BAB 1

Romance Completed 10489

SEPERTI biasa, setiap hari aku akan membuka akaun fac milik aku. Eh… ada notification yang menarik perhatian. Nampaknya ada seseorang yang ingin berkenalan. Siapa agaknya ya? Hmm… aku cepat-cepat menekan tetikus komputer bagi melihat profile orang itu. Mari sama-sama kita tengok siapakah dia.

“Hai… nama saya Ridzuan.

Saya tinggal kat sebelah kampung awak aje.

Dan saya nak berkenalan dengan awak.” – Ridzuan

Berkerut dahi aku membaca mesej yang ditinggalkan oleh lelaki bernama Ridzuan itu. Namun beberapa saat kemudian aku mula tersenyum manis. Alolo… sweetnya ayat dalam mesej dia. Walaupun gaya bahasanya skema seperti gaya budak sekolah ingin berkenalan, tapi aku suka!

Jari-jemariku mula menari di atas papan kekunci komputer, membalas mesej Ridzuan.

“Hai, nak berkenalan dengan saya? Tak ada masalah.

Saya boleh berkawan dengan sesiapa je.

Kalau awak tinggal kat sebelah kampung saya,

tentu saya kenal awak kan?” – Emalin

Ridzuan ini buat aku suspen sahajalah. Aku kenal dia ke? Memanglah dia baru hendak berkenalan, tapi manalah tahu kut-kut sebelum ni aku pernah terserempak dengan dia kan. Haa… apa susah, kita tengoklah gambar-gambar di album fac dia. Hisy… itupun aku boleh lambat hendak fikir.

Satu per satu gambar aku klik. Sampai senget-senget kepala aku ini menengok gambar Ridzuan. Sah, memang aku tidak kenal dia. Macam mana dia boleh jumpa fac aku pun aku tidak tahu.

Setelah diperhatikan, kacak rupanya si Redzuan ini. Kulitnya warna putih kekuningan, senang kata kuning langsatlah. Badannya tinggi dan tegap. Rambut pula stylo ala-ala mamat korea. Sudah macam buat kajian pula, semua tentang Redzuan aku hendak nilai. Tapi sekarang dia tidak online pula. Kalau tidak, boleh aku berbual dengan dia. Bukan aku hendak menggatal tahu. Jangan salah faham pula.

“Heh! Wahai adikku Cempaka Emalin, apa pasal senyum seorang-seorang kat depan skrin tu? Kongsilah sikit dengan akak. Akak pun nak senyum-senyum macam Emalin juga.” Teguran Kak Lily atau nama penuhnya Lily Harliana itu mengalihkan perhatian aku.

Huh… kacau daun sahajalah si Kak Lily ini. Tak boleh tengok aku senang sikit. Ada sahaja yang dia hendak masuk line. Ingatkan Kak Lily tengah tengok televisyen, dia tidak perasanlah yang aku tengah syok sendiri layan perasaan sambil tengok fac Ridzuan. Perasan juga rupanya kakak aku nan seorang itu.

Aku lihat Kak Lily sudah mula bergerak mahu mendekati aku. Eh, mana boleh biarkan Kak Lily nampak fac Ridzuan. Nanti mesti aku kena bantai gelak sebab orang dari kampung sebelah aje pun yang nak berkenalan dengan aku. Bukannya orang jauh. Aku cepat-cepat menutup tetingkap fac sebelum Kak Lily sampai di sebelah aku.

“Aik, apa yang best sangat? Tengok wallpaper komputer pun boleh senyum-senyum?” soal Kak Lily kehairanan.

“Sibuk aje nak tau. Orang dah closed apa yang orang tengok tadi. Haha…” balas aku sambil ketawa.

“Kedekut!” ujar Kak Lily.

Aku mencebikkan bibir mendengar kata-kata Kak Lily. Ah, aku peduli apa. Kedekut pun kedekutlah. Janji kehadiran insan bernama Ridzuan itu tetap menjadi rahsia. Haha… biar Kak Lily tidak puas hati dengan aku. Nakal aku ini, kan?

Kak Lily tersenyum. Eh, pelik pula aku tengok reaksi Kak Lily. Senyum kenapa pula dia ini? Aku tidak sempat bertanya lanjut apabila Kak Lily sudah berlalu menuju ke dapur. Jeritan Kak Lily memanggil nama mama sempat aku dengar. Mama memang sedang berada di dapur pada waktu itu. Namun jelas butiran yang dibualkan antara Kak Lily dan mama tidak aku dengari. Biarkanlah mereka.

Kali ini aku malas hendak join Kak Lily dan mama. Ada sesuatu yang lebih best lagi berbanding mereka. Apa dia? Hehehe… ini dia… aku membuka tetingkap fac kembali. Membaca semua yang ditulis oleh Ridzuan di dalam fac. Ada sesuatu yang aku perasan. Ridzuan bukanlah seorang yang aktif berfac kerana statusnya yang terbaharu adalah pada setengah bulan yang lalu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience