BAB 7

Romance Completed 14412

“Selama ni, saya fikir yang ayah saya selalu tentukan semua hal untuk saya. Saya rasa dah hilang hak untuk diri sendiri. Sebab itulah saya selalu duduk kat taman untuk merenungkan semuanya. Apa salah saya, apa kekurangan saya, sampai ayah saya macam tak yakin dengan diri saya. Tanpa saya sedar, saya bukannya memperbaiki diri tapi lebih kepada lepak dan merenung nasib aje kat situ.” Nazim tergelak.

Dahlia agak terharu mendengar luahan hatinya. Fikirnya Nazim sentiasa bahagia kerana senyuman yang sering ditunjukkan Nazim.

“Bila saya tahu awak bekerja sebab nak tolong ayah awak, saya jadi semakin semangat. Saya tahu saya tak salah pilih dan saya akan sentiasa berusaha untuk meyakinkan ayah saya.. dan untuk awak.” Nazim tersenyum lagi. Dahlia betul-betul terharu mendengar azam Nazim. Kini hatinya yakin lelaki di hadapannya itu boleh dijadikan imam untuknya.

“Saya bersyukur sangat ada awak dengan saya. Saya pun semangat jugak bekerja setiap hari! Hehe.” Dahlia tersenyum bahagia. Mereka diam sejenak. Dahlia sudah leka menggubah jambangan bunga yang baru saja dipesan oleh pelanggan.

“Dahlia..” panggil Nazim lembut.

“Hmm?” Dahlia memperkemas ikatan reben pada jambangan bunga yang digubahnya.

“Saya fly dua minggu lagi.” Ucap Nazim perlahan. Pergerakan Dahlia terhenti. Keadaan seperti inilah yang menguji kekuatan ikatan perasaan antara mereka.

“Hmm.” Jawab Dahlia pendek. Reben yang sedang dipegangnya dipintal-pintal. Perasaan sedih ada, suka pun ada. Sedih kerana mereka akan terpisah untuk jangkamasa yang cukup panjang dan suka kerana Nazim akan menyambung pelajarannya ke luar negara.

Nazim menatap Dahlia dengan wajah yang serius. Dia yakin Dahlia sedih tetapi tidak mahu menunjukkannya. Nazim cuba bertentang mata dengan Dahlia tetapi Dahlia menolak.

“Saya okey. Saya bahagia dengar azam awak. Saya percaya dengan awak. Saya okey…” ucap Dahlia yang sudah mula tersedu-sedu. Nazim menghembuskan nafas lega. Lebih baik dia melihat Dahlia jujur dengan perasaannya daripada dia diam dan hanya mengiyakan ucapannya.

“Jangan risau, kalau saya dah jadi doktor yang bertauliah, saya akan tolong rawat ayah awak.” Ujarnya tersenyum melirik Dahlia. Dia cuba untuk menghiburnya. Dahlia mengesat air matanya. Matanya yang berkaca-kaca membuat Nazim jatuh hati padanya entah yang keberapa ratus kali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience