BAB 22

Romance Completed 52819

Maria melangkah masuk ke dalam syarikat tempat nya berkerja. Matanya meliar memandang sekeliling yang sibuk bercerita. dah kenapa? ada berita tergempar ke?

"Weh maria!!!". jerit Qaira teruja. Maria mengetap bibir. kus semangat! aku belum duduk lagi kot dia dah jerit macam orang gila! dah kenapa?

"salam kau mana? kau nak aku sakit jantung ke apa ha? ish". marah Maria. Qaira tersengih. lupa lah pulak.

"Assalammualaikum. hehe sorry sorry. aku just excited gila. tu je". kata Qaira teruja. Maria mengeleng perlahan lalu dia melabuhkan punggung nya dikerusi roda tersebut.

"ahh sudah lah. malas nak layan kau". kata Maria bosan. qaira tersengih.

"alaa weh dengar lah citer aku niem rugi kalau kau tak dengar". kata Qaira. Maria memandang Qaira lalu dia mengangkat keningnya sebelah.

"ha apa dia? cepat lah! aku nak buat kerja nie". kata Maria. Qaira tersengih.

"macam nie, Boss besar kita dah start duk kat syarikat nie. weh happy gila kot. akhirnya aku dapat jumpa muka dia hari-hari". kata Qaira teruja. Maria mengetap bibir. tak kan lah?

"ma..maksud kau Ha...haiqal ma..mateen ke?". tanya Maria. Qaira pantas mengangguk lalu tersengih. Maria mengetap bibir. damn!

"yes betul lah tu. weh happy gila! nanti boleh lah aku usha dia hari hari. semua staff perempuan happy gila kot. tak kan kau tak happy?". tanya Qaira lalu memandang Maria. Maria tersenyum sinis.

"aku tak macam perempuan lain. so...". kata kata maria dipotong oleh seseorang menyebabkan Maria dan Qaira pantas mengalihkan pandangan mereka berdua. Maria terus sahaja mengetap bibirnya. manakala Qaira pula melopong.

"err boss?". tanya Qaira. Haiqal mateen memandang qaira sekilas lalu pandangan nya Bertukar kepada Maria. Maria hanya menunduk. malas mahu memandang Wajah Haiqal Mateen.

"Hai qaira. Maria masuk bilik i sekarang. i ada benda nak bincang dengan you". kata Haiqal mateen tegas. Qaira sudah tersengih. ish minah sorang nie angau kat laki aku ke apa? eh laki?

"baik boss". balas Maria akur. Haiqal mateen terus sahaja berlalu. Maria mengemaskan meja nya lalu kakinya mula melangkah. sempat Qaira mengusiknya.

"untung lah kau boss panggil sampai turun bawah. biasanya boss suruh PA dia je. untung doh kau!" kata Qaira. Maria tersenyum sinis lalu mengeleng. ada ada je.

"dah lah aku gerak lu". kata Maria dam terus sahaja berlalu. lalu kakinya melangkah ke arah Lift.

??????

Haiqal mateen tersenyum sendiri. matanya memerhati wajah gadis yang menjadi 'walpaper' iphone nya.

"i m sorry". desis hati Haiqal Mateen lalu mengusap telefon nya seolah olah gadis yang berada di dalam iphone nya itu ada di depan matanya.

Tok! Tok! Tok!

"err boss Maria ada kat luar". kata Reen. Haiqal mateen tersenyum menyebabkan Reen terkedu. boss senyum? wow! seriously boss senyum? wah boleh masuk dalam buku diari nie!

"bagi dia masuk". kata Haiqal mateen. senyuman masih belum lekang. Reen pantas mengangguk lalu reen melangkah keluar.

"boss benarkan you masuk. i tengok Mood dia baik hari ni". kata Reen sambil tersenyum. Maria hanya mengangguk. mood baik? ah lantak lah!

"er okay thankyou". kata Maria dan terus sahaja berlalu masuk. Kakinya melangkah mendekati meja Haiqal Mateen.

"Boss?". tegur maria. Haiqal mateen terus sahaja mengangkat wajahnya. ah gadis yang menjadi 'walpaper' nya!

"hai sayang". sapa Haiqal mateen lalu tersenyum manis. Maria terkedu. ah persetankan semua nya Maria! ingat apa yang dia dah buat kat kau!

"maaf kan saya, saya bukan sayang boss. saya nak tahu kenapa boss saya panggil saya?". tanya Maria formal. Haiqal mateen terkedu. ahh Haiqal! kau kena ingat maria masih marahkan kau!

"saja". balas Haiqal mateen menyebabkan Maria mengetap bibir. cis! tak guna!

"boss please saya masih banyak kerja nak buat kat bawah tu. kalau boss panggil saya naik atas nie sebab saja saja baik tak payah". balas Maria tegas. Haiqal Mateen tersengih. Maria menunduk. sudah lama rasanya tidak melihat senyuman haiqal mateen!

"sayang please? i m so sorry. saya tahu salah saya". kata Haiqal Mateen. Maria tersenyum sinis.

"stop it Mr. Haiqal mateen. saya malas nak dengar sorry awak tu. kalau tak ada apa apa saya nak keluar". Balas Maria. Haiqal mateen mengetap bibir lalu kakinya melangkah mendekati Maria. telefon bimbit maria yang berada di poket di ambil lalu dia mendail nombornya sendiri. dia tersenyum puas apabila dia sudah memiliki Nombor maria.

"thank baby". kata Haiqal mateen lalu mencium pipi maria. Maria terkedu. merah pipinya menahan malu.

"tak tahu malu. suka hati kau je nak cium aku". marah Maria bengang. Haiqal mateen tersenyum sinis. sekarang dia sudah tahu, jika maria maria, Dia akan menggunakan 'kau aku'.

"Apa pula nie baby. saya ambil nombor je and kiss awak. salah ke?". kata haiqal mateen. maria terus sahaja melangkah keluar. malas mahu bergaduh dengan Haiqal mateen.

"hey macam mana? mood boss okay kan?". Sapa reen. Maria terus sahaja berhenti melangkah. lagi sorang! ish.

"hmm ya dia okay kot". balas Maria lalu tersenyum hambar dan terus sahaja berlalu. malas mahu berlama lama.

??????

Maria mengetap bibir. kejadian tadi membuatkan nya makin bengang. Nak aje dia tumbok-tumbok muka Haiqal mateen itu.

"weh apahal boss panggil kau?". tanya Qaira. Alahaii bala dan mai dah.

"err dia just bincang pasal Projek je". balas Maria acuh tak acuh. ala sorry Qaira aku terpaksa tipu!

"pasal projek? eh kau bidang projek ke? tak silap aku kau hanya perlu bincang pasal duit je. yang tiba tiba bincang projek kenapa?". balas Qaira tidak puas hati. Maria mengetap bibir. alahai salah cakap lah pulak!

"er i mean bincang pasal duit yang diperlukan untuk projek lah. aduh kau ni". kata Maria menutup kesilapannya. lalu dia sengaja ketawa. Qaira pantas mengangguk.

"ouh get it. by the way untung nya kau! aku rasa macam nak jadi kau lah weh!". kata Qaira. maria mengetap bibir. cis! nak jadi aku? kau akan tarik balik kata kata kau qaira bila kau tahu jalan cerita aku!

"tak payah nak mengada lah! dah pergi sambung kerja. nanti boss nampak kita berdua sembang macam nie dia mengamok pulak". kata Maria. Qaria ketawa dan terus sahaja berlalu. Maria mengambil telefon bimbitnya daripada poket apabila telefonnya bergetar. siapa pula rajin sangat nak sms ni?

Via SMS :

unknown number:

hai Baby. miss me?

Maria :

Siapa baby kau? kau nie siapa?

Unknown number :

alahai baby garangnya. nie yang buat i makin suka kat you tau! ??

Maria :

eh aku tak ada masa lah nak balas sms kau nie. baik kau bagitahu kau siapa sebelum aku block kau!

Unknown number :

ni i lah sayang your husband! Haiqal mateen.

Maria mengetap bibir. cis tak guna! mana dia dapat nombor aku pulak nie? ahaaa tadi kan dia ada dail nombor dia guna phone kau maria! apa bengap sangat kau ni! maria terus sahaja menyimpan nombor haiqal mateen di telefonnya.

maria :

apa awak nak?

haiqal mateen :

nak awak lah sayang!

Maria :

awak please jangan kacau saya. please stop. awak nak sapa sms saya nie ha?

Haiqal mateen :

abang tak kan stop sampai bila bila. sebab you are mine sayang. i love you so much. abang nak ajak sayang lunch dengan abang tengah hari nie.

Maria :

gila! saya TAK NAK LUNCH DENGAN AWAK!

Haiqal mateen :

ouh sayang tak nak ke? but abang tak kesah pun sayang nak ke tak. sebab sayang mesti wajib nak jugak! jangan lupa ye time lunch nanti. tunggu abang kat tempat sayang.

Maria mengetap bibir buat yang kesekian kalinya! Haiqal mateen selalu menang! Ahhh bencinya!! Sms haiqal mateen sengaja tidak mahu di balas. biar lah dia. gila sangat dah kenapa? tetapi akhirnya dia tersenyum sendiri apabila haiqal mateen membahasakan dirinya sebagai 'abang' auwww so sweet! tapi kau kena ingat maria! dia penyebab anak kau mati! and dia penyebab kau sengsara! lupakan dia! banyak lagi lelaki yang baik kat luar sana. Akhirnya Maria melakukan kerja yang tergendala tadi. malas mahu ingat tentang Haiqal Mateen!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience