BAB 4

Romance Completed 14412

Nazim sengaja memasukkan ubat yang dipesan satu persatu. Dia sedang berfikir, apa yang perlu dia buat supaya terjalin satu ikatan atau paling tidak komunikasi yang baik antara mereka namun, sia-sia saja. Otaknya yang geliga itu sudah lemau rasanya.

Nazim menghulur bungkusan plastik ubat dan Dahlia menghulur wang yang perlu dibayar. Masih lagi tiada komunikasi. Selesai sahaja proses pembelian, Dahlia mengatur langkah ke luar. Nazim hanya memandang dengan riak muka penuh ketidakrelaan.

“Si..sila datang lagi, Lia!” Opps. Nazim menutup mulutnya. ‘Tersebut pula nama dia.’ Mujurlah dilihatnya Dahlia sudah melepasi pintu farmasi. ‘Mungkin dia tak dengar.. nasib baik.’

Dahlia terkaku di hadapan farmasi. ‘Dia tahu nama aku?’

***

Malam itu jiwa Dahlia tidak tenteram. Resah dan gelisah hatinya memikirkan apa yang berlaku antara dia dan lelaki itu petang tadi. Dia seperti hilang kendali diri. Baru kali ini dia dapat melihat wajah lelaki itu secara dekat. ‘Comel juga dia. Manis pun ya juga bila tersenyum.’

Jantungnya kembali berdebar-debar membayangkan wajah lelaki itu. ‘Haaaah…. apa yang patut aku buat ni? Perasaan ni dah makin meluap-luap. Kalau aku cakap aku suka kat dia, perasaan meluap ni akan berkurang ke?’ Dahlia terus bersoal jawab dengan hatinya.

Nazim memandang syiling. Lama dia merenung begitu. Biasanya laju saja dia terlena tapi malam ini mata dan jiwanya tidak bekerjasama. Matanya terus-terusan menayangkan wajah Dahlia. Jiwanya pula dirasakan semakin lama semakin berat.

Perasaannya pada Dahlia kini sudah seberat dan setinggi gunung. Perasaan itu membuat dia tidak selesa dan ingin cepat-cepat meluahkan isi hatinya pada Dahlia. Dia terus berfikir dan berfikir, cara apakah yang layak digunakan untuk mendekati Dahlia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience