BAB 1

Romance Completed 14412

Nazim memandang Dahlia yang sedang sibuk menggubah bunga dari kedai yang bertentangan. Dia terlalu asyik memerhati gadis tersebut hingga tidak sedar hampir separuh seluarnya basah kerana tempias hujan.

“Lia, baliklah dulu. Yang lain ni biar akak yang buat.” Ujar Arifah tersenyum.

“Takpe ke kak? Segan la saya kalau akak kemas kedai sorang-sorang,” balas Dahlia lembut. Padanya Arifah sudah banyak membantu dengan mengambilnya bekerja di kedai bunga milik ayah Arifah tersebut.

“Takpe. Dah balikla. Hujan pun da reda sikit ni. Nanti kang makin gelap pula kalau hujan lebat semula.” Arifah memandang jarum jam dinding yang mula mendekati angka enam.

“Hm, kalau macam tu saya balik dulu la. Jumpa esok Kak Ifah.” Arifah hanya mengangguk dan menyambung kerjanya. Dahlia menyandang beg sampingnya lalu mencapai payung yang disangkut pada gril pintu di sebelah kedai.

Langkahnya diatur supaya tidak memijak lopak-lopak air. ‘Hari ni dia perhatikan aku lagi.’ Fikirnya sambil berjalan perlahan-lahan. ‘Hari-hari dia perhatikan aku. Tak bosan kah? Apa maksud dia sebenarnya? Cup, dia perhatikan aku ke? Hisyy, perasan!’

Langkahnya terhenti secara automatik apabila dia sampai di taman permainan kanak-kanak. Dia melihat ke arah buaian yang terlihat sepi dan basah dek curahan air hujan. ‘Dulu favourite spot dia di situ. Duduk sorang-sorang sambil makan lolipop. Sekarang spot dia…’

Dahlia tersenyum sendiri. Dia pun tidak tahu kenapa dia jadi perasan semenjak lelaki yang tidak dikenalinya itu mula duduk berjam-jam di kedai berhadapan dengan tempatnya bekerja.

Dahlia tersentak. Tiba-tiba dia terdengar derap kaki seseorang di belakang. ‘Ada orang ikut aku ke?’

Dahlia sudah mula kecut perut. Baru dia perasan yang tiada seorang pun di sekitarnya. Jalan kecil itu lengang dan kelihatan lembab. Cuaca hujan pula menyebabkan suasana terasa lebih gelap dan menyeramkan. ‘Errh..hantu ke?’

Dahlia mempercepatkan langkahnya. Mujurlah rumahnya tinggal beberapa meter sahaja di hadapan.

Nazim memerhati Dahlia masuk ke dalam rumah. Lega dan puas hatinya bila melihat gadis itu selamat sampai ke rumah. Namun keluar satu keluhan kecil darinya.

‘Apa yang aku buat ni sebenarnya?’ Nazim menggeleng-geleng sendiri lalu memasukkan lolipop yang dipegangnya dari tadi ke dalam mulut. Beberapa minit selepas itu dia melangkah pulang dari situ.

Sempat juga dia melihat lampu bilik Dahlia dibuka. Terlihat bayangan Dahlia samar-samar dari langsir biliknya sedang membuka tudung. Serta merta Nazim mengalihkan pandangannya. ‘Ishh..Patut ke aku beritahu dia untuk tukar langsir yang lebih gelap?’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience