BAB 2

Romance Completed 10489

Ridzuan

Tiba-tiba aku menerima mesej Ridzuan di ruangan chatbox. Nampaknya kali ini dia onlinelah. Tetapi aku tidak terus membalas mesej tersebut. Biarkan dia tunggu lama-lama sikit. Haha… jahatnya aku.

Emalin

Sengaja aku membalas begitu. Aku ketawa sendiri. Mesti Ridzuan bengang kerana aku mengaitkan dirinya dengan pasar malam. Tapi tak mustahil, kan? Bosan dengan pasar malam di kampung sendiri, pergi pasar malam di kampung sebelah. Macam aku… selalu juga aku pergi pasar malam di sana.

Ridzuan

Wah, cepat Ridzuan balas mesej aku. Seperti tadi, aku tidak terus menjawab. Aku sempat menonton video klip lagu Kisah Hati dendangan penyanyi Alya. Juga sempat membaca dua buah cerpen yang disiarkan di laman sesawang penulisan2u.my. Cerpen yang panjang pula itu. Mahu setengah jam lebih jugalah aku tinggalkan Ridzuan.

Baru sahaja aku mahu membalas mesej Ridzuan, lelaki itu terlebih dahulu menghantar mesej yang lain.

Ridzuan

Upss! Nampaknya Ridzuan mula tidak senang dengan kelewatan aku membalas mesej-mesejnya.

Kau ni mahu berkawan dengan dia ke tidak? Kalau mahu janganlah buat dia macam ni! Kesian dia, tahu tak? Aku seperti terdengar teguran dari suara hati sendiri.

Emalin

Aku menipu Ridzuan. Sengaja memberitahu bahawa aku sedang sibuk. Sedangkan hakikatnya aku sengaja mengenakan dia. Tentang nombor telefon bimbit yang Ridzuan minta itu, aku tidak tahu sama ada mahu memberikannya atau tidak. Jadi, aku biarkan permintaan itu tergantung. Lagipun, bukan ke aku dan dia boleh bersembang di fac, buat apa hendak nombor telefon lagi? Tak payah bagi laaa…

Ridzuan

Hah! Ridzuan di cyber cafe ke? Laa…. kenapa dia tak bagitahu awal-awal. Kalau aku tahu dia ada di sana, tak ada la aku sengaja lambat-lambat balas mesej dia. Huhu… rasa bersalah la pula!

Ridzuan

Emalin

Aku masih tidak mahu memberikan nombor telefon bimbit. Mana boleh senang-senang sahaja memberikan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Ridzuan

Hah?! Terlopong mulutku membaca mesej Ridzuan. Kali ini aku cepat-cepat membalas.

Emalin

Aku sengaja mahu menguji. Sudah mula teruja untuk berbual dengan Ridzuan.

Ridzuan

Emalin

Ridzuan

Aku tersenyum. Menarik juga Ridzuan ini.

Emalin

Hahaha…. mesti Ridzuan tergelak baca mesej aku tadi. Hendak bagi nombor telefon pun kena bersedia dulu ke? Ah.. suka hati akulah.

Ridzuan

Belum sempat aku membalas, Ridzuan sudah menunjukkan status offline. Huhu…. maafkan aku Ridzuan. Kalau aku bukan sengaja membiarkan mesej dia tak berbalas lama-lama tadi, tentu aku boleh berbual lebih lama dengan dia.

Kak Lily! Mana kau, kak? Nanti kau!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience