BAB 3

Romance Completed 14412

“Akak! Akak!” jerit adik perempuan Dahlia dari bilik ayahnya. Dahlia yang sedang bersiap untuk pergi bekerja langsung berlari ke bilik ayahnya di depan. Kelihatan Lilly bersusah-payah menenangkan ayahnya yang terbatuk-batuk dari tadi. Wajahnya yang cemas menyentap sanubari Dahlia.

“Kenapa ni Lily?” soalnya cemas. Batuk ayahnya itu tidak juga reda walaupun sudah diberi minum air suam.

“Dah bagi ayah makan ubat?” Lily menggeleng. Pantas Dahlia mencapai ubat-ubatan ayahnya dari dalam laci meja kecil disamping katil ayahnya. Dahlia berkerut. Astaghfirullahaladzim.Tinggal beberapa butir sahaja ubat-ubat ayahnya. Dia harus membeli yang baru secepat mungkin.

Dahlia melangkah masuk ke dalam shopping complex. Dapat saja kebenaran untuk pulang lebih awal dari Arifah, dia terus bergegas untuk ke farmasi yang terdapat di situ. Dia melangkah masuk ke dalam farmasi sambil menghirup udara di dalam.

‘Hmm..sedapnya bau ubat..hehe’ Dahlia tersengih sendiri. Semenjak sering berkunjung ke farmasi dia menjadi gemar dengan bau ubat-ubatan.

Dahlia menapak ke kaunter. Serentak itu juga sengihannya mati. Otot-otot kakinya terasa kaku. Jantungnya berdegup laju dan semakin laju. Suhu badannya terasa semakin hangat walaupun penghawa dingin di situ cukup sejuk.

Keupayaan otaknya untuk berfikir pula menurun secara mendadak. Mukanya juga tidak dapat menunjukkan riak yang normal. Dahlia tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Lari, atau teruskan langkah? ‘Huwaa.. dia! Dia kat sini! Macam mana ni? Nak cakap apa, eh, aku nak beli apa tadi?’ Kalut Dahlia dibuatnya.

Nazim mengangkat muka bila tersedar ada seseorang yang ingin ke kaunter tetapi… tidak bergerak? Pantas dia melirik wajah calon pelanggannya. Suuupppp!! Terasa seperti anak panah menusuk laju ke jantungnya. Perasaannya kini tidak keruan.

Dia memegang kedua belah pipinya. Panas! Nazim seperti mengalami tekanan mental. Walaupun mereka sering berpandangan dari kejauhan, namun jarak yang terlalu dekat ini dirasakan terlalu menkucar-kacirkan jasmani dan emosinya. ‘Kawal diri Nazim! Cool,cool!’

“A-ada yang boleh saya bantu?” soalnya ramah bila dilihatnya gadis itu masih bingung. Dahlia tidak mempunyai pilihan lain. Perlahan-lahan dia menuju ke kaunter lalu menunjukkan kertas berisi nama ubat yang perlu dibelinya.

Nazim terus mencapai kertas tersebut. Mereka berdua dapat merasakan betapa kekoknya suasana saat ini. Namun tiada satu ayat pun yang berani mereka ucapkan saat ini. Bibirpun dah hilang keupayaan untuk bergerak!

Dahlia hanya memerhati Nazim yang sibuk mencari ubat. ‘Patutla tak nampak dia hari ni.. so,dia kerja kat sini?’ bisik hatinya. Sambil mencari ubat sempat juga Nazim mencuri-curi pandang Dahlia. ‘Huh, baru nak jauhkan diri. Nak jadi lebih baikla kononnya, dia pulak yang datang pada aku.’ Bisik hati Nazim pula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience