BAB 2

Romance Completed 14412

Hari itu angin bertiup agak kencang. Dahlia terpaksa memegang kain tudungnya yang melambai-lambai ditiup angin sepanjang masa. Bukan dia tidak boleh duduk di dalam, menunggu pesanan atau pelanggan di kaunter. Tapi dia lebih suka memerhatikan matahari yang sedang naik di luar.

Waktu itu juga dia tersedar, satu kelibat yang amat dikenali berjalan ke arah kedai yang bertentangan. ‘Dia.’ Bisik hatinya senang. Dahlia memerhati langkah Nazim namun terpaksa berpaling bila Nazim menoleh ke arahnya. Terkocoh-kocoh Dahlia masuk ke dalam kedai kerana malu tertangkap basah sedang memandangnya.

Nazim tersenyum dari jauh. Berbunga-bunga hatinya bila diperhatikan begitu. Paling tidak dalam soal ‘perhati-memerhati’ ini dia tidak bertepuk sebelah tangan. Nazim mengambil tempat duduk di meja biasa. Kedai makan itupun belum siap dibuka tapi dia sudah terlebih dulu duduk di meja yang paling hujung-di hadapan kedai, dan duduk menghadap kedai bunga tersebut setiap hari.

Sudah lebih sebulan dia begitu. Semenjak sahabatnya Fahmi mengadu cintanya ditolak oleh seorang gadis penjual bunga. Nazim yang sedang duduk di taman diheret secara paksa ke kedai tersebut semata-mata untuk menunjukkan gadis mana yang sudah memusnahkan harapan cintanya.

Waktu itulah dia terpaku, terkesima dengan… sebenarnya dia juga tidak tahu apa yang membuatnya terkesima pada gadis itu. Yang dia ingat, wajah Dahlia yang disirami cahaya mentari pagi itulah yang menariknya ke sini. ‘Dahlia…’ sebutnya tanpa sedar. Nazim juga tidak sedar yang Fahmi sudah lebih 10 minit duduk disebelahnya. Memandangnya dengan wajah yang agak pelik. Nazim terkedu seketika.

“Dahlia, Dahlia, Dahlia…”ujar Fahmi sedih. Nazim tersenyum.

“Kau ni tak berhati perut! Ini ke member?!” Fahmi menghentak halus meja tersebut. Dia tidak puas hati. Kenapa banyak-banyak perempuan, Dahlia juga yang dia nak? Menyesal dia bercerita tentang Dahlia pada Nazim.

“Sabar… Dah sah-sah dia bukan jodoh kau. Apa lagi yang kau nak pertikaikan kat sini?” balas Nazim selamba.

“Me..memangla dia dah reject aku. Tapi aku tak sangka yang kau pun sanggup berpaling tadah pada dia. Kau tak paham ke perasaan aku?”

Fahmi masih mengekalkan tone sedihnya. Simpati pula dia pada Fahmi. Memang agak tidak patut bila dia menyukai perempuan yang sudah melukakan hati sahabatnya. Tapi dia juga tidak dapat menyangkal yang hatinya sudah terlanjur menyukai perempuan manis itu.

“Weh, janganla touching. Sorry,kay?” Nazim memegang tangan Fahmi. Kelihatan seperti boyfriend memujuk girlfriendnya.

“Apa ni pegang-pegang! Dahla, aku nak gi keje. Kau dudukla kat sini sampai tua!” Fahmi melangkah tanpa menoleh lagi. Nazim tersenyum kecil dengan tingkah Fahmi. ‘Macam budak-budak.’

Hari itu berlalu begitu sahaja. Hanya pandangan mata antara mereka yang kadang-kadang bertemu yang berlaku. Paling jauh pun, Nazim yang sempat menghadiahkan senyuman dari jauh untuk Dahlia. Tiada apa yang berubah. Juga tiada perkembangan. Walaupun di sudut hatinya yang paling dalam, dia sudah letih begini. Dia ingin memiliki Dahlia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience