BAB 8

Romance Completed 14412

“Tapi bukan free tau!” selorohnya tiba-tiba. Dahlia sudah muram semula.

“Takpe, nanti saya kumpul duit banyak-banyak.” Jawab Dahlia.

“Eh, tak payah. Lia cuma kena kahwin dengan saya je..” ucapnya lagi selamba. Dahlia baru berhasrat untuk mengetuk Nazim dengan tangkai bunga yang sudah dipotong bila Arifah tiba-tiba muncul.

“Sudah-sudahla tu nak berdrama. Ini masih jam kerja tau!” marah Arifah lalu mencubit manja Dahlia. Nazim juga dihalau dari kedai kerana sering mengganggu Arifah bekerja. Mereka bertiga ketawa bahagia.

Petang itu Nazim menghantar Dahlia pulang. Seperti biasa. Bezanya kali ini Dahlia tahu dia menghantarnya, tidak seperti dulu ketika Nazim menghantarnya secara ‘senyap’.

“Zim, awak tahu tak. Kadang-kadang saya rasa macam ada orang ikut saya tiap-tiap kali saya balik kerja.” Ujar Dahlia agak cemas. Nazim tergamam. Ayat itu terasa menusuk langsung ke dadanya.

“Tu lah. Lain kali balik berteman. Lagi satu, awak tak rasa ke langsir bilik awak tu agak transparent? Risau tau kalau ada orang lain nampak apa yang awak buat dalam bilik tu,” balas Nazim yang tanpa sedar sudah membuka rahsianya sendiri. Dahlia memandangnya pelik.

“Eh, macam mana awak tau ni? Awak intai saya eh? Ohh.. makna awakla yang selalu ikut saya tu!”

Dahlia memukul Nazim menggunakan begnya. Nazim mengaduh kesakitan. Dahlia yang masih mahu melepaskan geram memandangnya tajam. Mereka berdua saling bertatapan. Ketawa keduanya pecah. Entah kenapa ketika berdua mereka tidak ‘mampu’ untuk serius.

“Thanks.. sebab selalu jaga saya.” Dahlia melirik manja. Terasa cair hati Nazim melihatnya.

“You’re welcome.. Dahliaku manis..” Nazim membalas dengan senyuman yang paling mesra.

Dalam hati Dahlia berdoa, semoga Allah Ta’ala mendengar permohonannya dan Nazim untuk hidup bersama dan dilimpahi berkah dalam hidup mereka..Amiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience