BAB 5

Romance Completed 14412

Keesokkannya Dahlia bergerak ke tempat kerja seperti biasa. Badannya terasa lemas, matanya mengantuk. Fikirannya kacau. Semuanya gara-gara lelaki asing itu. Sambil dia melalui deretan rumah kedai itu baru dia perasaan yang hari ini sangat lengang. Tiada kedai yang buka. Dan bila dia sampai di hadapan kedainya, sehelai kertas tertampal di situ.

CUTI SEMPENA TAHUN BARU CINA. KEMBALI BUKA PADA LUSA.

Dahlia hampir-hampir saja terduduk di situ. ‘Ya Allah! Macam mana aku boleh lupa??? Ini semua ‘dia’ punya pasal!’ Dahlia menggenggam tangannya erat. Mahu saja dia tumbuk dan tendang pintu kedai ini. Dahlia menoleh ke kiri dan ke kanan. Nyata memang dia seorang saja di situ.

’Eh, jap.’ Dahlia menoleh lagi ke kanan kerana seperti terlihat seseorang di kedai yang bertentangan. Memang ada! Seseorang yang sudah membazir waktunya pagi ini. Mata Dahlia membulat bila dilihat lelaki itu mula berjalan ke arahnya. Semakin lama semakin dekat, semakin laju juga keupayaan jantungnya mengepam darah.

Nazim berdiri di hadapan Dahlia sambil tersenyum. Dia yakin Dahlia terkejut dengan kehadirannya kerana dia juga terkejut yang Dahlia juga ada di situ.

***

“Rajinnya. Dapat cuti pun nak tengok kedai.” Ujar Nazim sambil tersenyum. Ayat yang seperti sindiran itu membuat Dahlia semakin down. “Nak?” Nazim menghulur sebatang lolipop.

Dahlia mengambilnya tanpa bersuara sambil menghayun buai yang didudukinya. Nazim yang duduk di buaian sebelah hanya memerhati dan tersenyum. Hanya Tuhan yang tahu betapa bahagianya dia saat ini.

Dahlia membuka bungkusan lolipop itu dan memasukkannya ke mulut. Perasaan berdebarnya sudah hilang sedikit demi sedikit.

“Umm.. kenapa awak kat depan kedai tadi? Tunggu seseorang ke? Soal Dahlia.

“Hmm.. macam mana ya nak cakap. Saya rindu dengan tempat tu. Jadi saya duduk je la kat situ.” Nazim masih tersenyum.

‘Saya rindu awak sebenarnya. Tak tahu pulak cuti raya Cina….’ ujarnya dalam hati. Tak mungkin dia jawab begitu, malulah!

Dahlia berkerut. ‘Macam tak masuk akal je sebab tu’. Mereka diam. Tidak tahu mahu berkata apa. Duduk berdua di taman seperti ini pun sudah boleh dianggap satu perkembangan yang besar. Nizam sudah mula berkira-kira untuk menyatakan cintanya pada Dahlia.

Tapi patutkah? Apalagi mereka baru saja kenal secara rasminya pagi ini. Dahlia juga berfikir hal yang sama. ‘Kalau aku cakap aku suka dia, mesti dia ingat aku ni pelik..’fikirnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience