BAB 24

Romance Completed 52819

Haiqal mateen melangkah masuk ke dalam rumahnya. buntu! pening! semua ada! jujur dia rasa terkilan dengan Maria! kenapa maria boleh berubah secepat itu!

"No mateen! kau tak boleh Giveup! kau kena fight. nie semua salah kau! kalau kau tak layan dia macam perempuan simpanan, dia tak kan jadi macam tu". desis hati haiqal mateen. Ya dia kena kuat!

"Hai abang". sapa Julia. Haiqal mateen tersenyum.

"why? abang ada masalah ke? perlukan pendengar? i m here". kata Julia. Haiqal mateen ketawa.

"nothing lah". balas haiqal mateen tidak mahu Julia tahu tentang kebenaran.

"ju tahu abang tipu. come on abang. story lah dekat ju". paksa Julia. Haiqal mateen mengeluh berat. Haih ini lah perangai Julia! selalu sangat memaksa.

"Abang dah jumpa dengan kak maria". Kata haiqal mateen. Julia melopong. OMG seriously???

"abang seriously abang? abang jumpa kak maria? kat mana? bila? abang buat apa je? abang ada mintak maaf tak? Ju nak jumpa kak maria juga". Tanya Julia senafas. Haiqal mateen terkedu. mak aih adik aku nie, biar betui na dia tanya macam tu senafas ja?

"ju tanya satu satu please. Nie tanya macam machine gun tau". kata Haiqal mateen lalu ketawa. Julia tersengih.

"okay okay sorry. now jawab lah". kata Julia kembali serious. Haiqal mateen mengetap bibir.

"kak Maria kerja dengan abang. Actually dia tak tahu pun yang sebenarnya dia kerja dekat syarikat abang sehingga lah Abang buat perjumpaan dengan diorang. Then time tu abang terkejut sangat but abang pilih untuk buat buat tak kenal dia. dan abang ajak dia lunch tadi. first dia tak nak tapi abang paksa dia sehingga lah dia nak. and you know what, dia nak abang ceraikan dia. Abang tak sanggup ju. abang sayang dia. kenapa dia nak suruh Abang cerai dia? i just tak boleh". kata Haiqal mateen panjang lebar. Julia menunduk. dia gembira apabila dapat tahu bahawa Maria kerja di syarikat abangnya. tapi dia rasa terkilan apabila Maria meminta cerai.

"abang sabar ye? Bagi Kak maria masa. maybe dia masih trauma. abang jangan lah ikut hati sangat. i know abang ju nie kuat. mustahil lah dah giveup kan?". kata Julia lalu tersengih. Haiqal mateen tersenyum tawar.

"Thanks. tapi abang tak kan ceraikan dia. full stop!". kata Haiqal Mateen tegas dan terus sahaja berlalu ke atas. Julia mengeluh berat.

"Ju harap yang terbaik untuk abang dan juga kakak". desis hati Julia lalu kakinya melangkah ke lift untuk masuk ke dalam biliknya yang berada di tingkat 2.

??????

"Weh Maria apa cerita kau dengan boss semalam?". tanya Qaira. Maria mengeluh berat. Payah payah.

"nothing. hanya bincang tentang kerja then balik". balas Maria malas lalu menyambung semula kerjanya.

"weh seriously? aku nak tanya, kau ada apa apa dengan boss ke?". tanya Qaira. Maria mengetap bibir. agak agak kalau aku bagi tahu Haiqal mateen tu suami aku dia Meroyan tak?

"Tak ada apa apa lah. kau gila dengan boss tu? huhh". kata Maria sombong. Qaira tersengih.

"elehh. kut kut nanti aku dapat kad undangan dari kau en pastu tetiba ada nama kau dengan Boss fuhh aku orang paling happy kau tahu". kata Qaira lalu ketawa. Maria mengeleng. ada ada je minah nie. dah kahwin dah pun nak kad undangan apa nya?

"Dah dah baik kau buat kerja kau. kang ada jugak yang masuk hospital satgi kang haa". kata Maria. Qaira tersengih dan terus sahaja berlalu. Maria mengeluh lega. fuhh!!

??????

"Okay aku nak semua ambil perhatian". kata Ridzman. Semua staff yang ada memandang Ridzman dengan persoalan.

"kenapa man?". tanya salah seorang staff lelaki.

"aku ada berita yang boss suruh sampaikan". kata Ridzman lalu tersengih. semua mata memandang ridzman dengan tanda tanya.

"apa dia? boss nak kahwin ke?". kata Salah seorang staff. Maria terkedu. tak kan lah?

"hahaha tak ada lah. kalau boss nak kahwin aku orang paling gembira kau tahu. atleast isteri dia tu boleh lah ubah perangai beku boss tu". kata Ridzman lalu ketawa. yang lain juga turut sama ketawa kecuali maria. Maria mengetap bibir. cis! berani kau kutuk suami aku depan aku? tapi diorang mana tahu kau tu isteri dia maria!

"haa seronok gelak? cepat lah ridzman bagi tahu apa dia. aku banyak benda lagi nak buat nie". kata Maria yang baru sahaja bersuara. tidak tahan telinganya mendengar Kawan sekerja nya ketawa akan Haiqal mateen!

"okay okay. macam nie boss kata sabtu nie boss akan adakan Hari keluaga. alaa macam biasa lah. setiap tahun akan dijalankan aktiviti seperti ini. and Semua Wajib hadir". kata Ridzman. semua sudah bersorak gembira kecuali Maria. Maria mengeluh berat.

"berapa hari?". tanya Qaira teruja yang berada di sebelah Maria.

"3 hari 2 malam. kat Langkawi. bas ke kedah akan disediakan oleh syarikat. and melalui kedah kita akan naik feri nanti untuk ke langkawi". kata Ridzman. semua orang terangguk angguk. ada juga yang bersorak gembira.

"okay so itu je".tambah ridzman dan terus sahaja berlalu. Yang lain sudah bersorak gembira. Maria terus sahaja melangkah ke meja nya.

"weh". sapa Qaira. Maria memandang Qaira sekilas lalu memandang semula ke arah computer nya.

"apa". jawab Maria ringkas.

"kenapa kau macam tak suka je hari keluarga ni". kata Qaira. Maria tersenyum tawar.

"tak ada lah. aku okay je. tak kan kau nak aku buat muka excited kot? macam tak kenal aku". kata Maria lalu ketawa paksa. Qaira tersengih.

"tak ada lah, aku just tanya je". kata Qaira lalu tersengih. Maria hanya sekadar tersenyum.

"dah lah pergi buat kerja kau". kata Maria malas. Qaira hanya sekadar tersengih dan terus sahaja berlalu.

"Haihh patut ke aku pergi? Tapi aku nak rasa suasana Haria keluarga. kan best kalau family aku masih ada. Ibu, ayah mar rindu". desis hati Maria lalu dia menyeka air matanya yang mengalir di pipi.

??????

Haiqal mateen memerhati Kawasan rumah Isterinya. sungguh dia sedih melihat nasib isterinya. dan dia sungguh tidam menyangka isterinya tahu menjaga dirinya sendiri meskipun tiada ahli keluarga. Ya dia tahu tentang kematian bapa mertuanya. semua tentang maria dia tahu! Kaki Haiqal mateen melangkah mendekati pagar rumah Maria. lalu dia memanjat pagar tersebut. dia tersenyum gembira apabila dia berjaya melepasi pagar tersebut. ek eleh pagar aja pun. sempat matanya memandang sekelilig. fuh! nasib baik line clear!

Tok! Tok! Tok!

Maria sudah mula cuak apabila pintuk rumah nya diketuk oleh seseorang. alahai hantu ke? Mata maria meliar memandang sekeliling. lalu matanya memandang semula ke arah television. Ketukan sengaja dihiraukan. tetapi ketukan tersebut semakin kuat. Maria melangkah mendekati tingkap rumahnya. terkejut dia melihat kehadiran Haiqal mateen yang berada di rumahnya. dia mendengus geram. apa lagi mamat nie nak?

"apa awak nak?". jerit Maria daripada dalam rumah. Haiqal mateen yang melihat maria yang berada di tingkap itu terus sahaja melangkah mendekati maria.

"sayang bukak pintu please. abang nak masuk". kat Haiqal mateen. Maria tersenyum sinis. bukak pintu? huhh

"no!". jawab maria tegas. Haiqal mateen mengeluh berat.

"sayang please. abang mohon. kat luar ni nak hujan". kata Haiqal mateen memohon simpati. Maria hanya tersenyum sinis.

"saya tak kesah pon nak hujan ke nak tsunami ke. i dont care. and awak boleh balik. tak payah nak menyemak kat depan rumah saya". balas Maria tegas. Haiqal mateen tidak mengalah.

"no! abang tak akan balik. please sayang.nak hujan lebat nie. bagi lah abang masuk". pujuk Haiqal mateen. Maria hanya sekadar mencebik.

"No! dah lah saya tak ada masa nak layan awak. and please balik rumah awak. saya tak ada masa nak layan awak". kata Maria dan terus sahaja menutup tingkap. Kaki Maria melangkah ke dalam biliknya yang berada di tingkat atas. lalu dia berjalan mendekati Beranda biliknya. hujan sudah mulai turun. dan Haiqal mateen masih tidak ada tanda tanda mahu pulang ke rumahnya. Maria mendengus geram. lalu pintu bilik beranda ditutup dan terus sahaja dia melangkah mendekati katilnya. matanya perlahan lahan dipejam tetapi dibuka semua.

"YaAllah tak kejam ke aku biarkan dia berhujan kat bawah tu?". desis hati maria.

"No! tak kejam pun. apa yang dia dah buat kat kau lagi kejam". tambah maria lagi.

"jangan maria. Dia masih suami kau. berdosa kau buat dia macam tu". desis hati maria lagi. Maria mengetap bibir. ahh baik kau tidur maria! lalu matanya dipejam semula. entah bila akhirnya dia tertidur.

??????

Haiqal mateen menahan kesejukan. Bibirnya sudah mulai terketar ketar. mulutnya menyuruhya balik tetapi hatinya melarang dia balik. ahh faham faham sahaja lah.

"abang tak akan balik". kata Haiqal mateen perlahan. sungguh badannya sudah mulai lemah. dia mudah demam! matanya perlahan lahan terpejam dan akhirnya dia rebah tidak sedarkan diri!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience