ada tangan. biar saya makan sendiri". kata Maria menyebabkan Haiqal mateen sedikit terasa tetapi dia hanya tersenyum.
"hmm kalau macam tu okay lah". kata Haiqal mateen lalu tersenyum tawar. bekas makanan tersebut diserahkan kepada Maria lalu maria menyambut bekas makanan tersebut.
"thankyou!". kata Maria lalu tersenyum. Haiqal mateen hanya memberikan senyuman tawarnya. hmm terasa ok!
"err awak dah makan?". tanya Maria. Haiqal mateen pantas menggeleng.
"lahhhh!!! kenapa tak makan? nah awak makan lah nasi ayam ni. nanti saya turun bawah beli makanan sendiri". kata Maria. Haiqal mateen pantas menggeleng.
"ehhh tak perlu. sayang makan je nasi ayam nie okay. nanti abang turun bawah beli makanan. okay abang gerak dulu. kalau nak apa apa just call me nanti abang belikan". kata Haiqal mateen. maria hanya mengangguk. dah Haiqal mateen tak nak so? makan aja lah.
"okay". balas Maria ringkas. Haiqal mateen tersenyum dan terus sahaja berlalu. Kakinya dibawa 'foodcourt' lalu dia membeli makanan untuk dirinya.
??????
"okay semua selamat datang ke HM Hotel. so saya nak korang semua jaga keselamatan diri masing masing dan jika ada pertanyaan boleh tanya sekarang.". kata Pengurus hotel itu lalu memandang mereka semua. Qaira yang berada di sebelah maria tersengih lalu mengangkat tangannya.
"ye cik? ada apa apa yang boleh saya bantu?". tanya Pengurus hotel itu yang bernama Alwi.
"errr petang nie kita nak buat aktiviti apa?". tanya Qaira. Alwi tersenyum.
"berdasarkan list, petang nie korang semua akan diberikan kebebasan. thats mean hari nie korang boleh pergi kemana sahaja korang mahu dan esok kita akan mulakan aktiviti yang dirancang". kata Alwi. Staff lain hanya sekadar mengangguk.
"okay so kalau tak ada apa apa enjoy your day guys". kata Alwi.
Haiqal mateen melangkah mendekati Maria yang memandang sekeliling.
"sayang suka hotel ni?". tanya Haiqal mateen. Maria terus sahaja berpaling. hmm Haiqal mateen rupanya!
"suka. hotel nie best. nampak mewah. siapa lah pemilik dia kan?". kata Maria lalu tersengih. Haiqal mateen tersenyum manis.
"Abang lah pemilik hotel ni". kata Haiqal mateen. Maria terkedu! pandai Haiqal mateen buat lawak!
"tak payah nak berangan lah. Mustahil nie Hotel awak". kata Maria lalu tersenyum sinis. Haiqal mateen mengetap bibir. sabar Mateen sabar!
"kalau tak percaya, sayang boleh tanya alwi". kata Haiqal mateen. Maria terus sahaja mengangkat tangannya lalu memandang ke arah Alwi.
"yes miss? kenapa?". Tanya alwi. semua mata memandang ke arah Maria.
"siapa pemilik hotel ni?". tanya Maria lalu mengerling sekilas ke arah Haiqal mateen.
"ouh pemilik nie dulu dimilili oleh Ayah kepada lelaki yang berada di sebelah cik. but now Tuan Haiqal lah yang memiliki Hotel ini". Kata Alwi menyebabkan Maria terkedu. mak aih?
"ouhh wahh untungnya boss dah ada syarikat sendiri then ada Hotel lagi". kata Qaira teruja. Maria mengetap bibir.
"Terima kasih. But nah korang semua enjoy lah ye dekat sini". kata Haiqal mateen. Staff yang lain hanya sekadar tersenyum lalu mengangguk.
"ouh ya, So saya akan beri kunci bilik korang semua. Dalam satu bilik ada dua orang sahaja. dan salah seorang daripada korang terpaksa duduk di dalam sebuah bilik seorang kerana bilangan staff yang hanya 37 orang. dan orang itu ialah Cik Maria". kata Alwi. Maria terkedu. mak aih? duk sorang? gila ka?
"sa...saya?". tanya Maria. Alwi mengangguk lalu tersenyum.
"maaf cik. cik maria okay kan kalau duduk seorang?". tanya Alwi. Maria hanya sekadar mengangguk lalu tersenyum.
"its okay. saya dah biasa seorang. alone lah katakan". kata Maria lalu ketawa. yang lain juga turut ketawa kecuali Haiqal mateen. Haiqal mateen memandang sayu ke arah Maria.
"abang janji abang tak kan biarkan sayang seorang dah okay". kata Haiqal mateen perlahan lalu tersenyum manis. Maria hanya sekadar tersenyum tawar. ye ye lah tu!
??????
Maria memandang sekeliling bilik. Hmm besar dan sangat menarik!
"wahh enjoy lah aku hari nie. boleh tidur puas puas tanpa gangguan! yeayy". jerit Maria teruja lalu dia membaringkan tubuhnya ke katil. dia tersenyum gembira. Maria mengambil Handphone samsungnya lalu Akaun instagram dibuka. Tangannya terus sahaja membuka laman 'explore' yelah, bila buka instagram nie tak sah kalau tak buka 'explore'.
Maria terkedu apabila melihat gambar Haiqal mateen. ehh mamat nie ada instagram ke? Lalu dia menekan 'tag' pada gambar tersebut dan terus sahaja maria meng'stalk' Instagram Haiqal mateen.
"hmm ramai jugak followers dia nie. Untung lah hot. semua orang nak Follow". desis Hati Maria. Mata maria mengecil apabila melihat sebuah gambar. Macam kenal!
"ehh nie gambar aku ni. rasanya time nie aku masih kat rumah Haiqal. Fuhh nasib baik dia blurkan. kalau takk". desis hati Maria. matanya memandang caption pada gambar tersebut. alahaii sweetnya!
'walau dimanapun sayang berada. abang akan selalu tunggu sayang. i love you so much! maafkan segala silap abang'
Maria hanya sekadar mencebik bibir apabila membaca caption tersebut. acah sweet je!
Tok! Tok! Tok!
Maria memandang ke arah pintu. alahaii siapa lagi datang ni? Kaki maria melangkah mendekati pintu bilik lalu pintu tersebut dibuka.
"Hmm nak apa mai bilik aku ni Qaira?". tanya Maria. Qaira tersengih dan terus sahaja berlalu masuk ke dalam bilik Maria. punggungnya dilabuhkan di katil. Maria hanya sekadar memerhati.
"wehh besarnya bilik kau. bilik aku biasa je tau. Tak rasa besar sangat ke bilik kau nie weh? eii untung lah kau". kata Qaira lalu ketawa Maria hanya sekadar mengeleng.
"ishh kau nie. haaa datang bilik aku nie kenapa?". tanya Maria bengang. Qaira tersengih.
"alaa aku mai ni nak ajak hang pi pantai. jom lah weh. semua dah tunggu". Ajak Qaira. Maria mengerling jam yang berada di pergelangan tangan. membulat matanya melihat jam tersebut. Gila ke apa nak pergi pantai kul 1p.m?
"hoii gila ka nak pergi pantai kul 1 macam ni? ei tak nak lah. Aku penat. aku nak rehat". balas maria. Qaira tersengih.
"eleh biarlah, nak jugak jadi macam omputih tu berjemur bawak panas terik". kata Qaira lalu ketawa. Maria juga turut ketawa.
"banyak lah kau. hahaha dah pergi sana. aku nak tidur. penat sangat ha". kata Maria. Qaira mencebik.
"elehh yelah. sure eh tak nak join?". kata Qaira dan terus sahaja berlalu ke arah pintu.
"sure sangat. aku tak gila lagi nak pergi pantai panas terik macam nie. petang petang sikit nanti aku pergi lah". kata Maria. Qaira hanya sekadar mengangguk dan terus sahaja berlalu. Maria mengunci pintu bilik lalu kakinya dibawa ke katil. nak tido lah weh! Baru sahaja dia memejamkan matanya, ketukan dipintu menyebabkan maria mendengus geram.
"eii Si Qaira nie memang tak faham bahasa betul lah. aku tak nak pergi pantai sibuk nak ketuk-ketuk bilik". kata maria bengang lalu kakinya laju sahaja melangkah ke arah pintu. Kunci pintu tersebut dibuka lalu dia terus sahaja berpaling ke arah katil. rambut panjangnya diikat menjadi satu.
"kau nak apa Qaira? kan aku dah cakap aku tak nak pergi pantai? panas kot. agak-agak lah". kata Maria apabila pintu bilik seperti dibuka. Maria mengerutkan dahinya apabila kata kata nya tidak dibalas oleh Qaira. Terus sahaja dia berpaling ke belakang semula. membulat matanya melihat orang tersebut bukan lah Qaira.
Share this novel