BAB 8

Romance Completed 10489

“Emalin, sudahlah tu. Tak baik menangis teruk sangat kat kubur. Kalau Kak Lily nampak keadaan Emalin teruk macam ni, mesti dia pun sedih. Tentu dia pun akan turut menangis. Emalin tak mahu kan Kak Lily sedih?” Terdengar suara Ridzuan yang masih setia berada di sisi aku.

Aku menoleh ke arah Ridzuan. Keluarga aku yang lain sudah pulang ke rumah. Hanya aku sahaja yang masih belum mahu pulang. Aku juga sudah berkali-kali menyuruh Ridzuan pulang. Namun dia tetap mahu menemani aku. Biarkanlah.

“Awak…. macam mana Kak Lily boleh accident? Awak ikut sama ke Cameron, kan?” soal aku.

Air mata aku semakin bercucuran seperti paip pecah. Sungguh… aku rindukan Kak Lily. Walau kehilangan Kak Lily baru beberapa jam, tetapi aku sudah berasa rindu separuh mati. Kak Lily…. kenapa cepat sangat akak pergi. Macam mimpi…

“Kak Lily jatuh. Dia tergelincir dari atas bukit. Kepalanya terhantuk kuat pada batu besar. Dia kehilangan darah yang sangat banyak dan tak sempat diselamatkan. Emalin… sabar ya… tabahkan hati. Saya pun sedih sangat,” luah Ridzuan.

“Kak Lily…..”

Aku terus menangis semahu-mahunya. Biarlah mata aku bengkak atau akan terkeluar air mata darah sekali pun. Aku tidak peduli lagi. Yang aku tahu… aku hanya mahu menangis.

Aku buka surah Yassin yang berada di tangan. Perlahan-lahan suara aku mula kedengaran sayu, mengalunkan ayat suci al-Quran berselang-seli dengan bunyi esakan tangisku yang masih belum mampu dihentikan.

Aku menghentikan bacaan seketika. Menoleh ke arah Ridzuan yang kelihatan sedang khusyuk memandang aku. Ada air mata yang turut mengalir di pipi lelaki itu. Kemudian aku meneruskan bacaan dan aku perasan ada suara Ridzuan turut mengiringi bacaanku. Semoga Kak Lily akan tenang di sana. Amin.

Dalam perjalanan ke kereta, aku dan Ridzuan hanya berdiam. Masing-masing melayan perasaan. Apabila sampai di kereta Ridzuan, lelaki itu menahan aku.

“Ada sesuatu yang Kak Lily tinggalkan untuk awak,” ucap Ridzuan sambil menuju ke tempat meletak barang di kereta.

Aku hanya menanti. Seketika kemudian Ridzuan kembali sambil membawa sebiji bantal strawberry.

“Kak Lily kata, dia nak bagi bantal ni kat awak. Saya ada sekali masa dia beli,” terang Ridzuan sambil menghulurkan bantal yang pastinya akan menyimpan seribu memori antara aku dan Kak Lily.

“Terima kasih, Ridzuan. Sebab sampaikan barang tinggalan Kak Lily ni,” ucap aku sambil mengambil bantal strawberry itu.

Tatkala memandang bantal tersebut, air mata aku kembali mengalir.

“Ini… pemberian dari saya. Harap awak sudi terima,” suara Ridzuan sambil menghulurkan sesuatu.

Sebuah kotak kecil. Aku menyambutnya dan terus membuka kotak tersebut. Mata aku terpaku melihat sebentuk cincin. Untuk apakah? Aku memandang tajam ke arah Ridzuan, memohon penjelasan.

“Anggaplah cincin itu sebagai tanda persahabatan kita. Saya nak jadi kawan yang setia kepada awak. Izinkan saya terus berada di samping awak. Bila awak sedih, ingatlah saya. Saya sentiasa ada untuk awak meluahkan apa sahaja. Trust me,” kata Ridzuan bersungguh-sungguh.

Kata-kata Ridzuan itu mengingatkan aku kepada kata-kata Kak Lily pada suatu ketika dahulu.

‘Semoga jalinan persahabatan Cempaka Emalin dan Ridzuan Zaharie akan bertukar menjadi jalinan percintaan. Dan seteruskan akan berkekalan selama-lamanya melalui ikatan perkahwinan yang sah. Amin!’

Aku mengulangi doa yang pernah diucapkan oleh Kak Lily di dalam hati….. Dan air mata aku semakin laju menuruni pipi.

‘Nanti, Emalin sampaikan salam akak pada dia ya.’

Satu lagi ayat Kak Lily muncul di dalam fikiran aku. Kak Lily macam tahu-tahu sahaja yang dia mahu meninggalkan aku dan Ridzuan. Hingga kini aku masih belum menyampaikan salam tersebut kepada Ridzuan. Mungkin sekaranglah masanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience