Maria hanya mengenakan jubah labuh berwarna hitam dan digabungkan dengan warna cream. setelah puas dengan penampilannya dia mula melangkah keluar daripada bilik. Halah dia bukan lama mana pun nak siap siap nie. sebab dia tidak guna makeup. baginya Natural is more better ok.
"ish lambat lah kau nie. berjanggut aku tunggu tahu tak!". marah haiqal mateen. maria tersengih lalu kaki nya melangkah mendekati haiqal mateen. wajah haiqal mateen dibelek (?)
"ish apa kau buat ni?". tanya Haiqal mateen bengang. maria tersenyum sinis. tadi kata berjanggut. mana janggut nya? tak nampak pun.
"tadi awak kata berjanggut awak tunggu. mana pergi janggut tu? saya tengok biasa je muka awak nie. tak ada perubahan pun". kata maria sinis. Haiqal mateen mengetap bibir. cis! tak guna dia kenakan aku!
"dah kau tak payah nak merapu. jom cepat". arah haiqal mateen. maria hanya menurut lalu mula melangkah bersama sama haiqal mateen.
"bos nak saya hantar pergi mana mana ke?". tanya orang suruhan haiqal mateen. haiqal mateen hanya sekadar mengeleng.
"no need. aku nak drive sendiri. by the way please kawal rumah nie. makesure tembak aje orang yang berani ceroboh masuk". kata haiqal mateen lalu. orang suruhan tersebut mengangguk lalu memandang wajah maria. Maria tersenyum manis.
"Hai". sapa maria ramah. orang suruhan haiqal mateen tersenyum.
"hai puan. how was your day?". tanya orang tersebut. baru sahaja maria hendak membalas, haiqal mateen terus sahaja mencelah.
"dah tak payah nak was your day sangat. kau dah ada pistol kan? if kurang peluru just minta kat jira". kata haiqal mateen. maria terkedu. pistol? wait wait! aku nie tinggal dengan pembunuh ke?
"baik boss". kata orang suruhan tersebut. haiqal mateen terus sahaja menarik tangan maria untuk mengikutinya lalu kunci kereta ferrari yang berwarna merah itu ditekan. serta merta kereta itu berbunyi.
"dah cepat masuk". arah haiqal mateen. maria menurut lalu duduk di kerusi sebelah tempat duduk pemandu. wah boleh jadi jakun nie. Almaklum lah, ini pertama kali maria naik kereta mahal.
"awak kita nak kemana ni?". tanya maria apabila kereta mula meluncur laju di jalan raya.
"kau ikut je lah". kata haiqal mateen. maria nencebik. eleh nak tahu pergi mana pun tak boleh. wait wait! ke mamat nie nak jual aku?
"a...awak nak jual saya ke?". tanya maria cuak. Haiqal mateen tersenyum sinis. budak nie memang gila lah.
"haah kalau aku jual kau kenapa? kau bukan ada guna pun". kata Haiqal mateen sinis. maria terkedu. jadi haiqal mateen hendak menjualnya?
"a...awak ja..jangan ma..main main lah! saya nak balik. saya janji saya akan dengar cakap awak. please awak bawa saya balik". kata maria. air matanya mula jatuh ke pipi. haiqal mateen terkedu apabila nelihat air mata maria. alahai minah nie sensitifnya! Haiqal mateen memberhentikan kereta nya di bahu jalan lalu wajahnya memandang maria yang tersedu itu.
"hey maria! dengan sini. aku tak gila lagi nak jual kau tau. even aku nie kejam aku tak gila lagi nak jual isteri aku sendiri. haish dah dah jangan nangis. aku tak suka". kata haiqal mateen separuh memujuk.
"ta..tapi tadi awak cakap awak nak jual saya!". kata maria geram. haiqal mateen tersenyum lalu tangannya menyeka air mata maria.
"aku gurau je lah. dah kau tu pikir bukan bukan sangat. sebab tu aku cakap macam tu. kan aku dah cakap kat rumah aku nak bawa kau shopping". kata haiqal mateen. maria mengetuk kepalanya. bodoh betul kau nie maria! tak kan kau dah lupa kata kata haiqal mateen kat rumah tadi?
"ma..maaf saya lupa". kata maria lalu tersengih. Haiqal mateen mengeleng kepalanya. ada ada aje budak nie. Haiqal mateen memandu semula seperti biasa apabila 'perbincangan' mereka selesai.
??????
Haiqal mateen melangkah masuk ke dalam lift bersama sama maria. Sunway Pyramid menjadi tujuan haiqal mateen untuk shopping. Maria sedar banyak mata mata yang memandang haiqal mateen.
"eleh aku tahu lah laki aku nie hensem! tapi tak payah lah pandang macam nak telan laki aku pulak. aku korek juga mata tu kang". desis hati maria. sumpah dia cemburu.
"are you okay?". tanya haiqal mateen apabila melihat maria seperti gelisah.
"ya i m okay". kata maria perlahan lalu matanya tajam memandang perempuan yang memandang suaminya. tiba tiba idea nakal terlintas di kepala Maria. ish ish maria sejak bila kau jadi nakal nie. Tangan maria memeluk pinggang haiqal mateen lalu bibirnya tersenyum apabila melihat wajah wanita tersebut berubah menjadi bengang. Haiqal mateen terkedu apabila maria tiba tiba sahaja memeluk pinggannya. tak ada angin tak ada ribut. lalu tangannya memeluk bahu maria. makin melebar senyuman maria apabila haiqal mateen membalas pelukannya sekali gus melihat wajah wanita tersebut seperti cacing kepanasan.
"haa padan muka kau perempuan". desis hati maria lalu maria dan haiqal mateen melangkah keluar daripada lift apabila mereka telah tiba ke tingkat LG.
"memang nak peluk aku sampai balik ke apa?". tanya haiqal mateen. Maria terkedu. baru dia perasan tangannya masih memeluk pinggang Haiqal mateen. laju sahaja dia menarik tangannya semula. malu malu!!
"er maaf". kata maria. haiqal mateen ketawa manakala maria mengetap bibir. suka sangat gelakkan orang!
"awak kita nak pergi mana sekarang ni?". tanya maria mengubah topic. sakit hatinya mendengar tawa Haiqal mateen itu.
"hahaha ok ok aku nak ajak kau shopping baju. jom". ajak haiqal mateen lalu masuk ke dalam sebuah butik yang agak terkenal. maria hanya sekadar menurut. matanya liat memandang Sekelilingnya. baju baju yang bergantungan sungguh menarik minatnya. baru sahaja dia hendak mencapai satu baju, dia sudah mulai terkedu apabila melihat harga baju tersebut! fuh mahal nak mampuih! tak mao lah mahai na.
"awak kita cari baju kat tempat lain lah jom". ajak maria. haiqal mateen yang baru hendak melabuhkan duduknya mula berdiri semula lalu memandang wajah maria. dah kenapa? baju kat sini tak lawa ke?
"but why? kau tak minat baju baju kat sini ke?". tanya haiqal mateen. maria tersengih.
"minat tu memang minat. tapi saya tak minat tengok harga dia. jom lah cari kat tempat lain". ajak maria. haiqal mateen terkedu. biar betul si maria ni? kebiasaannya jika dia membawa perempuan untuk shopping pasti mereka semua akan pergi tempat yang mahal dan berjenama. tetapi lain pula bagi maria ini.
"kau beli aje lah.aku tak kesah pun harga dia berapa". kata haiqal mateen. maria pantas mengeleng.
"awak tak kesah. tapi saya kesah. jom lah!". ajak maria lalu menarik lembut tangan haiqal mateen. haiqal mateen hanya menurut. Mata maria tiba tiba sahaja tertancap kepada jualan murah yang berada di depan matanya. serta merta dia tersenyum.
"awak jom kita pergi situ". ajak maria. haiqal mateen melopong. biar betul? gila ke apa minah ni? aku pangkat dato nak masuk tempat macam tu? hell no! tak ada taste langsung.
"tak tak. kau ikut aku sekarang. biar aku carikan baju untuk kau". kata haiqal mateen. akhirnya maria akur. Segala pakainnya dibeli oleh haiqal mateen. sungguh dia tak berminat dengan harga baju baju tersebut!
"haa jom makan". ajak haiqal mateen lalu mengajak maria ke sebuah restoran yang agak mahal pada pandangan maria.
"hm yelah". kata maria akur. Haiqal mateen tersenyum sinis.
??????
Haiqal mateen hanya menorder mengikut seleranya. manakala maria juga sama lalu pelayan tersebut terus sahaja berlalu.
"Mateen!! long time no see. its you right?". kata perempuan yang tiba tiba sahaja datang. haiqal mateen tersenyum manis.
"kirana! ya its me. haha me too long time no see you. ouh by the way take a seat dear". kata haiqal mateen. Maria hanya sekadar menjadi pemerhati. aku nie wujud ke tak?
"ya sure. thankyou baby. by the way siapa ni?". tanya perempuan yang bernama kirana itu.
"ouh she is my maid. dont worry you always dalam hati i". kata haiqal mateen sinis. maria terkedu. maid? sungguh dia sentap. hey aku nie isteri kau tau! bukannya maid kau!
"ouh really? haha ya i faham. ofcourse lah i selalu dalam hati you. hanya i je kan yang boleh puaskan you. right baby?". kata kirana perlahan tetapi cukup jelas di pendengaran maria. tak guna punya lelaki!
"ouh baby i got to go now. if you free just datang rumah i. i sedia jalan kan khidmat i kat you tau". kata kirana lalu tersenyum manis lalu kirana mencium pipi kiri haiqal mateen. sungguh maria kecewa!
"sure baby. alright. bye". kata haiqal mateen lalu memandang langkah kirana yang menjauh itu. Maria hanya tunduk memandang meja. sungguh dia kecewa dan terkilan. manakala Haiqal mateen pula ketawa dalam hati. puas hatinya dapat menyakitkan hati wanita yang berada di hadapannya itu.
Share this novel