BAB 6

Romance Completed 14412

“Semalam.. awak beli ubat untuk siapa?” soalnya. ‘Akhirnya dapat juga idea!’ hatinya mula girang.

“Untuk ayah saya. Ayah saya tak berapa sihat.” Jawab Dahlia. Nazim mengangguk. Kemudian mereka diam lagi. Masing-masing menikmati lolipop sambil berfikir topik apa yang patut dibualkan.

“Ke.. kenapa awak selalu duduk kat kedai makan tu? Dan…” Dahlia teragak-teragak untuk meneruskan. Malu pula rasanya. Kalau dia salah, dia yang menanggung malu.

“Dan perhatikan awak?” Nazim meneruskan sambil tersenyum lebar. Dia tahu Dahlia perasan akan kewujudannya dan dia memang sengaja membuatnya perasan. Nazim menarik nafas sebelum menyambung.

“Mungkin awak rasa benda ni gila dan macam tak masuk akal tapi dengar je, okey..” Nazim menatap Dahlia. Dahlia mengangguk dan menunggu kata-kata yang seterusnya.

“Saya… dah jatuh cinta kat awak. Saya suka awak. Dari pertama kali saya nampak awak semasa awak menyusun bunga-bunga kat depan kedai tu, saya dah suka kat awak. Dan saya tak tahu kenapa.” Nazim menghela nafas.

Terasa getaran dalam dirinya namun semua itu reda bila dia meluahkan apa yang tersimpan selama ini. Dahlia terdiam. Suhu badannya kembali panas ditambah pula dengan sinaran matahari yang semakin tinggi. Nazim diam. Dia tidak menoleh ke arahnya ataupun meminta jawapan.

“Se..sebenarnya saya pun dah lama perhatikan awak.” Nazim memandang Dahlia sambil tersenyum.

“Saya tahu.”

“Sejak awak suka duduk di taman ni sorang-sorang sambil makan lolipop dan merenung ke tanah. Kadang-kadang awak perhatikan langit. Kadang-kadang kalau hujan pun awak still berlegar-legar kat sini berpayung.” Sambung Dahlia. Nazim nyata terkejut.

“Yang tu, saya tak tahu.”ujarnya agak terkedu. ‘Biar betul?’ bisiknya. “Macam mana awak tahu saya suka habiskan masa kat sini? Dan.. kenapa awak perhatikan saya?” Nazim pula yang tertanya-tanya. Dahlia tertawa kecil melihat riak bingung Nazim.

“Saya tak tahu.. saya cuma tertarik nak tengok awak dan sentiasa terfikir.. apa yang awak fikir bila awak berseorangan di sini, dan kenapa awak sentiasa berseorangan.. lama-lama dah jadi macam hobi pula.” Jawab Dahlia.

Bibirnya tak lekang dari senyuman. Saat-saat dia menjadi ‘spy’ Nazim adalah saat yang paling menggembirakan. Nazim turut mengulum senyum. Baru dia sedar, semakin ditatap semakin manis wajah Dahlia.

Hari itu mereka menghabiskan masa dengan bercerita tentang mereka berdua. Hari itu berterusan ke hari-hari berikutnya. Setiap hujung minggu mereka akan duduk di situ berkongsi cerita, pengalaman dan harapan. Walaupun tiada perubahan yang ketara dalam hubungan mereka, mereka tetap gembira dan bersyukur.

“Awak tak kerja ke?” soal Dahlia bila hampir setiap hari Nazim menemaninya di kedai. Nazim berkerut.

“Saya tak kerja.” Jawabnya pendek. Dahlia pula yang berkerut.

“Dah berhenti kerja kat farmasi tu?” soalnya lagi. Nazim memandang Dahlia. Lama dia berfikir lalu tiba-tiba ketawa.

“Farmasi tu ayah saya punya. Saya cuma try untuk jaga sehari.” Jawabnya tersenyum. Rajin sungguh tersenyum.

“Oh.. saya ingat awak kerja kat situ. Tapi kenapa tolong jaga sehari je?”

“Sebab saya cuba nak menjadi seorang yang berdikari dan bertanggungjawab. Saya nak hidup dengan awak jadi saya kenala latih diri dulu.” Nazim tersipu malu. Dahlia pula sudah merah padam mukanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience