BAB 23

Romance Completed 52819

Maria mengemas meja nya. Waktu Lunch lah katakan. mesti lah nak makan. Qaira sudah sedia menunggu di hadapan lift. Maria mengambil handbag nya lalu kakinya melangkah mendekati Qaira.

"lambat lah kau nie. aku dah lapar gila dah nie". Kata Qaira bengang. Maria ketawa geli hati. kebulur ke apa minah nie?

"Ish kau nie. macam kebulur sangat dah kau nie aku tengok". kata Maria lalu ketawa. Qaira mengetap bibir. Cis! tak guna punya kawan!

"errr tak ada lah kebulur sangat. tapi aku lapar sangat! sebab tak makan dari pagi". kata Qaira lalu turut sama ketawa.

"dah lah. jom gerak. aku pun lapar nie". kata Maria lalu mereka berdua melangkah ke lift. tetapi tangan Maria terus sahaja dipegang oleh seseorang menyebabkan maria terus sahaja berpaling. Maria mengetap bibir tanda geram. apa lagi mamat nie nak?

"err boss?". sapa Qaira apabila melihat Haiqal mateen yang berdiri di sebelah Maria.

"hai qaira". sapa Haiqal mateen lalu tersenyum. Qaira terkedu. alahaii boss senyum.

"boss nak apa?". tanya Maria. Haiqal mateen tersenyum.

"awak dah lupa ke awak kena teman saya lunch?". kata Haiqal mateen lalu mengangkat Keningnya sebelah. Maria mengetap bibir. Aduhhh mamat nie!

"errr kenapa saya boss?". tanya maria. Haiqal mateen mengetap bibir. Minah nie lupa ke apa aku ajak dia lunch tadi?

"shh. by the way Qaira. boleh i ambil maria? i ada benda nak bincang dengan dia". kata Haiqal mateen. Qaira memandang Wajah maria yang sayu itu. please say no! tapi malangnya Qaira pantas mengangguk lalu tersenyum manis.

"great. Thankyou Qaira. Maria lets go". Ajak haiqal mateen dan terus sahaja berlalu. Maria akhirnya akur. matanya memandang sekilas ke arah Qaira yang tersengih itu. Maria hanya mencebik dan terus sahaja berlalu. Qaira tersenyum sendiri.

"diorang ada apa apa ke? eii untung Maria boleh lunch dengan boss hati beku tu". desis Hati Qaira. lalu akhirnya dia melangkah masuk ke dalam lift.

??????

"kenapa sayang tak tunggu abang?". tanya Haiqal mateen apabila mereka berdua berada di dalam kereta. Maria mencebik. abang? sayang? buang tabiat ke apa?

"Tak payah nak abang sayang sangat lah. geli tahu tak. suka hati saya lah nak Tunggu awak ke tak. hak saya". balas Maria bengang. Haiqal mateen terkedu. Hatinya sedikit kecewa tetapi dia hanya beriak biasa.

"suka hati abang lah nak guna abang sayang. Abang nak buat hubungan kita makin erat. i m so sorry". kata Haiqal mateen. Maria mengetap bibir. No maria! kau tak boleh kalah! ingat apa yang dia dah buat.

"makin erat? Ha Ha kelakar sangat! saya hanya akan maafkan awak kalau awak boleh kembalikan anak saya!". kata Maria. Haiqal mateen akhirnya diam. dia tiada kata yang mahu diucapkan. permintaan Maria tak akan mungkin berlaku! andai saja dia boleh putarkan masa! dia akan pastikan semua benda tu tak akan berlaku.

??????

Mia memandang wajah abangnya yang berada di hadapannya itu. Dia sedikit hairan apabila melihat abangnya hanya diam. dah kenapa abang aku ni?

"abang ok ke tak?". tanya Mia. Daniel pantas mengangguk lalu tersenyum.

"ye ye lah tu. then kenapa tak habis habis termenung je?". tanya Mia lalu menyuap makanannya kedalam mulut. Daniel tersengih.

"abang rindu dekat maria. dah lama abang tak nampak muka dia". kata Daniel. Mia terkedu. abang dia suka maria ke?

"err mia nak tanya something boleh?". tanya Mia. Daniel memandang adiknya dan terus sahaja mengangguk.

"abang suka Maria ke?". tanya Mia. Daniel terkedu. alahai kantoi ke?

"err mana ada". jawab Daniel lalu tersenyum tawar. Mia terus sahaja tersenyum lega.

"bagus lah. sebab tak baik rasanya kalau abang suka isteri orang". kata Mia membuatkan Daniel terkedu. isteri orang?

"a...apa maksud mi..mia?". tanya Daniel. Mia terus sahaja menutup mulutnya. alahaii terlepas cakap lah pulak!

"err tak ada apa lah". balas Mia. Daniel mengetap bibir. dia dengar apa yang Mia katakan. Tak mungkin Maria dah kahwin! kalau tak mana suami dia?? arghhh!!!

"mia please jujur dengan abang. Maria dah kahwin ke?". tanya Daniel bengang. mia akhirnya mengangguk. sorry mar aku terlepas cakap.

"since when dia kahwin?". tanya Daniel. Mia mengetap bibir.

"dah lama dah". kata Mia. Daniel menunduk. jadi maksudnya dia cintakan isteri orang? ahh bodohnya kau daniel!

"abang okay?". tanya Mia. Daniel mengangkat wajahnya lalu tersenyum kecil.

"ya i m okay". balas Daniel lalu tersenyum. tetapi matanya terus sahaja memandang seorang insan yang amat dia kenali. Maria? and Haiqal mateen?

"tu maria kan?". tanya Daniel kepada Mia. Mia terus sahaja memandang ke arah yang daniel katakan. Matanya terbuntang luas apabila melihat Maria dan juga orang yang amat dia kenali. Haiqal mateen!

"err mia rasa tu memang maria". kata Mia ringkas lalu wajahnya memandang semula kehadapan.

"apa hubungan diorang?". tanya Daniel. Mia mengaru kepala nya yang tidak gatal.

"err sebenarnya Mia yang daftarkan Maria kat syarikat Haiqal mateen. tapi tak tahu lah pulak sampai boleh rapat". kata mia. Daniel mengetap bibir.

"ouh okay". balas Daniel ringkas. Kau tak boleh nak marah daniel! kau kena sedar kau siapa! Maria dah kahwin! but wait wait! siapa suami Maria?

"err siapa suami maria?". tanya Daniel. Mia tersengih.

"entah, mia pun tak tahu siapa. sebab Mar tak bagi tahu kat Mia pun siapa suami dia". kata Mia. Daniel mengangguk.

"cepat sikit makan. Mia nak tegur Mar kejap". kata Mia. Daniel hanya mengangguk. Matanya ralit memandang Maria dan juga Haiqal mateen yang Duduk di meja yang berdekatan dengan meja mereka berdua. Dia bertambah bengang apabila Haiqal mateen dengan selambanya memegang Tangan Maria.

??????

"awak boleh tak tolong lepaskan tangan saya?". tanya Maria bengang. Haiqal mateen tersengih.

"why? suka hati abang lah nak pegang ke tak. sayang kan isteri abang". kata Haiqal mateen. Maria mengetap bibir.

"isteri atas kertas je. or maybe hanya isteri Simpanan awak dulu". kata Maria sinis. Haiqal mateen mengetap bibir.

"sayang please stop. abang mintak maaf sangat sangat. abang tahu abang salah. apa lagi yang harus abang buat untuk dapatkan kemaafan Sayang?". tanya Haiqal mateen. Maria tersenyum sinis.

"senang je. bagi balik anak saya or awak ceraikan saya. and awak akan dapat kemaafan daripada saya". kata Maria. Haiqal mateen terkedu. No!

"sokay abang tak kan buat semua tu". kata Haiqal mateen lalu mengeluarkan iphone nya. Maria mengetap bibir. tak guna!

"Maria?". sapa seseorang. Maria terus sahaja memandang orang yang memanggilnya. serta merta dia tersenyum lalu bangun dan terus sahaja memeluk orang tersebut.

"weh mia rindu nya aku dekat kau". kata Maria. Mia membalas pelukan Maria lalu dia meleraikannya. Haiqal mateen hanya sekadar memerhati.

"aku pun rindu kau! kau lah bukannya nak datang pergi rumah aku. Dah lama tak jumpa kau tau". kata Mia. Maria tersengih. alah dia bukan saja saja tak nak datang pergi rumah Mia, cuma dia sibuk!

"ala aku busy lah. kau tahu kan aku kerja sekarang. busy weh". kata Maria. Mia tersengih.

"ye aku tahu. aku gurau je. by the way ehem tu siapa?". tanya Mia. Maria terus sahaja memandang insan yang dikatakan oleh Mia. dia mengetap bibir.

"err ouh ni lah Haiqal mateen. boss aku. aku ikut dia lunch sebab ada benda nal bincang tentang syarikat". kata Maria berbohong. Haiqal mateen mengetap bibir. sampai hati Maria tak nak mengaku dia sebagai suami!

"ouh. Hai Haiqal". sapa Maria. Haiqal mateen tersenyum. Nama dia siapa pun haiqal tak tahu ler!

"by the way abang aku pun ada. jap mana tah dia pergi". kata Mia. Maria terkedu. alahaii bala datang! Mata maria turut sama meliar memandang sekeliling.

"hai maria". sapa Daniel yang baru sahaja muncul itu. Haiqal mateen hanya menjadi pemerhati. sedikit sebanyak dia rasa kecil hati.

"hai daniel. long time no see". kata Maria lalu tersenyum manis. Daniel juga turut sama tersenyum. ahh dia rindu akan Maria!

"Hai bro". sapa Haiqal mateen apabila dia mula bengang ketika melihat mata Daniel yang memandang Wajah maria! sedikit sebanyak dia terasa tercabar.

"Ouh sorry tak perasan pula ada orang lain tadi. siapa dia nie maria?". tanya Daniel seolah olah tidak mengenali Haiqal mateen. Haiqal mateen mula mengetap bibir.

"Haiqal mateen". kata Haiqal lalu menghulurkan tangannya. Daniel tersenyum sekilas lalu turut sama menghulur tangannya.

"Daniel irfan". kata Daniel. Wajahnya terus sahaja berubah apabila tangannya diramas kuat oleh Haiqal mateen. dia terkedu tetapi berlagak biasa.

"nice to know you bro!". kata Haiqal mateen lalu melepaskan pegangan tangannya.

"er Abang, jom kita balik?". ajak Mia apabila melihat wajah haiqal mateen yang seperti tidak senang dengan kehadiran abangnya. Daniel mengeluh perlahan.

"abang? suami ke?". tanya Haiqal mateen kepada mia. Mia tersengih.

"er tak lah. nie abang saya". kata Mia. haiqal mateen mengangguk. No wonder Mata sama.

"Mar aku gerak dulu eh. nanti ada apa apa call aku. aku selalu ada untuk kau". kata Mia lalu tersengih. Maria tersenyum tawar.

"ya ofcourse. err daniel nanti ada apa apa kita jumpa okay". kata Maria. Daniel mengangguk lalu tersenyum.

"jom abang". ajak Mia lalu menarik tangan Daniel. Maria hanya memerhati dua beradik itu yang berlalu pergi. dia juga dapat lihat betapa Haiqal mateen tidak suka dengan Daniel! dia nampak wajah Daniel berubah apabila bersalaman dengan Haiqal mateen.

"abang tak nak awak jumpa dengan daniel tu dah". kata Haiqal mateen. Maria tersenyum sinis.

"suka hati saya lah. apa awak buat dekat daniel tadi sampai muka dia berubah bila salam dengan awak?". tanya Maria. Haiqal mateen tersenyum sinis. risau dengan boyfriend ke?

"kau tu isteri aku. suka hati aku lah nak buat apa pun dengan dia. kenapa? takut boyfriend kau tu sakit?". tanya Haiqal mateen tegas. jujur dia terasa dengan Maria! akhirnya maria diam. dia mulai cuak. dia takut Haiqal mateen akan bertindak di luar kawalan. Bahasa haiqal mateen juga sudah berubah. tiada 'abang sayang' tetapi digantikan dengan 'kau aku'!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience