BAB 26

Romance Completed 52819

Haiqal mateen melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Alhamdulillah, dia sudah mulai pulih seperti biasa. Dia juga tidak menyangka yang Maria akan menjaganya. sungguh baik wanita itu, meskipun dahulu dia melayan maria dengan sangat buruk.

"selamat pagi boss". sapa salah seorang pekerja Haiqal mateen. Haiqal hanya sekadar mengangguk dan terus sahaja melangkah pergi.

"reen, tolong masuk bilik saya sekarang". kata Haiqal mateen. reen terus sahaja mengangguk lalu mengikuti Langkah haiqal mateen. Haiqal mateen duduk di kerusi nya lalu matanya memandang Reen yang berdiri di hadapannya.

"err ada apa ye boss?". tanya Reen cuak. Haiqal mateen hanya memandang dengan wajah selamba nya.

"yang tentang hari keluarga tu semua dah settle ke?". tanya Haiqal mateen. reen pantas mengangguk.

"dah boss. semua dah settle. tentang hotel, aktiviti semua dah settle. pihak hotel akan sediakan semuanya. Kita hanya perlu datang dan enjoy". kata Reen teruja. Haiqal mateen mengangkat sebelah keningnya.

"yang kau happy sangat kenapa?". tanya Haiqal mateen. Reen terus sahaja tunduk memandang lantai. alahaiii happy sikit pun tak boleh.

"err maaf". balas reen. Haiqal mateen tersenyum sinis.

"and reen, saya nak awak call pihak hotel satu bilik dua orang. saya tak nak satu bilik sampai empat orang". kata Haiqal mateen memberi arahan. Reen pantas mengangguk.

"baik boss". balas Reen. Haiqal mateen hanya sekadar mengangguk.

"er kalau tak ada apa apa lagi saya minta diri dulu ye boss?". tanya Reen. Haiqal mengangguk tetapi serta merta dia memanggil nama reen semula.

"err ye ada apa boss?". tanya Reen cuak. yelah, siapa tak cuak dengan boss hati beku ni?

"aku nak tanya, Maria ada tak bagitahu kenapa dia tak datang Kerja?". tanya Haiqal mateen. Reen pantas mengangguk.

"ouh tentang tu. ada boss, dia beritahu kat encik Ridzman and encik Ridzman suruh saya sampaikan boss kenapa Maria tak datang and Maria tak datang kerja sebab dia kata dia sakit. sebab tu dia tak datang. maaf boss sebab saya baru bagitahu. lagipun boss baru datang jadi saya takut hendak call boss". kata Reen panjang lebar. Haiqal mateen tersenyum menyebabkan reen terkedu. mak aih? boss senyum? wehh rasa nak pengsan!

"errr sokay tak apa. awak boleh keluar sekarang. and thankyou". kata Haiqal mateen. Reen terus sahaja keluar. Manakala Haiqal mateen tersenyum lagi. Dia tahu sebab sebenar kenapa Maria tak datang. yelah tak datang sebab jaga kau jugak Haiqal mateen!

??????

"Hoi aku baru nampak muka kau". sergah Qaira yang baru muncul itu. Maria tersenyum.

"ada je. aku just err tak berapa sihat. hehe". bohong Maria. Qaira hanya sekadar mengangguk.

"wehh kau ada apa apa ke dengan Boss Haiqal?". tanya Qaira. Maria terkedu. mana minah ni tahu?

"err tak ada pun. awat hang cakap macam tu?". tanya Maria. Qaira tersengih lalu menarik Tangan maria untuk berdiri sebaliknya Qaira pula yang duduk di kerusi kerja milik Maria. Maria mengetap bibir tanda geram. eh minah nie! suka hati dia je!

"hehe sebab masa kau tak datang, boss pun tak datang. and now kau dah datang, boss pun dah datang. so aku pelik lah. korang macam ada hubungan. lagipun haritu aku masih ingat Boss Haiqal ajak kau makan. aku time tu happy gila kot! sebab korang dua sesuai sangat!". kata Qaira teruja. Maria tersengih tetapi terus sahaja dia berubah serius semula. tidak mahu Qaira fikir bukan-bukan.

"tak lah! mana ada. kau jangan nak merepek lah. ish! aku tak ada apa apa dengan boss. so kau boleh tak bangun dari kerusi aku? aku nak duduk! suka hati kau je duduk kat kerusi aku". kata Maria geram. Qaira tersengih lalu bangun daripada duduknya.

"sorry beb". kata Qaira lalu ketawa. Maria hanya tersenyum. serta merta dia teringat kejadian dirumahnya sewaktu Haiqal mateen menetap dirumahnya selama 3 hari!

"beb! aku tak sabar esok". kata Qaira teruja. Maria mengerutkan dahinya. ada apa dengan esok?

"esok? pasaipa dengan esok?". tanya Maria. Qaira mengetap bibir.

"weh serious lah kau lupa? esok kan hari keluarga? eii kau ni! orang semua punya lah teruja. tapi kau? boleh pulak lupa? kau tak ada perasaan teruja ke apa?". tanya Qaira geram. Maria tersengih. esok rupanya haria keluarga tu. Haihh Maria Maria! semua benda kau lupa. Tapi haiqal mateen tak lupa kan? hehe

"sorry lah. aku lupa okay. lagipun bukannya penting. aku just ermm haa aku banyak kerja kena buat so aku lupa lah. hehe". kata Maria membela diri. Qaira henya tersengih.

"ish macam macam lah kau nie. dah lah aku nak sambung kerja. byee baby girl". kata Qaira lalu ketawa. Maria mengetap bibir. banyak lah kau punya baby girl!

??????

"okay semua dah ada kan?". tanya Ridzman selaku ketua kumpulan.

"yee semua dah ada". kata Semua staff teruja. termasuk qaira.

"okay kalau macam tu, Kumpulan Ridzman boleh masuk ke dalam bas sekarang". kata Haiqal mateen yang baru muncul itu. Mereka semua bersorak gembira. Maria tersenyum melihat penampilan Haiqal mateen. sangat ringkas dan kelihatan sangat handsome!

"Ridzman!". jerit Haiqal mateen. Ridzman terus sahaja memandang Haiqal mateen.

"ye boss ada apa?". tanya Ridzman.

"aku nak kau jaga kumpulan 2 boleh? biar aku jaga kumpulan 1". Kata Haiqal mateen. Ridzman mengerutkan dahinya.

"maksud boss?". tanya Ridzman. Haiqal mateen mengetap bibir.

"err kan patutnya aku yang jaga kumpulan 2. tapi aku nak tukar boleh? kau jaga kumpulan 2 then aku jaga kumpulan 1". kata Haiqal mateem lagi sekali. ya dia ada sebab sendiri mengapa dia mahu jadi ketua kumpulan 1. sebab ada maria lah! dam dia berhak okay nak tukar.

"err mestilah boleh boss. boss ikut lah bas 1". kata Ridzman lalu tersenyum. Haiqal mateen membalas senyuman tersebut dan terus sahajs berlalu. sempat dia mengucapkan terima kasih kepada Ridzman kerana mahu bertukar kumpulan.

"errr boss? ridman mana?". tanya salah seorang staff apabila melihat Haiqal mateen melangkah Masuk ke dalam bas. staff yang lain juga turut memandang Ke arah Haiqal mateen. yelah, patutnya Ridzman yang naik bas 1 dan Haiqal mateen naik bas 2.

"sorry to say but now ridzman dan jadi ketua kumpulan 2". kata Haiqal mateen. yang lain sudah bersorak gembira kecuali Maria. Maria mengeluh berat. Haihh! bala dah mai dah.

"wahh boss tukar kumpulan ke?". tanya Qaira teruja. Haiqal mateen mengangguk.

"yeayy seronoknya!!". jerit semua staff. Haiqal mateen hanya tersenyum lalu matanya memandang Ke arah maria yang berada di belakang sekali dan duduk bersendirian. hmm yes ada peluang! sebab kat belakang sekali tak ada orang dan hanya ada maria seorang. Matanys ralit memandang maria yang hanya memandang keluar.

"err boss pakcik bas tu tanya dah boleh gerak ke?". tanya Salah seorang staff. Haiqal mateen terkedu. adoii apa nie mateen tengok anak dara orang sampai tak perasan pakcik bas tu tanya? but wait anak dara lagi ke? hehe.

"ouhh boleh jalan sekarang pakcik. so guys aku harap korang semua enjoy trip nie okay". kata Haiqal mateen. Mereka semua sudah bersorak gembira kecuali maria. Haiqal mateen berjalan mendekati tempat duduk di belakang maria lalu tangannya mencuit bahu maria. Maria memandang kebelakang lalu matanya membulat. ehh sejak bila mamat nie dah duduk kat belakang? adehh tu lah kau Maria! syok sangat mengelamun.

"er awak nak apa?". tanya Maria. Haiqal mateen tersengih.

"nak sayang lah". kata Haiqal mateen. Maria mengetap bibir. Mata maria memandang semula ke hadapan untuk melihat staff yang lain. maria mengeluh lega. fuh semua tengah syok layan handphone masing-masing!

"jangan nak melawak kat sini. kenapa awak tak duduk depan je? sebok nak duduk belakang saya". kata Maria lalu tersenyum sinis. Haiqal mateen mengetap bibir.

"mana ada abang melawak. betul lah abang nak sayang. abang tak nak duduk kat depan sebab isteri abang ada kat belakang". kata Haiqal Mateen. Maria mengetap bibir lalu dia berpusing semula menghadap ke hadapan. matanya cuba dipejam. tetapi dia terus sahaja terkedu apabila merasa pipi nya dicium oleh seseorang. serta merta dia membuka matanya.

"awak ni tak tahu malu ke?". tanya Maria bengang. Haiqal mateen ketawa.

"nak malu buat apa? abang cium isteri abang. bukannya perempuan lain". kata Haiqal mateen maria mengetap bibir lalu menolak bahu Haiqal mateen.

"dah baik awak duduk tempat awak balik. nanti tak pasal pasal staff yang lain nampak. saya tak nak kena fitnah nanti". kata Maria. Haiqal mateen tersengih lalu mencium sekilas bibir Maria dan terus sahaja berlalu. Maria mengetap bibir. Wajahnya bertukar menjadi merah. tetapi akhirnya dia tersenyum

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience